KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mei 20, 2009

Majoriti Ketua Muslimat PAS Negeri dipilih secara syura


BAGI mesyuarat tahunan dewan muslimat PAS negeri-negeri kali ini, majoritinya menyaksikan tiada pertandingan dan para perwakilan lebih mempertahan ketua yang sedia ada sebelum ini, lapor Roy Rasul.

Menurut Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Salbiah Wahab berkata, tiadanya pertandingan di antara mereka menggambarkan Muslimat selesa dengan ketua-ketuanya sebelum ini.

Katanya lagi, Dewan Muslimat mengambil pendekatan secara syura dan bagi negeri-negeri yang terlibat dengan pertandingan pula ia dilihat satu pertandingan yang sihat dalam memilih pucuk kepimpinan dewan itu.

Mereka yang menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS negeri termasuklah Atiah Ahmad (Johor), Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf (Kelantan), Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Wilayah Persekutuan), Safinah Jusuh (Terengganu), Ustazah Sharifah Mohd Latif (Sarawak) Adun Merbau Pulas, Ustazah Aishah Ghazali (Kedah) dan Zaiton Ahmad (Zaiton Ahmad).

Sementara itu, kata Salbiah, negeri-negeri yang memilih ketuanya secara pertandingan termasuklah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Pahang.

Di Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan berjaya mengekalkan jawatan itu dengan mengalahkan pencabarnya, Adun Selat Kelang, Dr Halimah Ali. Sementara di Pulau Pinang Ustazah Rahmah Mat Isa menang dengan menewaskan saingannya, Aida Yusuf Rawa.

Pahang pula mendapat ketua yang yang baru, Salamiyah Mohd Noor apabila menewas bekas Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat. Begitu juga di Negeri Sembilan, para perwakilannya memilih Fazilah Abu Samah dengan mengetepikan Maznah Talib pada pertandingan di peringkat negeri tersebut.

Sehingga kini, jelas Salbiah, hanya Perak dan Melaka yang belum diketahui barisan kepimpinan dewan itu. Beliau berharap mereka yang terpilih untuk pemilihan kali ini perlu menjadi pemimpin yang baik bagi perkukuhkan barisan muslimat.

"Kepada mereka yang terpilih, hendaklah menjadi satu saf yang kuat dalam membentuk kerjasama di peringkat dewan, cawangan, negeri dan pusat," katanya.

Tiada ulasan: