Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Mei 28, 2010

Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM) 80 peratus siap! Presiden PAS lancar dana di Peransang Templer Golf Resort Rawang

Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap melancarkan dana KUIZM, di Peransang Golf, Templer Park, Rawang 22 Mei lalu.






Sebagai simbolik dan gimik pelancaran, Tuan Guru Abdul Hadi menyentuh glob yang mempamerkan tulisan KUIZM memusing bercahaya.

Hampir 80 peratus pembinaan bangunan dan ubahsuai KUIZM siap. Hanya mengecat dan kerja-kerja kecil yang belum selesai.

NUN jauh di sana, Presiden PAS melancarkan dana Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamad (KUIZM). Sudah 80 peratus pembinaan bangunan dan ubahsuai siap. Hanya mengecat dan kerja-kerja kecil yang belum selesai.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan dana KUIZM, di Peransang Golf, Templer Park, Rawang 22 Mei lalu, menekankan peri pentingnya ilmu pengetahuan ditanam kepada umat Islam, sebagai pendinding dan petunjuk genarasi akan datang.

Atas kesedaran itu, tegasnya, PAS menubuhkan KUIZM bagi menawarkan pendidikan formal kepada masyarakat untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan aqidah supaya dapat menangkis segala salah faham terhadap Islam.

Lebih 300 tetamu menghadiri Majlis Makan Malam Pelancaran Dana KUIZM itu. Selain Ustaz Abdul Hadi, turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Pemuda, Ustaz Nasruddin Hassan, Ahli Majlis Syura, Ustaz Hassan Shukri dan EXCO Dewan Ulama, Dato' Husin Awang.

Ustaz Abdul Hadi bersama isteri, Salahudin dan Ustaz Hassan masuk ke dewan makan diiringi Pengerusi KUIZM, Dato' Mahfodz Mohamad dan Rektornya, Dr. Shahbudin Ngah. Beliau disambut oleh para hadirin sepanjang laluan menuju ke pentas.

Setelah Dr. Mahfodz mengalu-ngalukan majlis, Ustaz Abdul Hadi berucap dan melancarkan dana KUIZM. Sebagai simbolik dan gimik pelancaran, beliau menyentuh glob yang mempamerkan tulisan KUIZM memusing bercahaya.

Kemudian diikuti tayangan slide berkenaan kepentingan ilmu dan perkembagan terkini pembinaan KUIZM. Para hadirin disegarkan dengan nasyid dendangan Kumpulan Nasehat, sepanjang menikmati juadah makan malam.

Pelajar baru dijangka masuk mulai Julai depan. Yuran yang dikenakan hanya RM1500 seorang untuk satu semestar. Sebagai permulaan dua program ditawarkan iaitu Diploma Muamalat dan Kewangan Islam dan Diploma Dakwah dan Komunikasi.

Sesiapa yang berminat, borang-borang boleh diperolehi di Pejabat KUIZM, Lorong Haji Hassan, Off Jalan Batu Geliga, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor (Telefaks 03-61865616) atau muat turun di www.kuizm.org, atau hubungi Ustaz Mohd Norhan (017-9503455) dan Ustaz Wan Ahmad Rasyidi (012-3484140).

0 ulasan: