Wain mendakwa pembinaan PWTC menggunakan dana awam yang diselewengkan Tun Mahathir sewaktu jadi PM
SEHINGGA kini Umno gagal menyangkal, menafi, menjawab, malah mendakwa penulis buku kontroversi, Barry Wain yang menulis dan membuat dakwaan serius bahawa bangunan PWTC yang mereka (Umno) duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan.
Ini dakwaan. Ia diterbit dan dicetak dalam sebuah buku yang menjadi dokumen terbuka. Wain menulis dan memahatnya dalam buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times". Malah dakwaan Wain lagi, ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu akaun dana politik khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta juga tidak dinafikan oleh mana-mana pemimpin Umno. Ini dakwaan, mengapa pemimpin Umno diam!
Terdapat sesuatu yang tidak kena apabila Perdana Menteri, Najib Tun Razak bertindak menghalang tuntutan rakyat agar satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Wain. Jika Najib dan Umno telus, ada integriti, apa salahnya untuk memutihkan yang gelap, ditubuhkan suruhanjaya itu.
Kalau Wain menulis semberono, dakwa dia. Seret dia ke mahkamah. Buktikan dakwaan Wain itu suatu tuduhan liar untuk menjatuhkan maruah negara, maruah Mahathir dan mungkin juga maruah Najib. Sehingga hari ini, Wain mempertahan fakta dalam bukunya itu dan turut menegaskan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 bilion.
Tetapi Disember tahun lepas Najib awal-awal pagi lagi sudah menepis kosong; "Tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh."
Ini kenyataan politik. Untuk melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir. Rakyat kata ini penyelewengan. Kalau bukan, dakwa sahaja Wain. Tak payah sekat buku, haram buku. Itu nak tutup maklumat dari melebar. Dakwa Wain!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan