KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 31, 2010

Jamaluddin Alias mohon maaf salah silap andainya beliau terkorban ditangan syaitan zionis Israel

Jamalauddin paling kiri mengenakan jaket hitam

RAKAN SAYA, Sdra Jamaludin Alias kini Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, kiri sekali berbaju hitam di Istanbul sebelum belayar minggu lepas bersama rakan yang lain dari JIM, Haluan dan lain lain seorang yang aktif, berani dan istiqqamah. Beliau aktivis PAS yang gigih. Amat akrab dengan Ahli Majlis Syura PAS Pusat, Ustaz Hassan Shukri.

Nasib beliau dan rakan-rakan belum di ketahui lagi, apakah nasib rakyat Malaysia dan lebih 500 yang lain di dalam kapal bantuan ke Gaza yang diserang Israel. Jamaluddin juga adalah anak saudara kepada Pengarang Rencana Utusan Malaysia, Zin Mahmud yang dulu pernah jadi Ketua Pengarang Kumpulan Harakah yang pertama.

Astro Awani dan lain lain stesyen TV termasuk Al-Jazeera semuanya terputus hubungan dengan wakil masing masing yang menyertai misi bantuan ke Gaza itu. Jamaludin antara yang berada di atas kapal berkenaan mewakili Muslim Care. Beliau juga adalah pimpinan Unit Amal Malaysia, sebuah badan NGO yang ditaja oleh PAS.

ASTRO telah memaparkan interbiu bersama Jamaluddin semalam. Dengan wajah yang sentiasa tersenyum tertanam di jiwanya gerak kental untuk meneruskan perjuangan hatta syahid sekalipun.

Mesej Jamaluddin beberapa hari lalu kata sebuah blog, memohon maaf salah silap andainya beliau terkorban. Apakah nasib beliau bersama rakan-rakan yang lain. Moga Allah selamatkan mereka dan datangkan tentera-Nya untuk memusnahkan musuh Allah, syaitan Israel yang menjadi sekutu Umno.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel berpakaian serba hitam turun daripada helikopter, bertempur dengan aktivis


Berita dari Istambul melaporkan, lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel hari ini. Menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman, lapan rakyat Malaysia itu terdiri daripada enam sukarelawan dan dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Dr Abd Rani yang kini berada di Instanbul juga mengesahkan bahawa 16 terkorban dan enam dari kapal yang diserang itu kini dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan. Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu. "Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera. Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

PAS sambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit lawan syaitan Israel

PAS menyambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap serangan ganas tentera rejim zionis Yahudi terhadap Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza, pagi tadi.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan sentiasa bersama dengan masyarakat antarabangsa yang inginkan keamanan supaya mengadakan tindakan susulan yang sesuai terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim tersebut.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 aktivis dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu kenyatan di Gaza mengecam seranga tersebut dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi aktivis kemanusiaan mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan itu.

“Kami menghubungi rakan-rakan di Timur Tengah untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung serangan ganas itu,” ujar Nasharudin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menggesa PAS kawasan dan cawangan seluruh negara mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah memohon kepada Allah agar situasi yang berlaku itu selesai secara aman dan melindungi anggota rombongan kemanusiaan ke Gaza itu.

Menurutnya, apa yang berlaku itu membuktikan bahawa keganasan zionis Yahudi tidak pernah padam terhadap umat Islam. Beliau juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melakukan sesuatu yang perlu bagi memastikan kekejaman dan kezaliman tentera rejim zionis Yahudi itu mendapat pembalasan yang setimpal.

Mengapa Umno tak mahu sedar, Apco Worldwide diterajui musuh-musuh Islam

Tokoh-tokoh utama Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai konsultan komunikasi atau tempat memohon petunjuk terdiri dari mereka yang memusuhi umat Islam. Antaranya ialah Naib Presiden Kanan Apco Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, yang pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.

Beliau malah pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut. Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.

Apco dibayar sebesar RM23 juta dengan duit rakyat negara ini oleh kerajaan Najib kononnya untuk mengendalikan strategi komunikasi dan membina imej negara. Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

Ahli lembaga Apco juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Beliau ialah Doron Bergerbest-Eilon, yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Jawatan beliau dalam Shin Bet setaraf dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel. Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat.

Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat selama seminggu di hospital.

Mahkamah tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah keterlaluan, melanggar hak asasi manusia dan bersifat menyeksa. Penglibatan Shin Bet dengan Apco tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutru dengan Apco, iaitu Asero Worldwide.

Selain menjadi ahli lembaga Apco, Bergerbest-Eilon juga adalah pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asero. Asero berkait rapat secara terbuka dengan Apco dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama Asero adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden Asero, Carl Truscott dan penasihat Asero, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat. Apco dan Asero tidak ubah seperti satu keluarga, di mana kedua-duanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang sama.

Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden Asero, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Presiden Apco, Margery Kraus, adalah Naib Presiden Apco dan juga Asero. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua firma yang didominasi Yahudi Zionis itu. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia. - Penarik Beca

Muka-muka yang dibenci sebalik serangan kapal 'ada' dalam Apco Worlwide


Laporan menyatakan sehingga 20 orang telah terkorban dalam serangan syaitan-syaitan Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza. 50 lagi dilaporkan cedera. Itu anda semua dah tau.

Yang saya nak ajak anda lihat ialah permainan kata-kata pengganas yang dari gerombolan merekalah datangnya muka-muka yang kita benci di dalam Apco Worldwide yang kini menjadi tempat Datuk Seri Najib Tun Razak serta gerombolannya memohon petunjuk:

An army spokesman said the activists refused an order not to go to Gaza with their boats laden with humanitarian aid and instead dock at the Israeli port of Ashdod.

The army says its troops were attacked by the activists with axes, knives and firearms. At least four Israeli marines were injured, said a spokeswoman, including one who was shot when his gun was snatched by an activist (Baca sepenuhnya dalam BBC hari ini "Reporters' log: Gaza flotilla"). - Penarik Beca

Korban serangan Israel meningkat 19 orang, PAS mahu semua pimpinan PR turun padang demo Jumaat ini

BAITULMAQDIS 31 Mei – Stesen televisyen Channel 10 TV dalam laporan terbarunya hari ini meletakkan angka korban serangan komando Israel ke atas Flotila Pembebasan meningkat kepada 19 orang dengan 26 lagi cedera. – AFP

Para pemimpin utama PAS serta alim ulama digesa keluar dan turun padang Jumaat ini, selepas solat jumaat berkumpul di perkarangan bangunan Tabung Haji - berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan tidak berbelah bahagi terhadap serangan Israel laknatullah ke atas kapal misi kemanusiaan membantu ummat Islam Gaza-Palestin.

Demikian satu kenyataan ringkas Pengerusi Lajnah Pekerja dan Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin kepada pihak media. Katanya dengan penyertaan menyeluruh, akan memberikan kesan mendalam terhadap pihak jahat dan sekutunya di negara ini dan sekaligus ia memberikan keyakinan kepada rakyat tentang keprihatinan PAS terahdap isu berbangkit.

Jelas Ishak, bukan sahaja PAS tetapi seluruh pimpinan parti-parti Pakatan Rakyat, NGO mengembeling tenaga menjayakan demontarsi aman ini. PAS juga boleh menggerakkan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai cabaran mula kepada Dewan itu meneruskan perjuangannya bersama PAS dan rakyat seluruhnya.

Demontrasi bantah kekejaman Israel ke Kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini

BERJUMPA petang tadi Ustaz Redzuan Mohd Noor, EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat di sebuah restoran dekat Gombak. Dia beritahu saya, Jumaat ini Pemuda PAS akan anjur perhimpunan aman berarak ke Kedutaan Amerika dari Tabung Haji.

Kemarahan ummat Islam di negara ini membuak-buak berikutan serangan mati tentera laut Israel dan menawan kapal misi kemanusiaan kepada Gaza hari ini. Ramai juga yang terbunuh. Antara yang menyertai misi ini ialah sukarelawan Malaysia tetapi belum diketahui nasib mereka.

Jika benar ada demontrasi Jumaat ini, ummat Islam seluruh negara digesa datang ke Kuala Lumpur membanjiri ibu kota dengan seruan nyahkan zionis dan sekutunya dari negara ini, kutuk sekeras-kerasnya tindakan 'gampang' Israel. Selama-lamanya jenama zionis ini tidak boleh dipercayai termasuklah APCO yang bersekongkol dengan Umno-BN sekarang ini. Ayuh sebelum terlambat...

Adun Kuala Nerang, YB Dato' Syed Sobri dijangka sertai PAS meskipun di persimpangan

Dato' Syed Sobri Syed Hashim ADUN Kuala Nerang kini sedang dijejaki oleh wakil-wakil media untuk mendapatkan pengesahan darinya tentang ura-ura beliau akan membuat pengumuman meninggalkan BN menyertai PAS hari ini. (Foto terbaru Syed Sobri, kini berkopiah putih)

Menurut sumber yang rapat dengan beliau memberitahu bahawa wakil rakyat BN itu kini sedang berada di Pejabat Majlis Daerah Padang Terap menghadiri satu majlis yang diadakan di sana.

Difahamkan di samping beliau turut disertai oleh para penyokongnya yang lengkap dengan pakaian 'Kedah Sejahtera' yang sering dipakai oleh penyokong-penyokong PAS negeri ini.

Tidak dapat dipastikan samada beliau akan membuat pengumuman selepas majlis tersebut. Sementara itu difahamkan juga sehingga kini belum ada pemimpin tertinggi UMNO peringkat negeri mahupun di peringkat pusat yang dapat menghubungi beliau.

Kegagalan menghubunginya kerana beliau dikatakan telah menggunakan telefon yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan kawan-kawan rapatnya sahaja. Debaran semakin memuncak kerana Syed Sobri dikatakan begitu kecewa dengan UMNO, manakala PAS melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif untuk kekuatan partinya yang sedang memerintah kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.- Abdul Rahman Hashim

Turki akan menyelenggarakan rapat kabinet darurat membalas tindakan Israel


PARA pemimpin Turki akan menyelenggarakan rapat kabinet darurat guna membalas tindakan Israel, yang menyerbu kapal-kapal yang bertolak ke pantai Gaza, yang membawa bantuan kemanusiaan.

Tindakan itu sebagai respon atas tindakan Israel yang menggunakan pasukan komando diturunkan dari helikopter, dan menyerbu para peserta konvoi kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu.

Menteri Luar Turki Amed Dovutoglu, yang bertolak dari Argentina, menuju Washington, dalam perjalanannya telah memberitahu Presiden Turki Abdullah Gul dan Perdana Menteri Turki Tayyib Recep Erdogan atas peristiwa itu. Ini akan menjadi titik terjadinya ketegangan hubungan antara Turki dengan Israel.

Di Istambul ratusan orang telah mendatangi Konsulat Israel di kota itu, dan mereka mengutuk atas tindakan Israel yang melakukan penyerbuan kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu.

Sementara itu, pemerintah Turki telah memanggil Duta Besar Israel di Turki atas terjadinya penyerangan yang dilakukan pasukan komando Israel ke kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu.

Sebagian para penumpang itu, berusaha mencoba merebut senjata milik pasukan komando Israel, sehingga terjadi perkelaian antara para aktivis kemanusiaan dengan pasukan komando Israel. Pasukan Israel itu juga berusaha meledakkan kapal-kapal yang membawa bantuan dan para aktivis kemanusiaan.

Meskipun, sebagian para aktivis yang ada dalam kapal itu, membiarkan tindakan yang dilakukan para pasukan komando Israel. Aljazeera melaporkan, Turki sedangkan mempertimbangkan tindakan diplomatik atas kejahatan yang dilakukan Israel ini.

PAS desak OIC dan PBB bertindak segera terhadap serangan Israel laknatullah


PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 5 Jun ini.

Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut. Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.

"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi. PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.

Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla


Di Malaysia, 12.30 tengah hari tadi, waktu Malaysia, menurut Harakah, Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana. Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan. “Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 8 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUAN Palestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUAN Palestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600. (Pelbagai sumber)

2 terbunuh 30 lagi cedera diserang Tentera Laut Israel


DUA orang terbunuh manakala 30 yang lain cedera dalam serangan terbaru tentera laut Israel terhadap konvoi kapal yang dalam perjalanan ke Gaza hari ini. Laporan saluran televisyen CNN menyebut konvoi enam kapal yang membawa bekalan bantuan untuk rakyat Palestin dengan diketuai oleh kapal Turki bersama 600 orang penumpang diserang ketika meneruskan perjalanan ke Gaza tanpa mempedulikan halangan dan amaran rejim Yahudi semalam.

Sementara itu, Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera. Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza. Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera. Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Misteri Tanah KTMB: Kos operasi meningkat, sewaan WTCP bakal membebankan!

PM dibidas kerana menerima cadangan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang diajukan hanya kepada beliau tanpa sebarang kertas cadangan dan kajian rasmi, malah tidak merujuknya ke Parlimen dan kabinet untuk memajukan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Keputusan ini tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, amat dicurigai rakyat dan menganggap Najib Tun Razak telah menggadaikan tanah KTMB itu dengan hanya sebiji buah durian sahaja.

PAS menuntut penjelasan dan pembentangan khas berkaitan penyerahan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam sidang parlimen akan datang agar tidak mahu anak cucu rakyat negara ini marah kerana tanah itu digadai hanya dengan sebiji durian, tegas beliau kepada Harakah.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana Najib hanya mengambil masa beberapa jam berbincang dengan Hsien Loong untuk memutuskan penyerahan tanah milik KTMB di Tanjung Pagar kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura, M-S Pte Ltd.

Katanya, dua hari selepas dijamu makan durian di Pulau Sentosa, Najib mengunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri tanpa merujuk kepada Parlimen dan kabinet untuk menerima kerjasama itu.

Seluas 271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan woodlands serta tiga bidang tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan. Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.

"Ini bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan yang dipersetujui Najib itu," katanya. Jelas Ustaz Idris, walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usahasama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.

Katanya, Najib juga gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011. Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) keretapi di WTCP.

Menurut Ustaz Idris, PAS menganggarkan kos operasi KTMB akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan pada masa akan datang. Justeru katanya, tuntutan satu penjanjian pengecualian sewa atau kajian implikasi kewangan hendaklah dibuat sebelum cadangan ini dilaksanakan.

"Kita tidak mahu, KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad. Kita tidak lupa, kedua-dua syarikat yang rugi ini juga menerima pelaburan dari Khazanah Nasional," bidas beliau.

PAS bimbang tanah KTMB jadi milik Singapura

PAS menyifatkan isu 'penggadaian' tanah milik KTMB di Singapura mesti dibincangkan Dewan Rakyat, ataupun Dewan Undangan Negeri Johor terlebih dahulu sebelum keputusan diambil, kerana ia membabitkan soal kedaulatan dan maruah negara.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman yakin perkara tersebut tidak dibawa ke Majlis Raja-Raja ataupun Sultan Johor, sebaliknya ahanya keputusan peribadi Perdana Menteri semata-mata. Mengulas lanjut soal pegangan ekuiti 60-40 peratus di antara Malaysia dan Singapura ke atas tanah tersebut, Mazlan mempersoalkan mengapa jumlah itu timbul.

"Kenapa timbul soal perjanjian yang meletakkan nilai ekuiti 60-40 peratus itu, sedangkan tanah itu milik Malaysia? Kita mahu tahu, kenapa 60-40, bukan 80-20 dan sebagainya," tegas beliau yang membuat laporan polis berhubung isu ini, 26 Mei lalu.

Mazlan yang kecewa dengan keadaan tersebut turut mengatakan tiada jaminan khusus berkaitan pegangan nilai tersebut, yang akhirnya dibimbangi tanah itu atau asset tersebut akan hilang begitu sahaja.

"Luka kerana terpaksa melepaskan Pulau Batu Putih ke Singapura masih belum terubat, sekali lagi kita gadaikan tanah kita kepada Singapura. Saya bimbang perjanjian antara kedua-dua negara ini hanya memberi kelebihan kepada negara jiran itu semata-mata," dakwa beliau.

Mazlan turut mempertikaikan sikap kerajaan yang seolah-olah dilihat tidak berbuat apa-apa terhadap enam loji air di Johor yang dikatakan milik Singapura. Biarpun tanah tersebut merupakan milik Malaysia, sebuah syarikat Singapura, Public Utilities Berhad (PUB) dikatakan mengurus loji tersebut, sehingga tidak dibenarkan warga Malaysia mendekati kawasan itu.

"Sehingga hari ini, status tanah itu tergantung di atas angin. Tiada kata putus, siapa yang berkuasa sebenarnya. Begitu juga dengan Pulau Pisang di Pontian, yang hari ini diuruskan Singapura," tegas beliau kesal. - Anis Nazri

Najib Tun Razak "jual" kedaulatan negara 40% kepada Temasek?

Najib didakwa "jual" tanah KTMB kepada Singapura secara halus?

PAS Johor mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, mendedahkan secara terperinci isi kandungan Points of Agreement (POA) yang telah dipersetujui. Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata antaranya kandungan Points of Agreement (POA) yang ditandatangani kerajaan Malaysia dan Singapura tidak diperincikan kepada rakyat.

"Adakah POA yang digunapakai adalah yang ditantandatangani pada tahun 1990 oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Ini kerana PAS Johor difahamkan POA 1990 tersebut tidak mendapat persetujuan kabinet pada masa itu," katanya.

Dakwanya, pembangunan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) seluas 217 hektar (536.2 ekar) di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands serta 3 lot di Bukit Timah yang diamanahkan kepada sebuah syarikat usahasama M-S Pte. Ltd di mana Khazanah Nasional Berhad memiliki 60% ekuiti dan 40% ekuiti di pegang oleh Temasek Holdings Ltd.

Kerana itu katanya, PAS Johor mendesak supaya syarikat usahasama yang dimaksudkan dalam kontek 60% ekuiti Khazanah mewakili Nilai Pasaran keseluruhan 217 hektar tanah KTMB di Singapura manakala Temasek Holdings pula hendaklah mengeluarkan modal bersamaan 40% dari Nilai Pasaran tanah KTMB tersebut.

Jika sebaliknya, ekuti 100% (60% + 40%) syarikat usahasama mewakili nilai pasaran keseluruhan 217 hektar tanah KTMB, maka PAS Johor menentang usahasama tersebut. Ini kerana dakwanya satu pengkhianatan kepada negara Malaysia kerana menjual kedaulatan dan maruah negara dengan cara memberikan 40% daripada tanah KTMB kepada Singapura melalui Temasek Holdings.

Dr. Mahfodz berkata dalam POA juga dinyatakan tanah keseluruhan KTMB seluas 217 hektar boleh di tukar berdasarkan kepada nilai masing-masing dengan tanah di Marina South atau di Ophor Rochor.

"Kita curiga tentang proses penilaian dan prosedur yang akan dijalankan nanti bila dilakukan pertukaran tanah KTMB," ujarnya. Beliau berkata, berdasarkan kenyataan akhbar bersama yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Singapura hanya menyatakan secara umum perkara yang telah dipersetujui.

Sedangkan katanya persoalan itu membabitkan isu kedaulatan dan kepentingan negara. Ketidaktelusan itu juga telah mengundang pelbagai spekulasi dan ketidaktentuan di kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan itu katanya, kerajaan Malaysia hendaklah sentiasa menjadikan kedaulatan negara dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam memuktamadkan perundingan dengan pihak Singapura.

Baru-baru ini dilaporkan Najib bersetuju dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong untuk menyelesaikan isu tanah KTMB yang telah tertangguh hampir 20 tahun. Kedua-dua Perdana Menteri juga telah bersetuju untuk menyelesaikan beberapa isu yang lain seperti pembinaan Sistem Transit Laju (RTS), pembangunan Bandar Kesihatan, penurunan kadar tol di Link Kedua dan penamatan Perjanjian Air, 1961. - Roy Rasul

Pemimpin Umno-BN mahu balas jasa saudara gar judi Tan Sri Vincent Tan

KETUA Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan percaya kerajaan begitu tergesa-gesa meluluskan lesen judi bola sepak sempena kejohanan Piala Dunia 2010 Julai ini, kepada Kumpulan Berjaya kerana mahu membalas jasa kepada pengerusinya, Tan Sri Vincent Tan.

Dakwanya, daripada maklumat yang diperolehi Dewan Pemuda PAS Pusat, Kumpulan Berjaya banyak membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi berdepan parti-parti politik pembangkang dalam setipa kali pilihan raya.

"Apa yang saya hendak sebutkan tindakan cepat dan tindakan tergesa-gesa kerajaan meluluskan lesen judi kepada Kumpulan Berjaya kerana taukehnya banyak membantu pembiayaan bagi pilihan raya BN, berdepan dengan parti- parti politik pembangkang. Sebab saya tidak nampak Umno begitu daif untuk berdepan dengan rakyat yang menentang aktiviti judi. Begitu juga dengan ulama-ulama mereka diam seribu bahasa, membiarkan judi diteruskan," tegasnya dalam satu sidang media selepas mesyuarat EXCO Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung, dekat sini.

Turut serta, Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Azman Shapawi dan Setiausaha, Kamaruzzaman Mohamad. Dakwa Ustaz Nasruddin, apa yang sedang berlaku menunjukkan Umno terdesak untuk mendapatkan dana dan sudah pasti Umno hanya akan memperolehi dana itu daripada taukeh-taukeh judi.

Beliau mendakwa, penganugerahan lesen judi kepada Kumpulan Berjaya adalah salah satu contoh balas budi bagi pihak kerajaan kepada mereka. Katanya lagi, paling menyedihkan ke manakah perginya tokoh agama dalam Umno, menteri agama, dan mufti-mufti untuk bersuara dalam isu sesensitif ini.

"Agama apa sebenarnya dianuti Umno dan BN apabila semua agama menafi dan tidak membenarkan judi. Tiba-tiba kerajaan Umno dan BN meluluskan lesen judi sebab kita tahu lesen judi merupakan satu hak ataupun autoriti yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan. Kenapa diluluskan?" soalnya.

Katanya, tidak keterlaluan selepas ini orang akan kata Umno tidak ada agama kerana semua agama tidak bersetuju dengan judi. Sehubungan itu Pemuda PAS memutuskan satu gerakan besar-besaran membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi tersebut. - Roy Rasul

Teras seru rakyat Malaysia tolak "pemimpin haram" - Azmi Abdul Hamid

PRESIDEN Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid secara terbuka mahu rakyat menolak pimpinan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan beliau sebagai 'pemimpin haram'. Ujar beliau, kecenderungan pemimpin BN kepada perkara haram mewajarkan mereka digelar pemimpin haram. Oleh itu, rakyat tidak perlu lagi ada perasaan ragu untuk menolak pemimpin BN.

Beliau melahirkan rasa dukacita kerana lesen judi bola sepak diluluskan oleh pemimpin Umno-BN yang beragama Islam. Sedangkan katanya, di kebanyakan negara bukan Islam, judi ditentang dan ditangani rakyat dan pemerintahnya.

"Di peringkat dunia dan kabinet-kabinet kerajaan mereka telah ada badan anti judi. Tiba-tiba Malaysia yang dipimpin orang Islam, dikatakan negara Islam, telah menunjukkan sifatnya yang semulajadi," tempelak beliau yang turut menyifatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah tunduk kepada Yahudi. Beliau juga secara sinikal menegaskan bahawa para pemimpin BN mahu menjadi kaya-raya dengan judi. - Izwan Abdul Halim

Kolej Universiti Zulkifli Muhamad (KUIZM) berazam lahirkan insan beriman dan profesional

Kini, hampir 80 peratus pengubahsuaian KUIZM siap di Taman Melewar dan dijangka kemasukan pelajar Julai ini.

Dr. Mahfodz mengiringi Presiden PAS menyentuh glob simbolik sebagai tanda pelancaran dana KUIZM di Peransang Golf, Templer Park 22 Mei lalu.

Tuan Guru Abdul Hadi bersama Dr. Mahfodz meninjau pembinaan dan pengubahsuaian KUIZM di Taman Melewar awal tahun ini.

BERHASRAT mahu melahirkan golongan intelektual dan profesional Islam yang boleh memimpin serta memberi sumbangan sebagai pendidik, pendakwah, pentadbir dan pengurus, PAS mengorak langkah setapak lagi apabila berjaya menubuhkan Kolej Univeristi Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang beroperasi di bangunan Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar yang kini giat diubahsuai.

Dua kursus di tawarkan iaitu, Diploma Muamalat dan Kewangan Islam dan Diploma Dakwah dan Komunikasi.

Dato' Dr. Mahfodz Mohamed yang merupakan mantan Ketua Jabatan Pengajian Islam, pensyarah dan mendapat Professor penuh di Universiti Malaya sejak 1977 telah diamanahkan oleh PAS menjadi penasihat KUIZM. Beliau juga pernah menjadi penasihat akedemi di Kolej Sultan Zainal Abidin (Kusza) dan sebagai CEO Institut Teknologi Ibnu Sina (Intis).

Menceritakan bagai mana timbulnya idea menubuhkan KUIZM, tambah-tambah lagi dalam era persaingan universiti serta kolej yang memenuhi pasaran ini, Dr. Mahfodz menjelaskan idea untuk menubuhkan universiti dalam PAS sudah lama, tetapi tak dapat direalisasikan pada masa itu.

Sehinggalah tertubuhnya Majlis Pendidikan Kebangsaan PAS jadi daripada sini lah pihaknya berbincang dan akhirnya sudah sampai masanya dibina pusat pengajian tinggi PAS. Matlamat sebenar PAS menubuhkan KUIZM dari segi jangka panjang adalah untuk melahirkan insan yang berilmu dan berpandukan al-Quran dan sunnah kerana rata-rata unviersiti tidak ada matlamat ke situ.
Selain itu, katanya, PAS juga mahu melahirkan insan beriman yang dalam masa yang sama juga, dia adalah seorang profesional. Tumpuan PAS bukan hanya dalam bidang-bidang pengajian Islam semata-mata tetapi seringi antara agama dan profesional.

Mengapa PAS memilih nama Professor Dr. Zulkifli Mohammad? Dr. Mahfodz memberitahu, allahyarham adalah tokoh akademik dan merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Pusat waktu awal dulu, yang berkecimpung dalam bidang pendidikan.

Allahyarham juga pernah menjadi pensyarah di pusat pengajian. Oleh kerana beliau juga bekas Professor maka layaklah diabadikan untuk nama kolej ini. Selain menunjukkan bahawa PAS juga mempunyai tokoh-tokoh akademik hebat seperti beliau.

Apabila diajukan soalan tidakkah dari segi imej dan lokasi kolej ini dilihat tidak komersial menjadi faktor penolakan mereka yang bukan PAS untuk belajar di situ?

Dr. Mahfodz menjelaskan, sebenarnya pihak kolej sudah setahun lebih mencari lokasi yang sesuai termasuklah di kawasan Bangi dan Port Klang, tetapi oleh kerana PAS mahu melaksanakan kolej ini dengan segera, dan dalam masa yang sama tempat-tempat tidak dapat kita perolehi, akhirnya pihak KUIZM memohon sekali lagi kepada PAS Pusat untuk meluluskan Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar dijadikan kolej.

Daripada terbiar begitu, buat sementara waktu KUIZM memanfaatkan Markaz Tarbiyyah itu. Dari segi kurang komersial, beliau memang mengakui kerana kawasannya tidak luas, di kelilingi dengan persekitaran penduduk, dan ini katanya adalah untuk sementara waktu sahaja. Jika kewangan mengizinkan, KUIZM akan mencari tempat yang lebih sesuai dan lebih luas untuk mengembangkan kolej universiti ini.

Buat sementara waktu, untuk menjalinkan kerjasama dengan universiti lain KUIZM akan mengguna pakai "quality control", dalam masa yang sama juga pihaknya akan meminta kelulusan daripada jabatan berkenaan.

Sehingga kini KUIZM sedang berusaha untuk mendapatkan "quality control" daripada pihak berkenaan. Pihaknya juga ada perancangan untuk mengadakan kerjasama dengan univeriti di luar negara.

"Buat langkah permulaan ini kita hendak menunjukkan bahawa universiti kita ini mempunyai kualiti untuk mendapatkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

"Jika kita berjaya mendapatkan pengiktirafan LAN ini sekali gus akan memudahkan pelajar KUIZM memperoleh pinjaman daripada Kementerian Pelajaran. Sebab itu kita tengah bekerja keras untuk mendapatkan LAN. Kita juga akan meminta kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri misalnya memberi bantuan kepada pelajar untuk menyambung di KUIZM," tegas Dr. Mahfozd.

Pada pandangan beliau KUIZM mampu bersaing dengan kolej dan universiti Islam yang lain. Pihak beliau merasakan tidak ada masalah dalam hal ini, kerana dari segi tenaga pengajar dan pensyarah KUIZM adalah berkualiti dan sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan MA atau PHD. Lebih-lebih lagi dalam bidang pengajian Islam ini, tidak banyak ditawarkan di univeriti awam negara ini.

"Jadi bagi saya tidak ada masalah untuk kita bersaing. Antara jangka pendek kita sebenarnya bukan sahaja mengambil pelajar di kalangan anak-anak ahli PAS sahaja, tetapi sebagai universiti yang 'open' maknanya mana-mana pelajar yang berkelayakan tidak menjadi masalah untuk belajar di sini. Selain bersaing kita memberikan tempat mana-mana rakyat Malaysia untuk menyambungkan pelajaran. Malah memberi peluang kepada pelajar-pelajar miskin yang tidak mampu untuk belajar di institut pengajian awam, di sinilah satu-satunya pusat pengajian yang boleh menampung keperluan itu," ujarnya.

Dr. Mahfodz berkata, pihaknya membiayai penyelenggaraan kolej ini dengan mencari sumbangan-sumbangan daripada orang ramai dan pihaknya juga berusaha untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak-pihak tertentu (enggan memberitahu).

KUIZM juga akan mengadakan majlis-majlis seperti makan malam sebagai menampung kewangan kolej. Pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi. Apabila pelajar sudah ramai mengikuti kursus di KUIZM, tegas beliau, kewangan pun akan bertambah jadi dengan sendirinya kita boleh 'maintain' untuk kita menampung kos di KUIZM. - Salmiyah Harun

Tahniah PAS! Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM) berhasrat beri pendidikan percuma

Rektor KUIZM, Dr. Shahbudin Ngah membicarakan gagasan dan hasrat kolej milik PAS itu kepada wartawan Harakah, Nyza Ayob di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

KELAHIRAN Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) bakal merancakkan lagi dunia pendidikan negara. Gabungan ilmu Islam sama ada thurah atau kontemporari ditambah pendidikan kerohanian menjadikan Kuizm berbeza dengan kolej swasta yang lain. Bagi membicarakan kolej yang diilhamkan daripada tokoh dan cendikiawan Dato' Prof. Dr. Zulkifli Muhammad ini, wartawan NYZA AYOB mendapatkan Rektor Kuizm, Dr. Shahbudin Ngah. Beliau merupakan bekas timbalan pengetua di salah sebuah maktab perguruan serta bekas pensyarah Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan aspirasi PAS bersama Kuizm yang kini, bangunannya hampir 80 peratus siap di Lorong Haji Hassan, Off Jalan Batu Geliga Taman Melewar.

Pengambilan pertama pelajar KUIZM mulai Julai depan. Bila pembinaan dan pengubahsuaian Markas Tarbiyah PAS Pusat yang kini dijadikan bangunan KUIZM siap sepenuhnya?

DR. SHAHBUDIN NGAH: Mengikut perancangan awal, kami berharap ia dapat disiapkan pada Mei. Tetapi atas beberapa sebab teknikal, kami berharap selewat-selewatnya ia disiapkan sepenuhnya pada Jun ini supaya pelajar-pelajar dapat memulakan pengajian pada Julai nanti.

Sehingga kini, berapa jumlah pelajar yang telah berdaftar serta kuota pelajar untuk pengambilan pertama ini?

Sehingga kini permohonan masih berjalan. Bagi setiap kursus kami menetapkan sasaran 100 orang pelajar. Buat masa ini kami membuka pengambilan sekali sahaja dalam tempoh setahun.

Apakah kursus-kursus yang ditawar serta syarat-syarat yang ditetapkan bagi pengambilan pertama Julai ini?

KUIZM menawarkan dua program iaitu Diploma Muamalat dan Kewangan Islam dan Diploma Dakwah dan Komunikasi. Syarat utama ialah lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mana-mana subjek serta lulus Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi. Bagaimanapun bagi yang tidak mempunyai SPM, sekiranya mereka mempunyai Sijil Menengah Agama atau Empat Thanawi, ia juga boleh diterima. Atau jika mereka mempunyai kelulusan lain serta berminat untuk menyambung pengajian di KUIZM, kami akan pertimbangkan dan akan memanggil mereka untuk temuduga. Pada masa yang sama mereka juga harus mengambil SPM. Syarat utama setiap pemohon mestilah lulus Bahasa Arab kerana kursus tersebut akan diajar dalam Bahasa Arab. Medium utama pengajian di Kuizm ialah Bahasa Arab. Bagi mempastikan mereka boleh menguasai Bahasa Arab, pada semester pertama mereka diwajibkan mengikuti kursus bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Mengapa dua kursus sahaja ditawarkan dan kenapa KUIZM memilih kursus-kursus ini?

Kami merasakan kedua-dua kursus tersebut mendapat sambutan di kalangan pelajar. Tambahan pula kedua-dua kursus ini menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar. Masyarat juga menumpukan kepada kewangan Islam. Begitu juga dengan kursus dakwah dan komunikasi kerana kita mahu tugas kita untuk menyampaikan dakwah dengan menggunakan medium komunikasi. Kami juga memahami antara tujuan utama seseorang itu belajar selain mendapat ilmu ialah untuk mendapatkan pekerjaan.

Apakah terdapat cadangan kursus lain yang akan ditawarkan selepas ini?

Memang terdapat cadangan akan menambah kursus-kursus lain. Pada masa akan datang kami akan lebarkan lagi kepada kursus-kursus lain mengikut keperluan hari ini.

Bagaimana pula dengan promosi bagi menguar-uarkan kepada masyarakat khususnya para pelajar yang sedang mencari kolej yang sesuai untuk meneruskan pengajian mereka?

Selain daripada iklan-iklan di akhbar, kami juga akan mengadakan jelajah ke sekolah-sekolah agama di seluruh negara bagi tujuan promosi.

Sejak kebelakangan ini, kolej-kolej swasta tumbuh bagaikan cendawan. Bagaimana KUIZM menghadapi persaingan ini?

Memang tidak dapat dinafikan KUIZM menghadapi persaingan daripada kolej-kolej yang lain. Bagaimana pun kami yakin dengan keistimewaan kursus yang kami tawarkan mampu menjadikan KUIZM berbeza berbanding kolej-kolej lain. Jika di kolej lain mungkin kursus muamalat dan kewangan Islam ditawarkan secara berasingan. Begitu juga dakwah dan komunikasi. Jika di IPT lain mungkin menawarkan dakwah dan kepimpinan tetapi kami menggabungkan antara dakwah dan komunikasi. Kami juga memberi input yang lebih iaitu intensif bahasa.
Ibubapa juga lazimnya akan menilai kemudahan fasiliti disediakan. Jadi bagaimana di KUIZM?

Kuizm menyediakan kemudahan seperti bilik kuliah, perpusatakaan, makmal komputer, kafetaria serta asrama. Buat masa sekarang bagi penempatan pelajar, tempat agak terhad. Mungkin kami akan mencari rumah-rumah sewa sekiranya jumlah pelajar agak ramai sekitar kolej dengan kemudahan pengankutan.
Mungkin masih ada yang ragu-ragu dengan kredibiliti KUIZM sebagai sebuah pusat pengajian memandangkan ia masih baru. Apa komen Dr?

Kuizm sama seperti kolej-kolej swasta yang lain. KUIZM merupakan satu organisasi bebas yang menawarkan perkhidmatan pendidikan yang mementingkan antara pendidikan rohani dan akademik. Kami akan memberikan pendidikan yang terbaik setaraf dengan IPT yang lain. Dan KUIZM dalam proses untuk mendapatkan LAN (Lembaga Akreditasi Negara). Panel penasihat akedemik KUIZM juga berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi. Sebahagian mereka juga terlibat dengan LAN. Berdasarkan pengalaman mereka di universiti, segala kehendak sesebuah universiti dan kolej diaplikasi di Kuizm. Dan Insya-Allah mereka ini dijadikan sebagai rujukan utama bagi memastikan kecemerlangan pelajar di KUIZM.

Yuran pengajian yang dikenakan setiap semester, macam mana?

Kuizm satu-satunya kolej yang mengenakan yuran pengajian yang agak murah iaitu RM1,500 untuk satu semester. Kami faham, tidak semua mampu untuk belajar apabila yuran dikenakan agak tinggi. Falsafah kami untuk memberi peluang kepda semua pihak untuk belajar dengan mengenakan yuran yang agak rendah. Kami tidak mahu apabila seseorang itu sudah tamat pengajian tetapi masih dibebani dengan hutang pengajian. Yuran asrama juga berpatutan. Kami juga sedang berusaha untuk mendapat pengiktirafan LAN. Apabila mendapat pengiktirafan LAN, pelajar-pelajar mungkin boleh memohon PTPTN. Kami juga berharap dapat menyediakan tabung pendidikan. Kalau boleh hasrat kita, semua yang belajar di KUIZM secara percuma. Kita berharap semua pihak akan membantu agar kita dapat menyediakan tabung ini. Jika adanya tabung ini kita mungkin dapat menyelamatkan pelajar-pelajar daripada berhutang.

Akhir sekali apa nasihat Dr. kepada lepasan SPM atau individu yang masih tercari-cari kolej yang sesuai?

Kepada pelajar-pelajar yang ingin mendalami bidang yang kami tawarkan, datanglah ke KUIZM. Selain daripada mengikut program yang ditawarkan, pelajar-pelajar juga akan memperolehi ilmu kerohanian seperti program usrah serta kuliah 'tafakkuh fid din' yang jarang dititik beratkan kolej lain. Kami ingin mempastikan pelajar kami mendapat ilmu agama serta ilmu semasa untuk menghadapi kehidupan mereka. Graduan yang lahir daripada KUIZM Insya-Allah akan menjadi graduan yang mempunyai wibawa dengan ilmu Islam dan ilmu semasa serta boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Adun Kuala Nerang (BN) YB Dato' Syed Sobri akan sertai PAS, bakal buat "road show" seluruh Kedah?

Dato' Syed Sobri Syed Hashim (Foto) ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu. Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu. Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini.

Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden UMNO. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.

Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat. - Abdul Rahman Hashim

YB Dr Lo'Lo' betul-betul marah dengan biadapnya menteri 'pintu belakang' Raja Nong Chik tentang isu Kg Baru

Memadai Dr Lo'Lo' sahaja membelasah menteri 'pintu belakang' yang makin kurang ajar, dan naik minyak di Wilayah Persekutuan ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Dato Raja Nong Chik menghalang saya sebagai wakil rakyat dan juga pemilik tanah KgBaru dari bercakap dan secara biadap memalukan saya dalam Perjumpaan antara Pemilik dan Pewaris dengan Menteri di PWTC. Orang-orang Kg Baru menyaksikan sendiri sikap menteri 'pintu belakang' yang langsung tidak menghormati seorang wakil rakyat yang dipilih rakyat.

Menurut seorang yang hadir semasa ucapan penutup Raja Nong Chik kata dia halang wakil rakyat PR bercakap kerana tidak mahu isu Kg Baru dipolitikkan. Inilah sikap Menteri 'low class'. Dia dilantik jadi Senator dan jadi Menteri ikut 'pintu belakang' bukan lantikan politikkah? Jadi siapa sebenarnya yang politikkan isu Kg Baru?.

Dia umumkan Drs Sulaiman letak jawatan dan ucap tahniah kepada Dato Johari Ghani yang baru jadi Pemangku Ketua Bahagian Umno Titiwangsa bukan politikkah? Apa kena mengena Umno Titiwangsa dengan isu Kg Baru kalau bukan sebab politik.

Perbincangan-perbincangan yang telah berjalan di peringkat KWPKB dan DBKL dan disertai Umno Bahagian TW bukan politikkah? Saya diketepikan dan tidak diturut sertakan bukan politikkah?Saya wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam pilihan raya. Saya bekerja kuat untuk meyakinkan rakyat untuk bawa perubahan kepada kepimpinan Malaysia.

Raja Nong Chik bercakap atas kapasiti apa? Sebagai pemilik tanah Kg Baru atau kapasiti Menteri WP? Kenapa boleh bercakap dan jadi penganjur program? Sudah tentu atas kapasiti menteri sebab dia bukan pemilik atau pewaris Kg Baru. Saya juga ada hak bercakap atas kapasiti wakil rakyat.

Hari ini saya dimalukan tetapi saya yakin Allah Maha Adil, sudah pasti apa yang berlaku ada hikmahnya dan insyaAllah orang Kg Baru yang menyaksikan gelagat melampau Menteri WP dan beberapa penyokong kuat Umno akan terus berpihak dan menyokong saya dan PR dalam PRU 13 nanti.

Ini bukan kali pertama Raja Nong Chik bersikap melampau. Semasa melawat Keramat Mall tahun lalu, juga tanpa memberitahu kepada saya selaku wakil rakyat beliau telah mengeluarkan kata-kata "Takkan mana saya pergi mesti bagi tahu YB, ni saya nak pergi tandas, nak ikut?". Walau pun sudah minta maaf tapi sikap buruk tersebut beliau ulangi lagi hari ini. Saya difahamkan beliau sering juga menghalang program-program YB Nurul Izzah selaku Wakil Rakyat Lembah Pantai. Nampaknya menteri bernama Nong Chik ini hanya berani dengan orang perempuan !

Saya ingin ingatkan bahawa rakyat sudah tidak tertelan lagi dengan politik Umno/BN hingga Blok minyak M dan L terlepas ke Brunei. Tanjung Pagar yang 100% Malaysia punya kini terpaksa dikongsi dengan Singapura 60:40 di Woodland. Semasa majlis pagi tadi pun saya dengar figur 60:40 untuk Kg Baru.

Saya sangat bimbang pemilikan Melayu Islam Kg Baru akan terus tergadai oleh mereka yang tidak ikhlas, tidak jujur, tidak amanah kerana tidak takutkan Tuhan. Saya difahamkan ada sebahagian KECIL yang bercakap berdegar-degar tadi adalah kaki judi dan memang menunggu peluang untuk mendapat keuntungan segera dari Projek Pembangunan Kg Baru.

Seruan saya pada anak-anak Kg Baru, "Selamatkanlah Kg Baru, JANGAN menang sorak kampung tergadai". Moga-moga Allah menetapkan pendirian anak-anak Kg Baru supaya tidak berputih mata melihat Kg Baru terlepas pemilikannya. - Dr. Lo'Lo' Dato' Mohd Ghazali

Ahad, Mei 30, 2010

Kongres Nasional Tahunan PKR: Transformasi budaya politik baru di Malaysia


Kongres Nasional KeADILan di Kota Bharu mematangkan lagi parti itu menghadapi pelbagai cabaran daripada BN dan rakyat di negara ini.

"Kita telah lakukan transformasi budaya politik di negara kita," demikian kesimpulannya daripada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, ketika merungkai perbahasan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-6, yang diadakan dari 27 hingga 30 Mei 2010, di Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bahru.

PKR sebuah parti berbilang kaum, menampilkan pembahas daripada kaum Melayu, Cina dan India dalam kongres tahunannya yang lalu. Apa yang istimewa untuk tahun ini, seorang pemuda dari kaum asal, Ramli Logan tampil untuk berucap, menyelar konsep "1Malaysia" yang diutarakan oleh Perdana Menteri Najib Razak sebagai "Pembalakan didahulukan, Projek diutamakan; Orang miskin diabaikan, Orang Asal dipinggirkan."

Ramli Logan (gambar) menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan, malah semua orang termasuk pimpinan parti berdiri untuk memberi penghargaan kepadanya selepas beliau menghabiskan ucapan. Chua Jui Meng, bekas Naib Presiden MCA yang menyertai PKR mengakui bahawa keadaan ini tidak pernah berlaku sepanjang 35 tahun beliau berada dalam MCA-Barisan Nasional, dan beliau hampir sebak melihat suasana ini.

"...tidak pernah berlaku di mana-mana parti politik, ini kali pertama di sebuah parti politik yang bernama Parti Keadilan Rakyat, " kata Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebelum menyambung, "Kita angkat seorang anak muda, letak dalam satu persada politik mainstream (arus perdana) untuk membincangkan masa depan negara!"

Chua Jui Meng, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR melanjutkan dengan cadangan agar wakil FELDA, tentera, polis diundang untuk tampil berucap dalam kongres seterusnya.

Penampilan yang memperlihatkan kemajmukan

Pembahas yang dibariskan kali ini merentasi sempadan negeri, warna kulit, gender, umur dan sebagainya. Secara keseluruhannya, penguasaan bahasa pembahas adalah baik, dengan penyampaian yang menarik. Bukan itu sahaja, penampilan pembahas memperlihatkan kemajmukan, malah kesediaan untuk menghayati budaya dan agama antara satu sama lain.

Misalnya, pembahas dari Pulau Pinang, Jason Ong tampil dengan songkok dan pakaian Melayunya, malah tidak kurang pembahas bukan Melayu-Islam yang sempat melafazkan ayat al-Quran dalam ucapan masing-masing. Kalau pantun menjadi imbuhan kepada ucapan pada dahulunya, kini wakil dari sayap Wanita, Chua Yee Ling pula mempersembahkan dikir barat sebelum mengakhiri ucapan.

Bagi perwakilan dan pimpinan Melayu-Islam, ucapan yang bermula dengan tanya khabar dalam pelbagai bahasa telah menjadi sesuatu yang lumrah. Apa yang "menghiburkan" kali ini, pembahas dari Perlis, Ko Chua Liang menyelitkan kata-kata Siam dalam ucapannya.

Wakil dari Srikandi kali ini semestinya memberi persepsi yang positif, dengan kelantangan mereka mengetengahkan pandangan. Misalnya, Farah Afzan Faridi mengingatkan bahawa parti perlu mengambil kira golongan muda, yang mana ikon Anwar Ibrahim tidak semestinya memberi makna kepada mereka, kerana terlalu muda ketika tercetusnya pergerakan Reformasi pada tahun 1998.

Farah Afzan Faridi ketika mengakhiri ucapannya berkata, "Orang muda tak mahu berada dalam sejarah, orang muda mahu cipta sejarah!"

Budaya mengkritik

Lebih daripada itu, kritikan yang dilontarkan oleh perwakilan terhadap pimpinan diterima dengan terbuka sepanjang kongres ini. Bermula dengan Kongres AMK, yang mana perwakilan secara terus memberi amaran kepada pimpinan untuk "bekerja" seandainya mahu kekal di atas pentas. Amaran ini disambut dengan sorakan dari bawah pentas.

Jelas, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menjadi tumpuan dalam kongres ini apabila beberapa orang pembahas meluahkan ketidakpuasan yang menyasar kepadanya. Bagaimanapun, Khalid tetap menerima kritikan secara terbuka, malah tidak membalas dengan emosi.

Apa yang lebih menarik, ketika beliau tampil memberikan perjelasan, pengerusi membunyikan loceng sebagai isyarat masa tamat. Perwakilan di bawah pentas pula yang membela agar Khalid diberi lebih masa untuk memberi penjelasan. Selepas beliau habis berucap, perwakilan malah pimpinan berdiri untuk memberi tepukan sebagai penghormatan.

Budaya kritikan ini bukan sahaja bersifat sehala, malah Naib Presiden PKR Lee Boon Chye juga menyuap perwakilan dengan "ubat pahit". "Budaya tunggu durian runtuh" dan "face presentation" (tunjuk muka) di sesetengah pimpinan akar umbi, iaitu program tidak berjalan selagi Anwar tidak turun, dan hanya "tunjuk muka" semasa kehadiran Anwar, dikritik oleh Lee Boon Chye.

Beliau menambah, "jangan buat aktiviti shiok sendiri antara kroni sahaja", sebaliknya mencadangkan kerja-kerja seperti pendaftaran pengundi kepada perwakilan. Kritikan-kritikan ini direstui, apabila sesetengah perwakilan membalas dengan tepukan untuk menyatakan persetujuan.

Kurang senang digelar YB

Selain itu, "parti reform" ini cuba menampilkan pendekatan baru dalam perhubungan antara pemimpin dengan akar umbi. Bermula dengan Ong Chin Wen, ADUN Bukit Tengah yang menyatakan ketidakselesaannya ketika digelar "Yang Berhormat" oleh pengerusi dalam Kongres AMK, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah turut meluahkan pandangan yang sama, semasa sesi penggulungan, hari ini.

Sivarasa Rasiah menganggap gelaran ini tidak adil untuk pemimpin yang selama ini berjuang, tetapi tewas dalam pilihan raya, kerana kemenangan wakil rakyat diberikan oleh rakyat. Malah, Sivarasa Rasiah menyatakan bahawa dirinya tidak bersetuju dengan pengaturan majlis, yang mengasingkan antara pimpinan dengan perwakilan ketika menjamu selera.

Jangan diperangkap UMNO

Hakisan sokongan Melayu terhadap PKR khususnya jelas menjadi tekanan kepada PKR. Pada 28 Mei, AMK mencadangkan agar Kongres Melayu diadakan untuk membincangkan permasalahan Melayu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Zaid Ibrahim hari ini memberi peringatannya, "Saya alu-alukan (Kongres Melayu). Tapi pada masa yang sama, kita jangan terperangkap dengan persoalan-persoalan yang berkisar pada race (kaum). Kita parti yang berbilang kaum."

"Masalah kita bukan soal Melayu, masalah ekonomi kita masalah orang kaya dengan orang biasa. Kalau kita nak buat kongres, kita perlu bincang permasalahan orang asli, orang Iban, orang-orang miskin di Sabah dan Sarawak," katanya.

Zaid Ibrahim menafikan kenyataan bahawa PKR tidak disokong Melayu, "Yang kita belum dapat, undi Melayu, undi pos, FELDA, RISDA...", sambung beliau, "Jangan percaya kepada propaganda UMNO-BN bahawa PKR hanya disokong pengundi bandar dan bukan Melayu."

"Kumpulan satu lagi yang tidak menyokong PKR adalah kumpulan seperti Mahathir," tambahnya. Zaid Ibrahim menyarankan PKR memperjuangkan "orang Malaysia", malah memetik sejarah pertaruhan antara Hang Jebat dengan Hang Tuah untuk menyatakan Melayu yang harus disanjung adalah "Melayu yang memperjuangkan keadilan". - Lim Hong Siang, Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu

BN tak boleh diharap, kini selangor haram Judi Bola Sepak Piala Dunia 2010

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri ini untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak. Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini.

Ini kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak. Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim, berkata semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.

"Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram," kata Abdul Khalid. Sambil membantah keputusan Kerajaan Pusat mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula Jun ini, Abdul Khalid berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Beliau menambah tiada jaminan bahawa pemberian lesen perjudian itu akan menghapuskan perjudian haram. Sebaliknya, tindakan Kerajaan Pusat itu akan memburukkan lagi penyakit sosial apabila semakin ramai orang yang mahu cepat kaya terutama golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.

Abdul Khalid berkata, keputusan kerajaan diharap dapat mengelak orang ramai, sama ada Islam atau bukan Islam daripada terjerumus dengan perbuatan merugikan dan melalaikan itu. Katanya, Kerajaan Selangor yang Pakatan Rakyat sepakat bahawa aktiviti perjudian adalah haram dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.

Anwar mahu media bongkar lanjut isu video VK Linggam, sebelum dedah YB Lompat jadi jutawan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau sedang 'menikmati' minat meluas yang ditunjukkan media berhubung bukti mengenai tawaran yang diberikan kepada wakil rakyat yang melompat parti. "Saya nak tengok, saya nak tengok gelagat ahli-ahli parlimen yang lompat and lihat. Saya enjoy cara macam ini," katanya ketika diasak untuk mendedahkan bukti tersebut hari ini.

Bercakap dalam sidang media selepas tamat kongres parti itu di Kota Bharu, Anwar juga menafikan bahawa beliau sengaja melambat-lambatkan pendedahan tersebut. Tambahnya, media sepatutnya menyiasat lebih lanjut mengenai pendedahannya sebelum ini melibatkan peguam VK Lingam.

"Saya bukan sengaja lambat-lambatkan. Kenapa awak seronok sangat tentang ini? Kenapa awak tidak tanya tentang (rakaman video) VK Lingam? Siasatan dijalankan tetapi kenapa tiada tindakan? Jadi saya mahu soalan ini dijawab dahulu."

Jelasnya, beliau memberikan masa kepada semua pihak yang terlibat dalam dakwaan itu supaya membuat penafian terlebih dahulu. "Bagi ruang lah... baru lagi. Biar dia komen, biar dia nafi dulu. "Saya akan ambil masa. Saya mahu reaksi daripada semua (orang berkepentingan) dan saya mahu Umno jawab. Kemudian baru saya dedahkan bukti," katanya lagi.

Anwar sebelum ini mendedahkan beliau mempunyai bukti bahawa wakil rakyat yang melompat parti itu ditawarkan bayaran sebanyak RM2 juta dan juga kontrak. - Salhan K Ahmad

Mugilan dakwa RM5juta halang ahli MIC seluruh negara sertai Himpunan GAS

Mampukah Himpunan GAS yang dikepalai Mugilan menumbangkan Samy Vellu dari MIC?

Bekas timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan berkata perhimpunan Gerakan Anti Samy (GAS) di Pusat Konvensyen Mines di Serdang hari ini adalah berjaya walaupun mendakwa ada "taktik samseng" digunakan untuk menggagalkannya.

Hanya 3,500 hadir menyertai perhimpunan itu walaupun Mugilan menjangka 15,000 akan hadir. Mugilan mendakwa ia kerana wang digunakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan hari ini.

“RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada datang menghadiri perhimpunan tersebut," dakwa Mugilan. Beliau mendakwa bas-bas dari Pulau Pinang dan Pahang telah dihalang dan RM5,000 dibayar bagi setiap bas supaya tidak menyertai penghimpunan hari ini. Namun begitu, Mugilan berkata GAS telah berjaya menyampaikan mesejnya kepada rakyat dengan terang dan jelas.

“Selama seminggu, kami dilaporkan media dan di Internet. Semua rakyat telah melihat dan mendengar mengenainya. Program ini telah berjaya memberi tekanan kepada (presiden MIC) Datuk Seri S Samy Vellu untuk meletak jawatan," katanya sambil menambah BBC turut menyiarkan program tersebut. - Hazlan Zakaria

Sanggah Samy: Kini giliran Setiausaha Agung MIC dipecat

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu telah memecat S Murugessan sebagai Setiausaha Agung parti itu. Jawatan tersebut kini diisi oleh pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk T Rajugopalu. Jumaat lalu, Murugessan (foto) telah menyatakan tidak puas hati dengan tindakan pemecatan empat pemimpin parti itu oleh Samy Vellu.

Sebaliknya, kata beliau, mereka harus diberi peluang untuk mempertahankan diri di jawatankuasa disiplin parti. Beliau merujuk kepada pemecatan dua ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy dan G Kumar Amaan, bersama dengan timbalan ketua Pemuda, V Mugilan dan pemimpin veteran dari bahagian Petalign Jaya, V Subramaniam.

Keempat mereka dipecat oleh Samy Vellu tanpa didengar oleh jawatankuasa disiplin. Sementara, dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini, Murugessan berkata ia adalah budi bicara prsiden untuk melantik setiausaha agung parti.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden kerana memberi saya peluang untuk bertanding di Subang dan berkhidmat sebagai setiausaha agung parti," katanya. Sehubungan itu, Murugessan berkata beliau tetap dengan pendiriannya dan bersedia berdepan dengan akibatnya.

"Saya mengucap tahniah kepada Datuk T Rajugopalu di atas pelantikannya sebagai setiausaha agung MIC yang baru," katanya.

Petisyen 500 ribu tandatangan akan jatuhkan Samy Vellu

MUGILAN yang dipecat dari MIC oleh Samy Vellu mendakwa lagi bahawa masyarakat India tidak lagi menyokong Samy Vellu dan telah beralih kepada pembangkang. Katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan, memandangkan dia kini menjadi liabiliti kepada MIC.

"Siapakah yang lebih besar? Pemimpin atau rakyat?” tanya beliau, disambut laungan gemuruh hadiran “Rakyat!” Bercakap kepada media kemudiannya, Mugilan berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya. Mugilan juga berkata, beliau berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya Presiden MIC itu melepaskan jawatannya.

Tukar ganti 2 telaga minyak oleh Najib, benarkah untungkan Malaysia-Brunei?

ISU pertukaran Limbang dengan lapangan minyak Blok L dan M semakin hangat dipertikaikan. Semua pihak yang terlibat, termasuklah bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Najib Razak, Kementerian Luar Negeri, hinggalah Petronas memberi penjelasan bahawa ini formula penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak, Malaysia dan Brunei.

Namun demikian, apa yang terdedah setakat ini hanyalah kehilangan hak milik Malaysia ke atas Lapangan Minyak Blok L dan M. Masalah yang belum menemui penyelesaian termasuklah:
1. Kerajaan Malaysia masih belum mengumumkan persempadanan semula terbaru yang dipersetujui antara Malaysia dengan Brunei. Di bawah persetujuan ini, adakah negara kita memiliki atau kehilangan zon cari gali sumber petroleum yang lain?
2. Adakah penduduk Sabah kehilangan royalti minyak lantaran daripada itu?
3. Adakah kita hanya memperolehi hak milik terhadap Limbang pada akhirnya, apabila kita menukar dengan lapangan minyak yang bernilai ratusan bilion ringgit?
4. Mengapa pula Limbang yang dipilih?

Pertukaran dipersetujui kabinet Malaysia

Kenyataan Kementerian Luar Negeri memetik UN Convention of the Law of the Sea pada tahun 1982, menyatakan bahawa Brunei memiliki kedaulatan ke atas lapangan minyak Blok L dan M (Brunei mendakwa kedua-dua blok ini berada dalam lingkungan Blok J dan K), namun cari gali dan pembangunan blok ini dijalankan oleh Brunei bersama Malaysia.

Oleh itu, Kementerian Luar Negeri menganggap penyerahan kedua-dua blok (L dan M) kepada Brunei melalui Exchange of Letters yang dimeterai kedua-dua Malaysia dan Brunei pada tahun 2009, mematuhi undang-undang antarabangsa.

Secara ringkasnya, kenyataan PM Najib, bekas PM Abdullah Ahmad Badawi, malah Petronas telah mengesahkan bahawa kandungan dokumen "pertukaran" ini telah dipersetujui oleh kabinet Malaysia pada 11 Februari 2009, dan dimeterai kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009. Dengan itu, Blok L dan M tidak lagi dimiliki Malaysia, dan kini dikenali sebagai Blok CA1 dan CA2.

Persempadan semula: Dapat atau hilang?

Biarpun Najib, Abdullah dan Kementerian Luar Negeri menekankan bahawa dokumen yang dimeterai antara Malaysia dengan Brunei menyelesaikan pertikaian yang berlanjutan antara Malaysia dengan Brunei selama ini, namun kerajaan Malaysia tetap tidak mengumumkan secara terbuka persempadanan baru darat dan laut yang telah dipersetujui itu.

Malah, bekas PM Mahathir Mohamad yang menghangatkan isu ini menuntut agar dokumennya didedahkan. Sekali imbas, lapangan minyak Blok L dan M hanyalah sebahagian daripada kawasan laut yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Brunei untuk sekian lama.

Pada hakikatnya, Blok J dan K yang terletak di luar Borneo (termasuk Blok L dan M), kawasan laut yang kaya dengan sumber petroleum ini adalah kawasan yang direbut antara Malaysia dengan Brunei selama ini. Sejak dulu Brunei mendakwa bahawa Blok J dan K adalah Zon Ekonomi Eksklusif yang dimiliki Brunei.

Kini, apa yang pasti, Malaysia secara rasminya menyerahkan hak milik lapangan minyak Blok L dan M, dan mengiktiraf kedaulatan Brunei di kedua-dua blok ini. Kita tidak mengetahui apa-apa selain itu. Sama ada kita memperolehi atau kehilangan wilayah darat atau laut yang lain, menurut dokumen yang dipersetujui tersebut.

Menurut maklumat yang sedia ada, Blok L dan M terletak bersebelahan dengan Blok K, malah wujudnya pertindihan dengan Zon Ekonomi Eksklusif antara Blok J dan K. Antaranya, lapangan minyak Kikeh, telah ditemui oleh Murphy Oil Corp bersama Petronas pada tahun 2003.

Dari segi kedudukan geografinya, lapangan minyak yang besar ini terletak dalam Blok K (dakwaan Malaysia) yang bersebelahan dengan Blok L, dan bersebelahan juga dengan Blok J yang didakwa Brunei, malah mungkin berlanjutan ke kawasan Blok J.

Mungkin kehilangan lapangan minyak Kikeh

Jika dirujuk kepada kenyataan Kementerian Luar Negeri, Malaysia telah mengiktiraf Blok J dan K sebagai wilayah dalam lingkungan kawasan laut Brunei, dan Brunei kini memiliki kedaulatan ke atas Blok L dan M. Dengan kata lain, Malaysia mungkin kehilangan hak milik ke atas lapangan minyak Kikeh. Lapangan minyak Kikeh dianggarkan mempunyai simpanan 400 hingga 700 juta tong petroleum, dengan pengeluaran yang boleh mencecah antara 120 ribu hingga 125 ribu tong sehari.

Antara lapangan minyak yang masih berada dalam kawasan laut yang sarat dengan pertikaian, termasuklah Kebabangan, yang diberikan oleh Petronas kepada Conoco Philips pada Februari 2005 (terletak di kawasan laut 94 km dari Barat Laut Kota Kinabalu, Sabah); Kinabalu yang diberikan oleh Petronas kepada Sabah Shell Petroleum (terletak di luar Sabah, kawasan laut 34 km dari Pulau Labuan), Gasumut-1 (terletak di kawasan laut pertikaian Malaysia-Brunei), Malikai-1, ND6 dan ND7 di Timur Sabah, lapangan gas asli di Serai, Sarawak dan sebagainya.

Oleh sebab kerajaan Malaysia belum mengumumkan persempadanan baru yang dipersetujui, maka kita tidak pasti sejauh manakah Malaysia kehilangan hak miliknya terhadap lapangan minyak. Namun, menurut perhitungan bekas PM Mahathir Mohamad, nilai lapangan minyak Blok L dan M bernilai USD 100 billion (atau RM320 bilion).

Menurut perkiraan pakar dalam bidang petroleum pula, jikalau dikira berdasarkan andaian pengeluaran antara 250 ribu hingga 300 ribu tong sehari di lapangan minyak Blok L dan M, maka lapangan minyak ini boleh kekal antara 15 hingga 20 tahun. Dengan kata lain, Malaysia dijangka kehilangan RM65.60 juta sehari, RM23.94 bilion setahun dan jumlah RM478.9 bilion untuk 20 tahun.

Penduduk Sabah kehilangan Royalti minyak 17.8 bilion

Jika benar dakwaan kerajaan Malaysia bahawa persetujuan ini merupakan formula penyelesaian "menang-menang", antara Malaysia dengan Brunei, maka persoalannya, apa pula yang diperolehi Malaysia?

Menurut kerajaan, Petronas diundang Brunei untuk menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan terbabit untuk tempoh 40 tahun. Dari tuan milik sumber semulajadi, Petronas kini hanyalah syarikat yang diundang oleh Brunei dalam usaha sama mencari gali sumber di kawasan ini. Apakah ia "menang-menang" untuk Petronas? Dalam keadaan kehilangan kedaulatan ke atas Blok ini, sejauh manakah kepentingan yang boleh diraih oleh Petronas dalam usahasama ini?

Di samping itu, kerajaan negeri Sabah juga kehilangan royalti minyak 5%-nya, lantaran "pertukaran" ini. Seandainya dikira berdasarkan annggaran di atas, kerajaan negeri Sabah akan kehilangan royalti minyak sebanyak RM3.28 juta sehari, RM1.19 bilion setahun dan jumlah RM17.85 bilion dalam tempoh 20 tahun.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, kerajaan persekutuan telah berunding dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam isu ini, sebelum perjanjian dengan Brunei ditandatangani. Maknanya, kerajaan negeri Sabah telah bersedia untuk "dikorbankan" (royalti minyak-nya), supaya akur kepada keputusan kerajaan persekutuan. Untuk penduduk Sabah, apakah ini formula penyelesaian "menang-menang"?

Apakah Limbang memadai?

Khabar yang tersebar kini mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mendapat hak miliknya ke atas Limbang di Sarawak dengan melepaskan hak miliknya ke atas Blok L dan M. Setakat ini, sama ada Najib mahupun Abdullah tidak menjawab, adakah Brunei tidak akan lagi menuntut Limbang, di bawah persetujuan kedua-dua negara tersebut?

Pertamanya, jikalau kerajaan Malaysia mendapat hak milik Limbang dengan hak milik kerajaan negeri Sabah terhadap lapangan minyak, maka pertukaran ini sebenarnya memanfaatkan Sarawak dengan mengorbankan kepentingan Sabah. Namun, pihak yang mendapat kemenangan bersih ialah Brunei.

Keduanya, jikalau persempadanan semula yang dipersetujui menyaksikan pertukaran Limbang dengan hak milik ke atas lapangan minyak Blok L dan M, apakah pertukaran ini memperlihatkan kewajarannya? Apakah ini formula "menang-menang" untuk Malaysia?

Menurut maklumat dari wikipedia, Limbang dengan keluasan 7,788 km persegi tidak mempunyai sumber semula jadi seperti petroleum, gas asli mahupun arang.
Aktiviti ekonomi yang utama adalah pembalakan, pertanian secara kecil-kecilan, penanaman dan pelancongan.

Apa yang menarik, pada ketika Mahathir mengkritik Abdullah kerana menukar Limbang dengan lapangan minyak RM320 bilion, berita di internet pula tersebar bahawa kerajaan Mahathir menyimpan niat menjual Limbang kepada Brunei secara senyap-senyap dengan RM 2 bilion pada zaman 1980-an. Bagaimanapun, cubaan ini gagal setelah berita itu terbongkar. - Neo Chee Hua, Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.