Bagaimana dengan isu pemberian hak milik tanah kepada para peneroka.
WAN RAHIMI WAN DAUD: Saya melihat isu pemberian tanah amat penting. Jika kita kaji Akta GSA, hubungan pemilikan tanah adalah kuasa mutlak Kerajaan Negeri. Ia tiada kaitan dengan Felda. Maknanya Kerajaan Negeri boleh berikan hakmilik kepada peneroka, walau pun masih terdapat hutang kepada Felda. Hubungan peneroka dengan Felda berkenaan hutang, adalah hubungan kontrak. Hubungan peneroka dengan Kerajaan Negeri adalah berkenaan milikan tanah. Ia adalah 2 hubungan yang berbeza dan tidak berkaitan. Saya katakan adalah amat perlu untuk Kerajaan Negeri memberikan hak milik kepada semua peneroka yang layak, serta-merta. Ini kerana apabila peneroka telah menerima hak milik, maka Akta GSA tidak lagi terpakai ke atas peneroka. Tiada siapa lagi yang boleh mengugut untuk menghalau peneroka dari kawasan rancangan. Bahkan, kalau Akta GSA sudah tidak lagi terpakai ke atas peneroka, perjanjian antara peneroka dan Felda juga akan berakhir. Dengan itu, Felda tidak berhak lagi mewajibkan peneroka menjual buah sawit mereka ke kilang Felda. Hakikatnya, Perjanjian Peneroka dan Felda, serta Akta GSA hanya berkenaan dengan proses penyertaan peneroka seawal memasuki rancangan sehingga Hakmilik diberikan. Mereka ini dikategorikan sebagai "pendudukan dalam jangkaan hakmilik (in expectation of title)".
Di bawah Akta GSA ini, apa kuasa Felda?
Sebenarnya, dibawah Akta GSA, Felda tidak mempunyai apa-apa kuasa pun. Semua kuasa di bawah Akta tersebut adalah pada Kerajaan Negeri. Bahkan untuk Felda melantik Pengurus Rancangan dan menggubal undang-undang kecil yang mengikat peneroka, maka ia perlu merujuk dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri – Land Collector – Pentadbir Tanah. Oleh itu, jika peneroka tertindas, kita tidak boleh menyalahkan Felda sepenuhnya, tetapi kita perlu mempersoalkan Kerajaan Negeri yang memerintah, kenapa Kerajaan Negeri berpeluk tubuh dan enggan menggunakan kuasanya dibawah Akta GSA untuk campurtangan dan membela peneroka?
Tapi ramai peneroka yang diusir sewenang-wenangnya dari tanah rancangan oleh Felda atas pelbagai alasan.
Hakikatnya, Felda tidak mempunyai kuasa mengusir peneroka. Perbuatan Felda mengusir peneroka, adalah salah dan tidak sah serta bercanggah dengan Akta GSA, yang memperuntukkan bahawa kuasa mengusir HANYA terletak pada Land Collector – Pentadbir Tanah. Itu pun jika peneroka melanggar peruntukan Akta GSA sahaja. Sebab itulah pentingnya peneroka dikurniakan Hakmilik kerana selepas Hakmilik dikeluarkan, tiada siapa lagi boleh mengusir peneroka termasuk Kerajaan Negeri sendiri. Amat malang sekali di negara kita, semua Kerajaan Negeri seolah-olah tidak mempedulikan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta GSA untuk membela peneroka. Semuanya dilepaskan ke bahu Felda. Kerajaan Negeri boleh berbuat sesuatu berkenaan dengan greding sawit, undang-undang tanam semula dan lain-lain berkenaan tanah Rancangan.
Isu generasi, bagaimana mereka (waris) boleh mendapatkan hak mereka daripada kedua ibu bapa mereka (peneroka asal)?
Saya rasa isunya di sini, ialah terdapatnya sekatan dalam Akta GSA untuk turun milik tanah selepas kematian peneroka asal. Tidak semua anak dibenarkan untuk didaftarkan sebagai pemilik atas tanah tersebut. Isu ini tidak ada jalan lain, pergi ke Parlimen dan pinda Akta GSA, itu sahaja. Jadi terpulanglah kepada semua pemimpin politik untuk menangani masalah ini.
Felda dulu tolong, kini along... daripada pengalaman pihak saudara mengendalikan kes, apakah persepsi ini benar?
Kalau kita baca Handsard Parlimen - ucapan pembentangan Akta GSA oleh Tun Razak pada 27 April 1960, 50 tahun dulu, kita akan lihat dengan jelas amanah Tun Razak untuk "beri tanah kepada yang tidak bertanah", membantu masyarakat luar bandar, dan mengayakan rakyat yang miskin. Nampaknya amanah Tun Razak telah dikuburkan oleh semua pembesar dan pemimpin Felda sekarang, termasuk oleh anak kesayangan Tun Razak sendiri!
1 ulasan:
Hi there very cool site!! Guy .. Beautiful .. Superb .
. I'll bookmark your web site and take the feeds also? I'm glad
to find so many useful info right here in the put up, we'd like work out extra strategies on this regard, thank you for sharing. . . . . .
my weblog - bankruptcy attorney florida
Catat Ulasan