KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 28, 2009

Umno gerun dengan 'Islam" dan "Ulama' yang ada pada PAS


TERDAPAT dua perkataan dan ciri yang amat digeruni oleh Umno terhadap PAS iaitu 'Islam' dan 'Ulama'. Demikian ditegaskan oleh Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika membentangkan kertas kerja beliau bertajuk 'Ulamak Tonggak Perjuangan PAS' pada Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama, di Markaz PAS Pusat, Taman Melewar pada 23 Mei lalu.

"Pada tahun 1982, hasil inisiatif Pemuda PAS dalam muktamarnya di Bukit Mertajam, kepimpinan ulamak telah meningkatkan identiti PAS yang membezakan dengan parti lain seperti Umno.

"Yang menariknya, ahli-ahli biasa Umno menggesa agar PAS mengekalkan identiti Islam dan ulama yang dianggap sebagai perkara yang digeruni mereka," ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai perkembangan pengaruh ulama PAS, beliau menyatakan pengaruh PAS telah tersebar daripada kawasan tradisi di luar bandar ke kota metropolitan.

"Malah dengan imej kepimpinan ulama, PAS mendapat sokongan daripada golongan menengah Melayu, orang bukan Melayu dalam bentuk Kelab Penyokong kerana tarikan bukan Melayu kepada PAS disebabkan faktor ulama yang memimpin.

"Mereka melihat ulama sebagai 'orang suci' yang tidak mungkin melakukan perkara-perkara buruk seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa," tegasnya lagi.

Ujar Ustaz Halim lagi, ulama kini menjadi harapan rakyat Malaysia agar dapat memberi pimpinan alternatif.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa menjangkakan ulama akan berperanan besar pada pilihan raya umum ke-13 akan datang dalam usaha untuk menawan lebih banyak negeri lagi.

"Oleh yang demikian bagi merealisasikan hasrat menawan lebih banyak negeri pada PRU 13, ulama perlu diperkasakan yakni membekalkan kemahiran tambahan seperti pengurusan dan ICT," katanya mengakhiri pembentangan.

1 ulasan:

Zorro berkata...

Salam, itulah sebenarnya intipati utama dalam PAS. Masalahnya masih ada didalam kalangan PAS yg agak jumud dengan kemajuan kebendaan, semacam masih lagi menganggap ulama ni elok mengajar dekat surau, nak perintah negara bagilah yg pandai berpolitik dan 'PRO'. Penyakit ni masih ada disebabkan dikalangan ahli sendiri yg tidak mengaji. Seperti saudara baru yg baru masuk Islam kalau tak mengaji, jadilah mcm kes Fatimah.