KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 14, 2009

"Saya masih MB Perak yang sah" - Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin


DATO' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengekalkan pendiriannya bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah, ekoran penangguhan perisytiharan oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar tidak terjejas.

Sambil menegaskan penangguhan itu lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan, Nizar berkata secara logiknya beliau masih Menteri Besar.

Sebelum ini, pada satu sidang media, Dato'Dr Zambry Abd Kadir memperakukan dirinya sebagai Menteri Besar yang sah apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Bagaimanapun, Nizar memberitahu, walaupun ditangguhkan perisytiharan itu, kerajaan Pakatan Rakyat tetap kerajaan yang sah.

"Ia hanya penangguhan perisytiharan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau adalah Menteri Besar yang sah, yang secara langsung membawa pengertian bahawa Zambry adalah Menteri Besar yang tidak sah," tegas beliau yang kini Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Malahan katanya lagi, penangguhan persiytiharan juga bukan bererti ia telah mengesahkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah, atau tiada siapa yang selayaknya menjadi Menteri Besar, maka pilihan yang ada hanyalah beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Tiada ulasan: