DATO' Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu menilai secara bijak setiap janji yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa ketua umum PKR itu sebenarnya hanya mahu mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.
Perdana menteri berkata, rakyat perlu mengingati kembali apa yang pernah dibuat Anwar ketika mencanangkan penubuhan kerajaan baru pada 16 September 2008. "Dia (Anwar) dah berjanji macam-macam, sebab dia nak kuasa, saya berharap rakyat berhati-hati dengan janjinya," katanya kepada pemberita di Pekan hari ini, lapor Bernama.
Beliau mengulas janji terbaru Anwar untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik di kalangan pemimpin DAP jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang. Janji terbaru Anwar itu disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan pada 26 Mei lepas.
2 ulasan:
Yang pastinya sekarang kita telah diperintah oleh penipu dan terpalit dengan kisah kapal selam,pembunuhan Altantuya yang penghujungnya sangat meragukan........
Kisah Awar menjadi PM hanya carita dan kabar angin....kerana belum pernah berlaku bermakna itu adalah kisah yang tidak lagi menjadi benar.
TETAPI sekarang kita sedang dipimpin oleh pemimpin yang mengaku Islam tetapi menghalalkan judi...ini adalah KISAH BENAR.
lebron 18
yeezy 700
kobe 9
balenciaga shoes
stephen curry shoes
pandora
curry 8
ggdb
lebron james shoes
yeezy boost 380
Catat Ulasan