KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 28, 2010

Taukeh judi jadi penyumbang tegar dana pilihan raya BN?

Benarkah duit judi dari taukeh-taukeh judi negara ini membiayai kempen-kempen pilihan raya BN selama ini?

LAJNAH Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa saudagar judi yang dibela kerajaan Umno-BN bertindak sebagai penyumbang dana kepada jentera BN dalam setiap kali pilihan raya kecil diadakan.

Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata perkembangan industri judi di negara ini semakin menular termasuk era Islam Hadhari dan PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Umno-BN mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia.

"Kita dapat lihat dengan pertambahan premis perjudian yang sentiasa dikeluarkan BN dan aset terkumpul yang diperolehi tychoon atau tauke industri judi seperti Lim Goh Tong, Vincent Tan, Ananthan Krishnan dan lain-lain lagi," ujarnya. Tambahnya, mereka yang memperolehi kekayaan dengan judi di negara ini berada di tangga lima individu teratas mempunyai kekayaan.

"Mereka ini merupakan saudagar judi yang aktif dan menjadi kroni kapitalisme kepada regim Umno-BN. Saudagar judi ini jugak bertindak sebagai penyumbang dana kepada jentera BN dalam setiap kali pilihan raya kecil diadakan," katanya.

Ustaz Riduan turut memaklumkan satu laporan sebuah Majalah Economist yang berpengkalan di Hong Kong melaporkan Malaysia mempunyai aliran tunai sektor judi setahun sebanyak RM4 bilion atau RM 4,000 juta.

Lajnah tersebut juga ujarnya menyeru kepada umat Islam di seluruh negara untuk mengadakan bantahan terutama selepas solat Jumaat. "Malangnya apakah negara ini yang dipimpin Umno, mengaku sebagai negara Islam tetapi melanggar amanah kepimpinan yang disebut oleh Allah dalam al-Quran," tegasnya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam ziarah tuan...