AHLI Dewan Himpunan Penyokong PAS yang paling tua, Sow Ah Bau, 84 tahun dari Bagan Serai datang penuh semangat ke majlis pelancaran dewan di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang, 23 Mei lalu semata-mata mahu menyampaikan cenderahati kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai tanda sokongan beliau kepada parti Islam terbesar di negara ini.
Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan