USTAZ Nasruddin Hassan Tontawi menulis begini tentang Kepimpinan Ulama seperti posting pada blognya:
Ulamak, profesional dan aktivis adalah tiga tungku PAS yang mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri dalam usaha menegakkan wadah perjuangan Islam terbesar tanahair ini. Tanpa satu daripadanya, PAS tidak akan mampu gah berdiri pada tahap yang ada pada hari ini.
Sesuai dengan istilah tungku yang saya gunakan, ianya membawa maksud setiap satu dari tungku tersebut diperlukan bagi mengimbang kekuatan parti mendepani cabaran, melengkapkan keperluan parti dan memenuhi tuntutan massa (ummah).
Tidak mungkin salah satu daripadanya (3 tungku) terpinggir atau dipinggir dan terabai atau diabaikan justeru ia akan melemahkan parti. Sebaliknya setiap satu dengan yang lainnya saling kuat menguat dan kukuh memperkukuhkan antara satu sama lain.
Menyedari kekuatan inilah, musuh kelihatan sangat cemburu dan gigih berusaha untuk melumpuhkannya. Media digunakan sepenuhnya untuk merungkai keserasian tiga tungku utama PAS ini dengan menimbulkan konflik dan mencetuskan pergeseran. Sedang PAS telah selesa sejak awal ia diasaskan, bergerak dan memacu perjuangan dengan kombinasi jitu tiga tungkunya iaitu ulamak, profesional dan aktivis.
Semangat yang diambil dari seminar khas sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kepimpinan Ulamak baru-baru ini jelas memperakui peranan tiga tungku utama parti yang menjadi tonggak mendokong Kepimpinan Ulamak. Kepimpinan ulamak tidak seharusnya dibaca semua pemimpin parti mestilah ulamak sebagaimana tidak juga wajar dibaca kepimpinan ulamak sebagai dominasi ulamak disemua peringkat kepimpinan parti.
Kepimpinan ulamak ialah satu konsep kepimpinan parti yang dasar dan arah tujunya dipandu dan dipimpin oleh ulamak al a'milin al mujahidin .
Tahun 1982 menyaksikan Konsep Kepimpinan Ulamak ini diperkenal dan diamalkan dalam kepimpinan parti dan akhirnya membawa kepada penubuhan majlis Syura Ulamak yang kemudiannya didokumenkan dalam daftar perlembagaan parti. Penubuhan Majlis Syura Ulamak menjadi penafsiran bertulis bagi melaksanakan konsep Kepimpinan Ulamak yang telah dipersetujui dan didokong bersama.
Semangat dari konsep Kepimpinan Ulamak ini pula, biarpun tidak tertulis di dalam perlembagaan, parti melalui perwakilannya ke muktamar telah meletakkan Presiden dan Timbalan Presidennya dikalangan ulamak untuk memimpin sebuah jawatan kuasa yang besar diperingkat eksekutif parti.
Ianya berlaku sejak konsep Kepimpinan Ulamak ini digagaskan. Di zaman al marhum Yusuf Rawa sebagai Yang Di Pertua PAS Pusat, Al Marhum Ustaz Fadzil Noor sebagai timbalannya. Sementara zaman al Marhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abd Hadi sebagai timbalannya, demikian di zaman Tuan Guru Hj. Abd Hadi sebagai Presiden PAS, al fadhil Ustaz Hassan Shukri sebagai timbalan dan kemudiannya diganti oleh Al Fadhil ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai timbalannya.
Sejak Kepimpinan Ulamak (1982) diamal dan dilaksanakan konsep kepimpinannya, ulamak terus diberi kepercayaan untuk memimpin parti bersama dengan gandingan mantap dari kalangan profesional dan aktivis. Justeru PAS tetap melaksanakan kaedah kepimpinan kolektif dengan prinsip amal jamaei (kerja berpasukan) yang utuh.
Tungku Aktivis PAS
Tungku ini sangat besar pengorbanan mereka kepada perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Mereka barangkali tiada STAM atau tiada STU, jauh sekali untuk dapat Ir dan Dr pada pangkal nama mereka. Rata-rata mereka adalah ahli biasa parti dan hanya menjadi pemimpin peringkat bawah seperti cawangan dan MTD (Majlis Tindakan DUN).
Namun mereka tidak teragak-agak mewaqafkan tanah mereka untuk didirikan markaz, menjual keperluan asas mereka bagi membiayai perjuangan yang didokong malah menggadai barang kemas mereka demi menampung keperluan jamaah. Mereka mungkin juga tidak dikenali di bumi namun keikhlasan mereka sangat dikenali di langit dan pastinya doa mereka didengari (diterima) oleh Allah swt.
Mereka sangat sayang kepada perjuangan Islam yang didokong dan mereka jua sangat komited mendokong para ulamak yang memimpin dan membimbing mereka. Mereka faham Islam dan tergerak dihati penuh insaf dan sedar untuk berjuang, bermula dari ilmu dan bimbingan para ulamak.
Saya melihat latar belakang kategori ini, tidak mungkin mereka menolak kepimpinan ulamak dan siapa yang kata mereka tolak kepimpinan ulamak? Golongan aktivis parti tetap akan mendokong cita-cita perjuangan dan bersama kepimpinan ulamak seperti yang telah ditunjukkan oleh al marhum Tuan Guru Yusuf Rawa, al Marhum Tuan Guru Hj Fadzil Noor, Tuan Guru al Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi.
Tungku Profesional PAS
Kategori ini juga wujud di dalam PAS sejak hari jadi PAS yang pertama lagi seperti Prof Dr. Burhanudin al Helmi, Dr. Abbas, Prof Dr. Ahmad Ibrahim dan ramai lagi tenaga-tenaga pakar dalam bidang-bidang tertentu yang membantu pemimpin PAS dari belakang tabir.
Sangat membanggakan di era kepimpinan ulamak, melalui didikan dan bimbingan ilmu serta sentuhan spiritual perjuangan Islam oleh para ulamak, golongan profesional mula berhijrah beramai-ramai secara terang-terangan menyertai PAS malah mengambil posisi besar dan tinggi dalam PAS untuk membantu kepimpinan ulamak mengangkat parti menjadi gah dan hebat.
Pengorbanan mereka juga sangat besar. Sebahagian mereka sanggup meninggalkan gaji lumayan justeru menyedari bahawa Islam dan perjuangannya adalah lebih bernilai dari segala material yang ada. Mereka menginsafi bahawa akhirat adalah taruhan sebenar sementara dunia adalah tempat mereka mencurah bakti kepada perjuangan Islam. Kesedaran mereka dibina dan bentuk oleh para ulamak dan akhirnya mereka terpaut kepada perjuangan suci ini.
Sejurus mereka menyertai PAS, segala kepakaran dan kemahiran dicurahkan untuk membangunkan PAS dan memperkasanya. Organisasi dimantapkan, pengurusan dikemaskinikan, perancangan dan strategi disistematikkan. PAS kini berdiri sama tinggi bahkan lebih tinggi berbanding parti-parti politik yang lain.
Saya melihat, golongan profesional juga sangat menghormati ulamak justeru mereka memahami Islam dan perjuangannya ini melalui sentuhan ilmu dan didikan para ulamak. Tidak ada orang yang faham Islam dengan sendiri begitu sahaja tanpa melalui ilmu sedang ilmu itu dari dada para ulamak yang membimbing mereka . Berasaskan realiti ini juga, saya yakin profesional juga mendokong kepimpinan ulamak. Sekali-kali mereka tidak akan meminggirkan ulamak dan siapa yang kata mereka akan pinggirkan ulamak?
Tungku Ulamak PAS
Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa perjuangan Islam ini diasaskan oleh Nabi SAW dan kemudiannya disambung oleh para sahabat rhm sehinggalah akhirnya diteruskan oleh para pewaris baginda saw iaitu ulamak.
Bukan sahaja menubuhkan PAS malah yang mula menggerakkan kebangkitan ummah menentang penjajah bagi membebaskan negara dari penjajahan dan perhambaan sesama hamba ialah ulamak. Tidak sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Pahlawan dan para pendekar yang bangkit menentang kuffar yang menjajah tanahair dan merampas hasil bumi mereka ialah terdiri dari kalangan ulamak atau tok-tok alim dari pondok-pondok dan juga madrasah-madrasah0.
Pengorbanan mereka tidak terhenti setakat tenaga, wang ringgit dan masa tetapi darah dan nyawa. Berbekal kekuatan ilmu dan kefahaman mereka yang mendalam mengenai Islam, mereka berjuang memburu syahid dan berdakwah tanpa memperduli sebarang implikasi.
Mereka turun meredah sempadan dari satu daerah ke satu daerah, dari satu negeri ke satu negeri untuk menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat. Sebahagiannya dicemuh dan dimaki malah ada yang diseret ke mahkamah seperti al marhum Tuan Guru Hj Mustafa Pondok pasir Tumboh dan ramai lagi.
Ulamak tidak sahaja penuh ilmu di dada tetapi juga terhias peribadi mereka dengan taqwa dan amal yang soleh, menjadikan diri mereka tawadhu' dan zuhud. Mereka memimpin parti dan ahlinya dengan keikhlasan dan ketaqwaan disaat orang belum mengenali strategi planning, analisis swot dan sebagainya. Pun begitu mereka berjaya membangunkan insan dan jiwa berjuang bangkit menentang boneka penjajah yang memerintah negara.
Kehadhiran aktivis PAS dibawah kepimpinan mereka mengukuhkan akar umbi parti dan kemunculan golongan profesional menambah nilai dan meningkat upaya kepimpinan ulamak dengan membesarkan lagi skala kemampuan parti mendepani segala cabaran moden yang dihadapi pada hari ini.
Fenomena ini (kehadhiran aktivis dan kemunculan profesional) adalah sangat membanggakan malah mengembirakan semua pihak termasuk para ulamak justeru mereka menjadikan PAS lebih lengkap dan semakin sempurna berbanding sebelumnya.
Saya melihat realiti ini tidak memungkin ulamak meminggirkan golongan aktivis dan profesional lantaran mereka sangat diperlukan oleh ulamak untuk terus membangunkan satu-satu wadah besar perjuangan Islam yang mampu bersaing dengan kuasa toghut dalam negara ini. Saya tidak nampak para ulamak mengabaikan dua tenaga penting (aktivis dan profesional) dalam kepimpinan ulamak, atau siapa yang kata ulamak tolak aktivis dan profesional?
Musuh Dalam Selimut
Saya melihat musuh Islam sangat cemburu dengan tiga kombinasi tungku PAS ini. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk mengalih salah satu dari tungku ini dari posisinya agar PAS tumbang atau paling tidak senget dan tidak seimbang.
Siapa mereka ini agak sukar kita kesan. Zahirnya Umno dan BN memang telah menjadi musuh tradisi kepada PAS. Tidak mustahil dan ini telah berlaku sejak zaman nabi saw sehingga hari ini dan ianya juga berlaku kepada semua gerakan Islam di seluruh dunia termasuk Ikhwan Muslimin, di mana musuh dihantar masuk ke dalam parti untuk merosakkannya dari dalam.
Mungkin inilah yang kita sebut sebagai musuh dalam selimut. Sama ada musuh yang dihantar masuk dalam parti atau anggota parti yang khianat lalu menjual diri dan maklumat parti kepada musuh, ini juga musuh dalam selimut.
Perkara ini perlu hazar (waspada) oleh seluruh saff pimpinan dan anggota parti. Islam sememangnya mengajar kita demikian. Ambillah (tumpukan) kewaspadaan kamu terhadap perkara-perkara seperti ini.
Insyaallah selama mana tiga tungku ini tidak dipisahkan sebalik terus berada diposisi asalnya, saya percaya PAS akan terus utuh dan tidak mungkin mudah rosak dan binasa kerana angkara anai-anai ini. Kalau anai-anai ini hanya seekor dua, tidak mengapalah, tapi kalau banyak dan berjujut masuk dalam bangunan PAS ini terpaksalah PAS menghubungi pest control!

13 ulasan:
Salam... sakit mata nak baca... cuba guna base putih text black... sekadar komen.
Ust Tontowi ni baru sedar gamoknya. Hari tu masa perli Husam, dia tak sedar kepentingan orang seperti Husam dalam jamaah. Kepelpagaian itu sangat penting. Jangan sampai bila jadi KP, terus dengan perangai perli-memperli ni.
Kata Presiden dan Tim Presiden mesti ulama'. Presiden OK le semua orang maklum ulama'nya. Sapa pula yang ulama' dalam pencalonan Tim. Presiden? Ust sendiri ulama' ke tidak? Yang pergi timur tengah belajar Bahasa Arab tu apa bezanya dengan yang pergi England belajar Bahasa Inggeris atau ke Guangjou belajar mandarin. Bila balik bolehkah mereka dipanggil Ustaz?
masa berkempen ..guna kaedah serang ...bila dah menang tanpa bertanding...baru tahu peri penting kelompok yang lain ..kini baru tahu betapa susah berjuang dalam ego....
kalau husam menang nak perli dia supaya lawan hj hadi ke lagi ?
Bodek konon pertahan ulamak....maka dapatlah milage politik....
tontawi kami akan saksikan anda didalam 2 tahun ini
maafla saya sejak baca blog din tantawi(?) ni agak gusar dgn kaedah dia perli dan sinis terhadap org lain.hilang sedikit rasa hormat esp. yg claim dia ulama.
Tuan,
Apahal ni..lagi2 ulama, profesional, ulama profresional.. pilih Mat Sabu sajalah..bukan ulama bukan profesional. Dia kampung saja. aktivis la kut. awat aktivis tak boleh jadi pemimpin ke?Dekat dengan rakyat, boleh dengar denyut nadi rakyat. Cumanya dia bukan ahli akdemik..dia cakap rakyat marhaen mudah paham..itu saja.
Nak berunding dengan UMNO? Alah takkan nak cakap jerman kut? Nak beunding dengan Arab Badwi? Bukan Ust Tontawi ada..ketua pemuda tolonglah Timbalan. xtak boleh ke?
Itu saja.
haha mat kerantong ni mmg lucu ler, woi kalau ko nak tau PAS hanya nak pancing undi jer ngan slogan PAS FOR ALL, sebenarnya PAS hanya utk ulamak kalau ikut kata din kerantong lah.sori mat kerantong aku tak sokong ko, tp aku sokong PAS, kalau ko tanding tenmpat aku baik aku pangkah BN jer.
salaam sdrku tarmizi.
sy rasa damage has been done.
tulisan kurang beradap tantawi terhadap Husam( spt ulasan sy, terhadap TGHH sendiri) tlh calari kredibiliti tantawi.
tapi bukankah manusia lemah dan alpa.
tantawi perlu buktikan ikhlas mahu ubah sikap dan tahu hormati pimpinan.
barulah beliau berjaya tarik sikap positif terhadapnya dan berjaya tarik rasa hormat kpdnya.
waima apapun tahniah tantawi dan sdr ada 2 tahun utk berubah dan buktikannya.
Zaman tantawai jadi ketua pemuda adalah zaman gelap bagi Pas....
cemerlang , aura, karisma pemuda pas akan kelam dibawah tantawi...
Jika zaman mahfuz, salahudin mereka digeruni lawan dan kawan....
tapi zaman tantawi ..setakat debat dgn khairy..akan jadi gulai umno...
aku nak tengok tantawi bedebat dlm hujah tv9 ....
aku nak tegok tantawi satukan ahli pas dgn ngo's ..
saya tak bole lari dr mempunyai perasaan sedih dan gusar bila mendapat tahu din tantawi dan bebrapa lain menang peringkat pemuda pusat termasuk azman.saya hairan di tempat saya ustaz muda muda ini memang tak tau nak hormat org tua, bila berbicara seolah olah org lain kurang ilmu dan satu hala.
strategi politik hampir tiada pada meraka, bila kami sebut ramai antara kami pilih PAS sebagai wadah politik utk berdakwah,habis di lecture kan kami seolah olah musuh utama adalh pkr bukan umno.
saya sudah merindui abg salleh
Kenapa doktor yg ada tauliah je yg bolih ubat orang sakit? Orang lain tak bolih ke, ni sudah tak adil. Akupun nak jugak, sesiapa yg sakit sila mai jumpa aku.
Hasrat DAP berkuasa sepenuh nya untuk memerintah akhirnya tercapai juga. Walaupun hanya sebuah negeri, iaitu P Pinang. Cita2 mereka ini termakbul dengan pertolongan PAS dan PKR. Sangat besar nilai jasa budi PAS dan PKR ini terhadap negara kerana telah menyerahkan P Pinang kepada DAP.
Aikkk TOK GAJAH telinga besar. BN serah pulau tu pada Gerakan takpa pulak. Kepala bapak Umno serah Singapura kat Lee Kuan Yew dah ngamok pulak.
Poraiiiiiii... kalau dah Umno tu Umno juga sampai qiamat. Ada otak letak dekat lutut.
Catat Ulasan