KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 16, 2009

Majlis Syura Ulama percaya muktamar boleh pilih pucuk pimpinan PAS, Jun depan! - Dr Haron Din


MAJLIS Syura Ulama PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan para perwakilan pada Muktamar Agung Tahunan PAS Ke-55 nanti untuk memilih pucuk pimpinan parti termasuk beberapa jawatan yang dipertandingkan, selaras dengan keputusan Muktamar Agung PAS pada Oktober 1982.

Muktamar itu telah memutuskan dengan jelas dasar yang diperkenalkan sebagai Kepimpinan Ulama dan ketetapan itu telah diterima sebulat suara serta diamalkan dalam pemilihan pemimpin sehingga kini.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din ketika dihubungi, mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 10 Mei lalu yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Katanya, konsep Kepimpinan Ulama yang diperkenalkan itu bermakna Presiden, Timbalan Presiden, dan seluruh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama. Keputusan muktamar itu (1982) telah diguna pakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh.

Kata Ustaz Haron lagi, ketika itu Presiden PAS ialah seorang ulama iaitu Almarhum Ustaz Yusuf Rawa dan timbalannya pula adalah Almarhum Dato' Fadhil Mohd Noor. Apabila Ustaz Fadhil ditabalkan menjadi Presiden PAS maka Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjadi timbalannya. Manakala selepas Ustaz Hadi naik menjadi peneraju utama maka Ustaz Hassan Shukri pula mengisi kerusi timbalan dan tidak lama kemudian bertukar kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa hingga sekarang.

"Begitulah mantapnya kepimpinan ulama yang diterima pakai hingga sekarang," tegas beliau.

Ustaz Haron yakin, seluruh ahli PAS memahami prinsip itu dan tidak ada kegusaran mengenainya kerana mereka akur kepada muktamar. Selagi muktamar tidak mengubah keputusan tersebut maka selama itulah PAS akan terus diterajui oleh Kepimpinan Ulama.

Ketika ditanya, adakah mesyuarat 10 Mei itu turut memperincikan perdebatan yang mengatakan dua jawatan tertinggi parti hanya perlu diisi oleh calon bertaraf ulama, Ustaz Haron berkata, perkara itu tidak dibincangkan secara terperinci.

Majlis Syura tegasnya, memberi kepercayaan penuh kepada perwakilan di muktamar untuk membuat keputusan terbaik bagi memilih pucuk pimpinan parti.

Bagaimanapun, beliau kesal dengan propaganda media arus perdana yang memutarkan isu dalaman PAS dan melaga-lagakan antara golongan ulama dengan profesional.

Katanya, laporan berat sebelah media pro BN itu, seolah-olah menggambarkan ada pergolakan dalaman PAS kononnya pemimpin tertentu merebut jawatan yang dilihat sebagai perkembangan kurang sihat kepada umum.

"Mungkin mereka (media) terpengaruh dengan politik Umno yang telah begitu parah dalam persaingan merebut jawatan dalam parti baru-baru ini. Maka akhbar kuasaan Umno ini dengan sengaja cuba menggambarkan kemelut politik yang ada dalam PAS, sehingga sebahagian pimpinan PAS terheret ke dalam kencah itu lalu membuat komen seperti ada pertarungan dalaman merebut jawatan," jelas beliau.

Tambah Ustaz Haron, isu utama media arus perdana ini adalah tentang wujudnya 'pertembungan' antara ulama dengan profesional.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali telah mengumumkan senarai calon-calon yang bertanding untuk semua jawatan parti.

Seramai lima orang dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS yang kini disandang oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Empat calon lain untuk jawatan ini terdiri daripada Dato' Paduka Husam Musa, Mohamad Sabu, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Dato' Dr Haron Din.

Sementara itu, Husam, Mohamad Sabu, Nasharuddin dan Azizan juga turut menerima pencalonan bagi jawatan Naib Presiden bersama 12 calon lain.

12 calon tersebut terdiri daripada Salahuddin Ayob, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Mahfuz Omar, Ustaz Ahmad Awang, Dato' Ustaz Harun Taib, Dato' Dr Hassan Mohd Ali, Ustaz Idris Ahmad, Dato' Kamaruddin Jaffar, Dato' Mohd Amar Abdullah, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.

PAS akan mengadakan Muktamar Agung Tahunan Ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor selama tiga hari, bermula 5 hingga 7 Jun depan.

6 ulasan:

Amirul berkata...

Assalamualaikum,

saya Amirul Izzat, mahu bertanyakan kepada tuan,adakah PAS sudah menukar prinsip dari mahu menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan? kerana sy ada terdengar bahawa YB Ir Nizar di persidangan DUN mengatakan bahawa tidak ada tercatat satu pun dalam manuskrip PAS mahu menubuhkan negara ISLAM?maaf,saya hanya bertanya. Email saya di amir.amirza@gmail.com

Amirul Izzat Abdul Rahman

Tanpa Nama berkata...

Salam buat teman ku...Alhamdulillah....emmmm aku begitu terharu ngan setiap tulisan
ko...
nampaknya ko benar2 dah b erjaya dlm bidang politik dan dunia blogers..aku sebagai teman dan kwn seperjuangan sentiasa berdoa agar ko sehat dan terus dlm arena berpolitik..harap pilihanraya yg akan dtg ko akan jadi calon mana2 bahagian ..aku adalah pengikut setia...

Khalili bin haji yeop majlis
Ipoh.

budak kampung online berkata...

media-media pengampu ada memutarkan skru mengenai muktamar pas ni. Kalau baca yang satu je memang malang la si pembaca tersebut.

Tarmizi Mohd Jam berkata...

Kepada Sdra Amirul Izzat Abdul Rahman: Kenyataan YAB Mohd Nizar Jamaluddin itu adalah bijaksana, sesuai jawapan di dalam Dun tersebut. Namun ia harus dilihat dari pelbagai aspek secara politik yang tersirat.

Memang dalam Perlembagaan PAS tiada disebut untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Hanya sebuah negara yang aman, makmur, berkebajikan, selamat, sejahtera; semuanya itu jika diteliti adalah sebuah negara Islam seperti yang diuar-uarkan oleh PAS selama ini yang sudah tentu akan terlaksana undang-undang dan peraturan Allah SWT di dalamnya. Jika tidak, masakan semua faktor itu boleh dicapai oleh kebijaksanaan manusia.

Cuma yang berbezanya ialah dari segi penggunaan istilah. Ini semua kebijaksanaan kita berpolitik.

Wallah'uaklam.

Tarmizi Mohd Jam berkata...

Terima kasih sdraku Khalili yang kini sudah lama bermastautin di Kampar. Moga Sdra sihat walafiat selalu disamping family tercinta.

Memang lama kita tak berjumpa. Satu kampung, tapi kampung kita sudah lesu, rumah banyak yang tumbang dan reput, tiada lagi rakan taulan di sana.

Macam mana kita nak kumpulkan mereka semula? Tolong sdra fikirkan idea ini untuk Idulfitri akan datang..

Tanpa Nama berkata...

HcoBgo [url=http://chaneljponline.org/]シャネル 財布[/url] CumXsh http://chaneljponline.org/ QpjOuk [url=http://www.coachjpsales.net/]コーチ バッグ アウトレット[/url] VorTvg http://www.coachjpsales.net/ VflSql [url=http://pradasjapan.net/]プラダ 財布[/url] BcrMyp http://pradasjapan.net/ XglNmp [url=http://coachonsales.org/]コーチ 財布[/url] ObnArf http://coachonsales.org/