MEMANDANGKAN krisis ekonomi negara yang masih belum stabil, kerajaan tidak sewajarnya menaikkan tambang pengangkutan awam sekali gus ianya akan mendorong kenaikan harga barang, lapor Salmiyah Harun.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir kecewa jika kenaikkan tambang itu benar-benar dilaksanakan dalam keadaan rakyat tertekan dengan kemelesetan ekonomi.
Katanya, dalam susasan hari ini ditambah pula beban kenaikan tambang katanya tidak mustahil rakyat akan dibebani pula dengan kenaikan harga barang.
"Sepatutnya kerajaan prihatin dengan rakyat, bagilah subsidi sikit kepada pengangkutan awam, jika tidak suasana ini akan memburukkan lagi kemerosotan ekonomi,"katanya semasa dihubungi.
Apa yang berlaku kini, katanya sistem pengangkutan awam dalam negara tidak boleh diiktiraf yang terbaik kerana ramai di kalangan pengguna masih tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Turut membantah, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu Wan Mohd Faizul Abas yang menegaskan agar menjadi tanggungjawab kerajaan menyerap apa jua kos yang timbul dalam pengangkutan awam dengan memberikan pengecualian dan insentif yang sesuai.
"Kerajaan perlu mengambil tindakan membersihkan semua penguatkuasa yang berkaitan dengan jalan dan pengangkutan jalan, sama ada dari segi gejala rasuah dan sogokan kerana ia adalah salah satu sebab mengapa kos operator pengangkutan meningkat,”jelas beliau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz berkata kadar tambang baru pengangkutan awam dijangka akan dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan pada awal bulan depan (minggu depan).
"Kertas cadangan itu telah diluluskan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan saya sendiri melihat serta menandatanganinya minggu lalu sebelum diserahkan kepada kementerian lain," katanya.
Menurut Mohamed Nazri, kenaikan tambang itu akan melibatkan semua pengangkutan awam termasuk bas dan teksi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan