KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 25, 2010

Semua sudah diumpan PM, tetapi pengundi Sibu tetap tolak BN! Berapa lamakah hayat Najib kuasai Putrajaya?

MARI seluruh rakyat Malaysia lihat apa yang dicurahkan Kerajaan Umno-BN ke Sarawak dalam usaha mempertahankan kuasa mereka di Bumi Kenyalang itu. Tetapi, rakyatnya yang diwakili pengundi Sibu menolak politik "beli" dan "umpan" yang disogok Najib:

RM4 bilion telah diperuntukkan kepada Sarawak bagi sektor Pendidikan dalam RMK9 dengan 1,700 buah sekolah telah dibina termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan RM1 bilion untuk penebatan banjir di mana RM300 juta telah dilaksanakan (Fasa I) I RM99 juta telah diperuntukkan kepada Sibu dalam RMK9 dan akan ditambah dalam RMK10 I RM28 juta untuk Pulau Bruit bagi faedah 9,000 penduduk yang duduk di 13 Kampung di pulau tersebut dengan pemilihan Pulau Bruit sebagai Kota Agropolitan yang baru di Negara kita dengan bajet RM18 juta dan bagi projek bekalan air bersih dengan kos RM10 juta.

RM 18 juta diperuntukkan kepada 65 sekolah bantuan Cina dan dua buah sekolah kebangsaan RM6.6 juta untuk kebajikan umat Islam termasuk bina dua masjid I RM2 juta telah diperuntukan untuk naik taraf sistem perparitan dan menurap jalan di Kg Bahagia Jaya dan Kg Jeriah I RM 1 juta pemberian Komputer riba percuma bernama “Netbook 1Malaysia” bernilai RM999 untuk 1000 pelajar di Sibu yang mana menjadi sebahagian dari bujet RM1 bilion pemberian netbook percuma kepada pelajar kurang mampu seluruh Negara RM 500,000 diperuntukkan untuk Sek. Men. Agama Sibu.

Dewan Serbaguna bernilai RM250,000 yang akan dibina dalam kawasan Sek. Men. Kebangsaan Batang Igan, Dalat I RM 100,000 untuk naik taraf dua buah sekolah iaitu Sek. Keb. Rantau Panjang dan Tanjung Penasu, Bawang Assan di mana majoriti pelajar adalah kaum Iban Kemudahan wifi dengan kewujudan Kampong Wifi Pertama di Malaysia di Kampung Bahagi Jaya, Teku yang akan memberi manfaat kepada 5,000 penduduk Bekalan eletrik untuk 2,000 penduduk di Sg Rasau sebelum 2012 dengan tambahan RM600 kepada setiap pintu rumah panjang bagi tujuan baik pulih Siaran TV satelit percuma untuk 200,000 penduduk pendalaman Sabah dan Sarawak bagi saluran RTM, TV3 dan Astro yang akan ditentukan kelak Naik taraf Kolej Laila Taib menjadi sebuah Universiti pada tahun 2012.

Tiada ulasan: