KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 25, 2010

Yang DiPertua PAS Kawasan Kepong kembali ke rahmatullah kira-kira jam 6.30 petang tadi - Al Fatihah

AL-FATIHAH: PAS Kawasan Batu dan Lajnah Pekerja dan Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Nordin Mohd Noor, yang kembali ke rahmatullah kira-kira jam 6.30 petang tadi di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana diserang angin ahmar, sejak seminggu lalu.

Allahyarham adalah Yang Dipertua PAS Kepong dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan antaranya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan dan Setiausaha Perhubungan.

Sebelum menyertai PAS, beliau terlibat aktif dalam Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan pernah menjadi Ketua Penerangan Umno ketika Tun Ghafar Baba mengetuai Umno Wilayah Persekutuan.

Kehilangan allahyarham dalam PAS Wilayah, sangat-sangat terasa. Semoga roh allahyarham di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kepada keluarganya, banyakkan bersabar dengan pemergian allahyarham buat selama-lamanya. - Al-Fatihah!

TARMIZI MOHD JAM
Setiausaha Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat
PAS Wilayah Persekutuan merangkap
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, KL

Tiada ulasan: