KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Mei 23, 2010

Mengapa Jamil Khir, Mufti dan Ulama Umno "terkunci mulut" berdepan isu judi, arak?

PAS amat kesal, walaupun tidak terkejut dengan tindakan ‘mengunci mulut’ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Jamil Khir Baharom, seluruh mufti dan para ulama Umno di negara ini apabila berdepan dengan isu pemilikan saham Amanah Raya Berhad (ARB) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam syarikat perjudian Magnum Corporation dan syarikat arak terkemuka Calsberg.

Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan Jamil Khir sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama patut bertanggungjawab sepenuhnya menasihati Kerajaan Umno-BN dalam perkara yang amat serius, melibatkan pelanggan dan pencarum (pekerja) di kalangan umat Islam di negara ini.

PAS berpendapat ARB yang menjalankan tugas memegang amanah rakyat seharusnya bebas dan bersih daripada sebarang label dalam syarikat perjudian. Apa yang menghairankan mengapa Kerajaan Umno-BN ‘terkunci mulut’ dalam perkara ini sedangkan dalam isu-isu yang melibatkan Pakatan Rakyat, segala macam pemimpin Umno-BN begitu ghairah mendalangi propaganda dan manipulasi.

Sikap anti arak yang ditampilkan Umno-BN sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dengan menentang tabiat buruk Dato' Zaid Ibrahim meneguk arak semasa mudanya, dan beberapa siri demontrasi Umno membantah Kerajaan Selangor dalam isu penjualan arak di tempat terbuka patut dipuji; tetapi realitinya tindakan dan sikap itu hanyalah ‘lakonan munafik’ apabila isu melibatkan pendapatan negara dan wang rakyat dalam pelaburan judi dan arak, mereka hanya membisu dan memekakkan telinga.

PAS mahu semua Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri membentangkan isu ini kepada mufti dan membawanya kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk tindakan lanjut demi mempertahankan maruah umat Islam di negara ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti harus berpendirian tegas setelah banyak pihak kesal dengan langkah yang diambil Perkeso dan ARB ini, sekalipun ulama Umno enggan bersuara.

ARB memiliki saham Magnum terdedah berdasarkan Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006 yang menyatakan Amanah Raya Berhad memiliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi itu. Sementara, Laporan Tahunan 2007-2009 syarikat Calsberg Brewery Malaysia Berhad, mendapati Perkeso berada di tangga ke lapan dengan 2. 155,700 pegangan saham.

TARMIZI MOHD JAM
Setiausaha Lajnah (Biro) Pekerja dan
Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan

22 hb Mei 2010 / 7 Jamadil Akhir 1431.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mungkin scope of work Jamil Khir hanya untuk "endorse" apa yang dibuat oleh Kerajaan BN...tugas untuk MENEGUR kesalahan Kerajaan BN tidak termaktub dalam surat tawaran kerja sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri...sebab itu Jamil Khir diam seribu bahasa he he...Wallahualam

yanmaneee berkata...

nike off white
pandora
stephen curry shoes
giannis antetokounmpo shoes
golden goose shoes
yeezy 350
jordan 12
yeezy 700
supreme outlet
off white x jordan 1

thusha berkata...

Homepagego to this website have a peek herelike it this contentstraight from the source

teytheigh berkata...

u9r56k6j46 o8h75t2e57 m7s77y0m44 k9i24y1q43 l0e18y5k60 k5v96u3b91