KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 27, 2010

Setiausaha Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan kembali ke rahmatullah

AL-FATIHAH: PAS Kawasan Batu dan Lajnah Pekerja dan Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ahmad Ismail, yang kembali ke rahmatullah petang tadi di kediamannya di Kuala Selangor kerana mengidap sejenis penyakit (tak pasti istilahnya) sejak sekian lama.

Allahyarham adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan antaranya diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan.

Beliau juga adalah Yang Dipertua PAS yang pertama bagi Kawasan Titiwangsa, yang kini dimenangi PAS melalui wakilnya Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali dalam pilihan raya umum yang lalu.

Kehilangan allahyarham dalam PAS Wilayah, khususnya Dewan Ulama sangat-sangat dirasai. Semoga roh allahyarham di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kepada keluarganya, banyakkan bersabar dengan pemergian allahyarham buat selama-lamanya. - Al-Fatihah!

TARMIZI MOHD JAM
Setiausaha Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat
PAS Wilayah Persekutuan merangkap
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, KL

Tiada ulasan: