KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Disember 12, 2012

Sebotaj akar umbi boleh ajar pemimpin Umno tentang dunia politik sebenar


SETIAP kali Perhimpunan Agung Umno (PAU), semua jurucakap negeri-negeri akan diberikan taklimat. Tentunya taklimat itu berkaitan masa perbahasan dan had-had yang ditentukan oleh peraturan perhimpunan, yang ada persamaan dengan peraturan persidangan di peringkat bahagian.

Namun, kali ini, sekatan lebih ketara kepada jurucakap negeri-negeri, agar tidak menyentuh perkara-perkara sensitif, kerana Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dikhabarkan akan mengumumkan pembubaran Parlimen, sebaik sahaja selesai PAU 2012.

Dulu, Naib Presiden yang diarahkan mengawal jurucakap negeri-negeri ini ialah Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, tetapi sekarang, ia telah diberikan kepada Hishammuddin Hussein. Apa yang paling malang, ketika menggulung perbahasan, rata-rata perwakilan dan pemerhati kecewa dengan cara Hishammuddin menggulung yang mengulangi cerita lama, kisah hidung dan bulu roma di betisnya!

Walaupun ada sumber memberitahu, ada halangan kepada jurucakap supaya tidak menimbulkan cerita peranan isteri Perdana Menteri (PM), Datin Seri Rosmah Mansor dalam kerajaan, tetapi yang pasti, tiada sesiapa dibenarkan menyentuh tentang hubungan PM dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Sudah tentu isu Felda Global Ventures Berhad (FGVH) tidak dapat disentuh, kerana ia akan melibatkan Najib yang bertanggungjawab terhadap Felda. Secara kebetulan, setiap kali pertemuan dengan jurucakap, Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan terlibat sama. 

Di Parlimen, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri akan menjawab isu-isu Felda yang dibangkitkan, menyebabkan tiada siapa boleh menyentuh isu ini. Usahlah sesiapa menunggu ada jurucakap negeri akan menyentuh komisen Kapal Selam Scorpene dan NFC kerana ia sekaligus bererti "menembak" Najib secara terus, yang akan mengesahkan hubungan kurang mesra Najib-Muhyiddin.

Berbulan-bulan sebenarnya orang-orang Hishammuddin sudah mengesan siapakah jurucakap negeri-negeri, supaya apa yang hendak disampaikan tidak melihatkan Umno bermasalah. PAU 2012 disifatkan PAU paling gagal oleh pemerhati politik tanahair. Hasil penggulungan, ucapan Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil dikatakan paling teruk, diikuti dengan ucapan berjela-jela Naib Presiden ketiganya, Mohd Shafie Afdal, Hishammuddin dan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Seorang ketua bahagian Umno memberitahu, kenapa Hishammuddin masih mahu menyebut perkataan "ekor" dan kemudiannya disahkan oleh Najib, bahawa ketiga-tiga Naib Presiden Umno adalah "3 ekor!" "Ini perhimpunan terbesar dan tertinggi. Kenapa masih nak bergurau, ketika perwakilan dan jurucakap diberikan ingatan supaya bercakap dengan fakta dan jangan banyak melawak," katanya ketika ditanya pendapatnya pasca PAU 2012.

Ada juga yang mempersoalkan berapakah perbelanjaan yang dihabiskan untuk menghias dalaman dan luaran PWTC kerana PAU 2012 dan siapakah kontraktor yang berjaya mendapat projek runding terus tersebut? Jadi, apabila Najib menyebut "Setiausaha Kerja yang semakin sihat", ramai yang mentafsirkan bahawa "selama ini Setiausaha Kerja Umno" tidak cukup sihat. Tetapi, sebaik sahaja selesai PAU 2102 dan semua kos dikira, ada yang kenyang dengan komisen dari kontraktor!

PAU sebenarnya bukanlah perhimpunan yang bebas untuk mana-mana jurucakap yang hendak menegur pucuk pimpinan. Jurucakap Kedah, Mohd Kamal Saidin yang selalunya mendapat sambutan kerana bijak menyerang pembangkang, dilihat sudah kehabisan oksijen kali ini, kerana membawa isu kitar semula dalam PAU.

Ada antara jurucakap yang terlalu berjaga-jaga mengeluarkan kata-kata kerana mahu memastikan namanya dicalonkan dalam pilihan raya akan datang. Rata-rata, teks ucapan jurucakap dipantau dengan teliti oleh Menteri Besar atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. Jika ada pihak yang mendakwa mulut jurucakap Umno digam, ia ada kebenarannya!

Jangan pula ada pihak dalam Umno yang ingin menafikan dakwaan ini kerana setiap jurucakap dipanggil, bukan oleh pihak negeri tetapi pihak Ketua Penerangan Umno, Naib Presiden Umno dan akhir sekali, oleh Timbalan Presiden Umno.

Jika ada jurucakap yang terlepas isu mengkritik atau menegur Presiden Umno, ia tentunya datang dari kehendak Timbalan Presiden. Jika ada jurucakap yang terucap kata-kata yang mengkritik Timbalan Presiden, sudah pasti mereka diminta berbuat demikian oleh Naib-Naib Presiden yang sedang memerhati dengan penuh minat kerusi timbalan.

Lebih malang, Muhyiddin dan Najib tidak cukup "stamina" untuk menggulung perbahasan kali ini kerana terpaksa mengambil masa yang panjang. Muhyiddin terkejar-kejar untuk menghabiskan "tujuh rukunnya" manakala Najib, mahu pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian menjawab "soalan cepu emasnya".

Masalah paling besar yang Umno hadapi sekarang ialah keputusan pucuk pimpinan mereka, tidak diterima mudah oleh ahli. Itulah sebabnya, Najib bertanya, jika "saya tidak terpilih sebagai calon?"…. adakah akan menerima dengan senang hati dan terus memberikan sokongan kepada parti?

Tentulah, secara diam-diam, mereka menjawab, akan sabotaj. Sebab, dengan sabotaj calon dan parti sahajalah pucuk pimpinan boleh "ditegur". Jika tidak, mereka tidak akan mendengar dan menerima pandangan ahli di bawah. Jika keputusan PRU -12 yang lalu tidak sebegini teruk kepada BN, mustahil berlaku transformasi dan perubahan yang ketara.

Apakah boleh berlaku perubahan dalam Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain jika keputusan PRU-12 yang lalu, sama cemerlang dengan keputusan PRU-11? Berhentikah Dato' Seri S. Samy Vellu dari MIC sekiranya semua calon MIC yang diletakkan bertanding menang dalam PRU-12 yang lalu?

Lebih dahsyat, soalan yang sama jika ditujukan kepada Umno, apakah Tun Abdullah Ahmad Badawi akan berundur jika keputusan PRU-12 yang lalu baik, sebaik apa yang dicapainya dalam tahun 2004? Jadi, eloklah kalau ahli Umno sabotaj parti dan kalahkan calon-calon yang pucuk pimpinan mereka pilih kerana, inilah cara terbaik untuk menegur mereka yang sudah angkuh dan sombong.

Mereka tidak mudah ditemui, tidak mudah mendengar cadangan dan pandangan dari pihak di bawah. Lebih malang, mereka yang dilantik bekerja untuk parti, berlagak dan angkuh ketika memegang amanah tersebut! - Safar Jumaat

Dato' Seri Abdul Rahman Maidin yakin PAS mampu bela kebajikan rakyat


Keputusan Dato' Seri Abdul Rahman Maidin, seorang ahli korporat yang telah terlibat dalam bidang pelaburan, kewangan, infrastruktur, teknologi, media dan komunikasi selama 32 tahun untuk menyertai PAS didorong oleh prinsip perjuangan parti itu yang konsisten menekankan kebajikan dan keadilan rakyat.

"PAS memastikan semua rakyat di negara ini dibela berteraskan Negara Berkebajikan yang selari dengan prinsip dan azam saya untuk Malaysia pada masa depan," katanya dalam pertemuan di Pejabat Harakah di sini pada 5 Disember lalu.

Beliau kesal dengan isu-isu berkaitan hak dan kebajikan rakyat dalam pelaksanaan dasar di bawah kerajaan Umno-BN yang lebih banyak memusnahkan masyarakat sama ada di luar bandar mahupun di bandar.

"Saya yakin segala polisi yang menindas rakyat perlu dihapuskan dan diganti dengan satu reformasi sistem dan dasar yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat dalam penggubalan dan pelaksanaannya," ujarnya yang turut akan membantu PAS dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13 nanti. 

Terdahulu pada 1 Disember lalu, beliau yang juga aktif dalam organisasi kebajikan dan pembelaan rakyat termasuklah mengenai kesihatan dan alam sekitar telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang semasa berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor. 

Tindakan ganas, samseng sebab Umno yakin Putrajaya akan terlepas


Umno sebenarnya takut hilang kuasa di Putrajaya sehingga sedia dan terus mara dengan tingkah laku samseng dan ganas menghadapi Pakatan Rakyat, tegas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Katanya, setelah kuasa digenggam selama 55 tahun, kini Umno mulai terasa ianya akan hilang dan mereka menganggap itu malapetaka maha besar kepada Parti Kebangsaan Melayu itu.

Umno katanya, begitu goyah untuk hilang kuasa memerintah dan kerana mereka tiada pengalaman kalah teruk, maka pelbagai taktik sedang diusahakan untuk menghalang kemenangan di pihak Pakatan termasuklah membuat pelbagai kenyataan provokasi.

Paling teruk kata Hatta, mereka bimbang salahguna kuasa semasa 55 tahun memerintah akan terbongkar dan diheret ke mahkamah jika Pakatan memerintah. Beliau tidak menolak kemungkinan, Tragedi 13 Mei yang sering diapai-apikan oleh pemimpin Umno mampu merangsang sesetengah ahlinya bertindak ganas sebagai reaksi terhadap sokongan rakyat kepada Pakatan.

"Apa yang terjadi di Gombak Utara 4 Disember lalu, sangat memalukan. Pakatan tak pernah buat kacau apabila Umno mengadakan ceramah. Tetapi, apabila kita buat siri lawatan untuk yakinkan rakyat, Umno panik dan bertindak agresif menakutkan rakyat. Kita buat ceramah di tanah persendirian bukannya Umno punya atau di tempat awam," katanya.

Hatta berkata, ceramah, himpunan dan mesyuarat agung Umno di mana-mana kini memberi fokus bahawa BN akan kalah, para pemimpin mereka mengajak ahli-ahli bangkit mempertahankan Putrajaya. Gangguan dan tindakan ganas seperti di Gombak itu, telah berlaku di banyak tempat termasuk di Lambah Pantai, Melaka, N Sembilan, Pahang, dan Johor.

PAS yakin negara kucai lanai, tak tenteram jika Menteri kacau ganggu tugas polis


Pendedahan Tan Sri Musa Hassan mengenai campurtangan Menteri mengenai urusan polis adalah suatu yang merbahaya untuk keselamatan negara. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan apakah jaminan keselamatan rakyat, jika penjenayah mempunyai hubungan yang intim dengan Menteri? 

"Mampukah keadilan dapat diperolehi oleh rakyat biasa? Institusi polis sepatutnya bebas, tanpa memilih bulu. Siapa sahaja yang salah tidak kira apa-apa kedudukan mesti diambil tindakan," katanya kepada Harakah. Ustaz Idris berkata, pendedahan bekas Ketua Polis Negera perlu dipandang serius oleh Dato' Seri Najib Razak yang sering bercakap soal transformasi. 

"Macam mana negara akan aman daripada jenayah jika kerja polis dicampur tangan oleh pihak atasan. Kehilangan rekod Antatuya ke negara ini masih menjadi misteri. Apa khabar pula dengan kes anak Tan Seri Nazri Aziz yang pukul penyelia  keselamatan di sebuah kondominium mewah Kuala Lumpur 

"Apa hendak jadi dengan nasib rakyat? Kepada siapa lagi boleh buat aduan? Sebelum ini kita di dedahkan bagaimana hakim boleh diatur oleh V.K Linggam," soal beliau lagi.

Dedahnya, suatu masa dahulu ada kisah seorang Ketua Hakim Negara boleh melancung dengan peguam yang mengendalikan kes yang sedang dibicara. Begitu juga, ujarnya, dengan kes isteri Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bersama dengan peguam Umno, Hafarizan Harun yang mendapat projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 Bilion. 

"Macam mana perkara ini berlaku. Ini hanya satu  contoh kerosakan sistem perundangan negara," tegas Ustaz Idris.

Jumaat, November 23, 2012

Mohd Sabu, YM Tengku Harmey, Chegu Bard, Seng Giaw dalam Ceramah dan Himpunan Mega Jalan Kaki Rakyat Tolak BN 24 Dis di Markas PAS Pusat Taman Melewar


PAS Kawasan Batu dalam satu kenyataannya memberitahu, parti Islam itu akan menyambut ketibaan 40 orang pejalan kaki Himpunan Hijau itu pada 24 Disember di Tol Gombak bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Menurut Yang DiPertuanya, Ishak Surin, sekitar 100 ahli PAS Batu bersama Mohamad akan berjalan kaki bersama mereka daripada Tol Gombak menuju Dataran Markas Tarbiah PAS Pusat untuk menikmati minuman petang.

Pada sebelah malam 24 Disember itu, Mohamad Sabu, Wong Tack, YM Tengku Harmey Tengku Hannan, YB Dr Tan Seng Giaw, Chegu Bard, Hishamuddin Rais dan Ishak Surin dijangka mengisi "Himpunan Mega Jalan Kaki Rakyat Tolak BN" di Markas Tarbiah PAS Pusat sebelum 40 pejalan kaki itu meneruskan misi ke Jalan Sultan dan Dataran Merdeka keesokan harinya. 

Tidak kira sama ada hujan atau panas, peserta Himpunan Hijau akan tetap menyempurnakan jalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur selama 12 hari bermula, 13 November ini. 

"Walaupun dijangka hujan lebat, tiada apa yang boleh menghalang kita," kata pengerusi himpunan itu, Wong Tack.  Selain itu, penyelaras logistik Vincent Ooi pula berkata, kira-kira 40 kumpulan itu akan berlindung sekiranya hujan terlalu lebat. 

Menurutnya, bagi mengelak berjalan di bawah cuaca terik, peserta himpunan akan berjalan pada jam 5:00 hingga 10:00 pagi dan 4:00 hingga 7:00 petang setiap hari. Penganjur himpunan juga akan menyediakan penginapan 'homestay' kepada peserta di setiap tempat sehenti. 

PAS Kawasan Batu sambut 40 aktivis Jalan Kaki Hapuskan Lynas di Plaza Tol Gombak

 

Tidak kira sama ada hujan atau panas, peserta Himpunan Hijau akan tetap menyempurnakan jalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur selama 12 hari bermula, 13 November ini. "Walaupun dijangka hujan lebat, tiada apa yang boleh menghalang kita," kata pengerusi himpunan itu, Wong Tack. 

Selain itu, penyelaras logistik Vincent Ooi pula berkata, kira-kira 40 kumpulan itu akan berlindung sekiranya hujan terlalu lebat. Menurutnya, bagi mengelak berjalan di bawah cuaca terik, peserta himpunan akan berjalan pada jam 5:00 hingga 10:00 pagi dan 4:00 hingga 7:00 petang setiap hari. Penganjur himpunan juga akan menyediakan penginapan 'homestay' kepada peserta di setiap tempat sehenti. 

PAS Kawasan Batu dalam satu kenyataannya memberitahu, parti Islam itu akan menyambut ketibaan 40 orang pejalan kaki Himpunan Hijau itu pada 24 Disember di Tol Gombak bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Menurut Yang DiPertuanya, Ishak Surin, sekitar 100 ahli PAS Batu bersama Mohamad akan berjalan kaki bersama mereka daripada Tol Gombak menuju Dataran Markas Tarbiah PAS Pusat untuk menikmati minuman petang.

Pada sebelah malam 24 Disember itu, Mohamad Sabu, Wong Tack, YM Tengku Harmey Tengku Hannan, YB Dr Tan Seng Giaw, Chegu Bard, Hishamuddin Rais dan Ishak Surin dijangka mengisi "Himpunan Mega Jalan Kaki Rakyat Tolak BN" di Markas Tarbiah PAS Pusat sebelum 40 pejalan kaki itu meneruskan misi ke Jalan Sultan dan Dataran Merdeka keesokan harinya. 

Relevankah PAS? Pendekatan sebahagian slogan Islam ingin menjadikan rakyat "robot patuh shariah"


Saya pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu. Perasaan mereka, saya tidak tahu. Muktamar PAS baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan PAS.

Maaf, bagi saya PAS merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan PAS yang bersikap terbuka. Pemuda PAS merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan cita rasa generasi yang berfikiran terbuka, menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.

Dalam wacana di Sinar Harian baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda PAS yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar PAS jangan nanti membentuk negara mullah. Umno tidak sangat melatah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika PAS direzekikan Allah menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Umno sebelum pilihan raya umum ke-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.

Perlu berubah

Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.

Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya. Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu.

Demikian politik dalam era negara bangsa tidak sama dengan era empayar sebelum itu. Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia. Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naif dan dangkal dalam memahami tabiat politik, sekaligus rasional dan tabiat Islam itu sendiri.

Retorik

Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya. Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh dogma dan retorik. Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut. Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori 'daulah Islamiyah' ataupun 'negara Islam' telah menghalang mereka maju ke hadapan.

Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan. Fokus terhadap menghukum rakyat dengan ‘hukuman syariah’ lebih banyak dari bicara tentang memberikan perkhidmatan dan hak rakyat yang dibela oleh syariah. Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.

Nilai semula

Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks, mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan tatakelola yang buruk, rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang menjahanamkan negara.

Ini memalukan Dunia Muslim jika dibandingkan dengan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup. Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju.

Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan. Datang gerakan Islam pula memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan khidmat kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.

Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salahguna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama. Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. ‘Arab Spring’ menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru. Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?

Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan sekular kepada cengkaman golongan mullah? Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan.

Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan. Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah. Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.

Menambat hati rakyat

Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan. Pendekatan 'haram, haram, haram' mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternatif halal yang lebih baik kepada rakyat. Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir. Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini.

Walaupun kerajaan Turki berasaskan sekularisme, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada. Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi SAW melalui utusan dan surat menyurat. Nabi SAW tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.

Maka, pemikiran tajdid dalam memahami reality baru amat diperlukan oleh PAS. Usahanya itu adalah bagi membolehkan PAS terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. PAS itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah PAS akan berjaya menawar khidmat Islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Sanggahtoksago.Com

Sabtu, November 10, 2012

Soi Lek hina Islam: Kenapa mulut terkatub, mata terbeliak jadi terpejam? Mana pemimpin Umno, Ulama Muda & Perkasa raya?


PERTUBUHAN Pribumi Perkasa (Perkasa) sudah mengeluarkan kenyataan "haram orang Islam memberi undi" kepada calon MCA dalam pilihan raya akan datang. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataannya membidas Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek yang terus menerus menyerang hudud dan mempertikaikan hukum Islam tersebut.

Setakat ini, tiada siapa yang tahu apakah kenyataan Syed Hassan itu adalah kenyataan Perkasa, kerana tidak pernah pun kedengaran Perkasa bangkit mengadakan tunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan tersebut, kerana selama ini, Perkasa akan berbuat demikian.

Juga, tidak kendengan suara-suara "orang penting dan orang agama" dalam Perkasa yang menyahut kenyataan Syed Hassan itu – mungkin kerana ada kepentingan yang harus Perkasa jaga, kerana "cari makan juga penting bagi mereka".

Dulu, Timbalan Presiden Perkasa, Dato' Abd Rahman Abu Bakar pernah mengeluarkan kenyataan, orang Melayu jangan mengundi Dato' Dr Ir Wee Ka Siong di Parlimen Air Hitam, Johor kerana penentangannya terhadap biasiswa pelajar-pelajar Melayu.

Lebih ekstrim lagi, khabarnya ada usaha mahu meletakkan calon Bebas mewakili Perkasa di Parlimen Air Hitam jika BN masih meletakkan Ka Siong bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya Melayu itu. Namun, ada seorang kawan memberi tahu, kenyataan Syed Hassan itu sebagai "kenyataan politik Perkasa" kerana MCA memang tidak menggunakan lambang sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya. 

Jangan sokong calon MCA bukan bererti jangan undi BN, kata mereka yang mendakwa kenal dengan Syed Hassan ini. Soi Lek dan MCA terus-menerus menyerang hudud. Umno tidak berani menegur perbuatan ini. Atau, memang Umno yang bersetuju di sebalik semua ini?

Boleh tak mana-mana pemimpin kanan Umno mengeluarkan kenyataan untuk memperbetulkan kenyataan Soi Lek dan MCA ini? MCA menentang PAS, betul. Mustahil MCA mahu menyokong PAS. Tetapi MCA menentang Islam (hudud), satu kesalahan besar kerana Islam tidak pernah menentang anutan agama orang-orang MCA, sama ada mereka Kristian ataupun Buddha.

Kenapa Umno diam? Mana ulama-ulama yang mendabik dada selama ini, bersama-sama Umno untuk mempertahankan Islam? Kenapa menikus? Bila pula Perkasa mahu menganjurkan satu tunjuk perasaan menentang serangan MCA ini secara terbuka? 

Mana dia Wira Perkasa yang selama ini cukup cepat kalau ada isu pasir timbul di Selangor? Apakah mereka percaya isu pasir lebih penting dipertahankan daripada isu Islam dihina? Ketika mahu menyatakan bantahan terhadap filem yang mencemuh Nabi Muhammad SAW, Perkasa kelihatan terkehadapan menyahut seruan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Apa kata dalam isu penghinaan terhadap hudud oleh MCA ini, Wira Perkasa dan Setiausaha Agung Perkasa mengajak Khairy bersama-sama mengadakan tunjuk perasaan menyatakan bantahan tergadap MCA? Ada berani? Atau, mahu memilih untuk menikus macamlah tikus jatuh ke beras!

Umno mungkin rapat dengan MCA kerana MCA melahirkan ramai taikun-taikun yang banyak berjasa kepada pemimpin-pemimpin Umno. Ramai pemimpin-pemimpin Umno "kekenyangan" disebabkan mereka adalah ‘rakan ali baba’ dengan tauke-tauke Cina dari MCA.

Tetapi, dalam Perhimpunan MCA di Kuala Lumpur, 21 Oktober lalu, orang Islam, Umno dan Perkasa yang selama ini lantang bersuara, tidak boleh diam walaupun ketika mereka sedang kekenyangan! Presiden Umno, Timbalan Presiden Umno dan Naib-Naib Presiden Umno tidak boleh memejamkan mata dan memekakkan telinga melihat penghinaan MCA terhadap ajaran Islam dan syariat Nabi Muhammad SAW ini.

Walau atas apa-apa kepentingan sekali pun, Umno tidak harus membiarkan Soi Lek mempermain-mainkan hukum Islam ini, walaupun alasannya orang-orang Cina takut dengan hudud. Hukum hudud bukan "Kamera AES" yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan yang dipimpin oleh Naib Presiden MCA. Ini isu keagamaan yang tidak ada komprominya.

Seteruk-teruk DAP yang digambarkan sebagai anti-Melayu, DAP tidak begitu teruk menentang Islam jika dibandingkan dengan MCA. Apakah MCA yakin bahawa mereka boleh melakukan semua ini kerana mereka bergantung dengan Umno yang tidak dilihat sebagai parti yang mempertahankan Islam?

MCA musuh hudud sekaligus musuh Islam. Musuh Islam adalah kafir harbi, yang wajib ditentang. Jika Umno tidak mempunyai cukup keberanian menentang slogan dan serangan MCA ini, Perkasa kena bangkit. Nampaknya, sehingga kita berjumpa kucing bertanduk, barulah ia akan menjadi kenyataan cerita penentangan Perkasa kepada MCA ini.

Umno kemaruk undi. Umno mahu menjaga hati MCA. Umno bimbang, jika MCA merajuk, Umno sendiri akan kecundang. Oleh sebab itu, walaupun Islam di hina, Umno tidak akan berbuat apa-apa. Umno akan mendiamkan diri dan secara perlahan-lahan menyatakan persetujuan dengan cara MCA melakukan serangan terhadap PAS ini.

Apa yang Soi Lek lakukan, adalah biasan dari lamanya MCA berkawan dengan Umno. Inilah kesannya dan cuma berbezanya Soi Lek dengan bekas-bekas Presiden MCA sebelumnya, mereka tidak berani "mengaku" melakukan "hubungan seks" dengan bukan isteri di bilik hotel.

Bekas Naib Presiden MCA, Dato' Chua Jui Meng sendiri dalam satu kenyataan, meminta Soi Lek memohon maaf dari umat Islam kerana keceluparannya. 

Jui Meng mendakwa Soi Lek tidak faham mengenai hudud. Beberapa pihak lain pula mendakwa, Soi Lek begitu berani menyerang Islam kerana dia tahu bahawa Umno terlalu bergantung kepada MCA sebagai talian hayat politik mereka. Itulah sebabnya, Najib sendiri enggan mengulas bila ditanya mengenai serangan Soi Lek terhadap hudud ini. Ada juga yang menyifatkan Soi Lek ini budak suruhan Umno, untuk menyerang Islam sekaligus menyerang PAS. - Oleh Safar Jumaat

Soi Lek, Umno sengaja guna Utusan yang jahil hudud untuk kelirukan rakyat dan bukan Islam


Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib memberikan penjelasan panjang lebar tentang kejahilan Umno memahami Kanun Syariah Kelantan dan Terengganu. Sekaligus menjawab tohmahan Dr Chua Soi Lek yang mendapat nasihat dari ulam amuda Umno, Fathul Bari Mat Jaya: Jom baca dan telaah dengan hati yang terbuka.

Utusan Malaysia masih jahil tentang hukuman hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk "Polemik Hukum Hudud PAS" menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud.

Dalam artikel tersebut telah mempersoalkan bagaimana terdapat dua versi Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, kita ingin menegaskan bahawa pengarang tersebut telah hilang fokus dalam perbincangannya, perbezaan versi ini adalah termasuk dalam bab teknikal dan bukannya isu pokok.

Apa yang kita bahaskan sekarang ialah berkenaan dengan pokok iaitu memberikan penjelasan berkenaan keindahan hukum hudud dan Utusan tidak memainkan peranan ini selaku akhbar milik orang Islam.

Fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis tersebut juga cukup mengelirukan para pembaca, sedangkan apa yang diusahakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu berdasarkan pandangan para ulamak yang muktabar yang diiktiraf keilmuan mereka, ianya bukan hudud PAS tetapi ianya merupakan hudud yang berdasarkan disiplin ilmu Islam yang berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.

Adapun berkenaan dengan dakwaan bekas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan seperti mana yang dilaporkan dalaman artikel itu, Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah adalah dakwaan yang tidak benar dan menyeleweng.

Berkenaan isu liwat dan umur aqil baligh dalam enakmen tersebut, ianya telahpun dijawab Dewan Ulamak sebelum ini tetapi sebagai manfaat bersama, ulamak tidak keberatan mengulanginya.

Adapun dakwaan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin yang mempertikaikan umur bagi mukallaf adalah 15 tahun dan bukannya 18 tahun menggambarkan beliau jahil tentang perbahasan para ulmak.

Berkenaan dakwaan had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak, masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.

 Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh. Kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah.

Sebagai contoh, kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan di samping ianya merupakan petunjuk kepada tahap baligh dan kematangan atau dikenali sebagai 'sinnu rusyd', itu hanya sebahagian sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah.

Berkenaan dakwaan meliwat isteri yang didakwa oleh seorang ahli parlimen yang seolah-olah dilihat dibenarkan dalam enakmen hudud yang dikemukakan PAS, adalah dakwaan yang melambangkan kejahilan orang yang membangkitkan isu ini.

Liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah. Perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman tetap ia akan dikenakan hukum takzir.

Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam pelaksanaan ialah pelaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu yudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan - pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri.

Pengarang tersebut tidak sepatutnya membaca sepintas lalu dan terus menjatuhkan hukuman tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Sebelum ini Dewan Ulamak telah memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut secara rasmi. Dakwaan yang menyatakan Ulamak PAS gagal memberikan penjelasan berkenaan dakwaan ahli parlimen tersebut adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali.

Isu hukum hudud yang hanya dilaksanakan ke atas orang Islam manakala orang bukan Islam diberikan pilihan, Enakmen Kelantan dan Terengganu jelas menerangkan bahawa enakmen ini terpakai kepada orang Islam dan orang bukan Islam secara mutatis mutandis iaitu mereka yang bukan beragama Islam diberikan pilihan untuk memilih samada ingin diadili dengan hukum Islam ataupun memilih untuk dibicarakan mengikut undang-undang mereka.

Ini adalah berdasarkan ayat al-Quran daripada surah al-Maidah ayat 42 yang bermaksud: "Apabila mereka(orang yang bukan Islam) datang kepada kamu untuk diadili, hendaklah kamu adili mereka (dengan Islam) atau biarkan mereka (untuk membuat pilihan), sekiranya mereka enggan ianya tidak memudaratkan kamu, apabila kamu mengadili manusia hendaklah kamu berlaku adil seadil-adilnya."

Ianya jelas berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, apabila orang bukan Islam khususnya Yahudi yang datang bertemu Rasulullah untuk menyelesaikan kes mereka yang berkaitan hudud, lalu Allah SWT memberikan pilihan kepada nabi sama ada mengadili dengan hukum Islam atau sekiranya mereka enggan mereka boleh menyelesaikan pertikaian itu berdasarkan undang-undang mereka sesama di kalangan mereka. 

Ini nas al-Quran. Al-Quran memberitahu sekiranya kamu mengadili mereka hendaklah berlaku seadil-adilnya. Mazhab Syafie menyatakan adil di sini ialah hukum Islam.

Terbukti Islam tergugat bukan kerana DAP tetapi kerana Umno yang mengaku Islam tapi hina Islam


Episod penghinaan Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek membuktikan tohmahan Umno selama ini bahawa DAP bahaya kepada Islam terbukti silap. "Terbukti dan teruji yang menghina Islam ialah MCA bukannya DAP," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Namun, katanya, senjata Umno untuk membiarkan  MCA yang diketuai oleh Presidennya untuk memperlekehkan Islam telah mengakibatkan senjata makan tuan. Isu ini, katanya,  telah menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno dan gerak saraf mereka bahawa Islam tergugat jika  Pakatan Rakyat memerintah. 

Bagi beliau, tindakan pemimpin Umno membiarkan pemimpin MCA memfitnah dan memburukkan Islam dengan serampang dua mata. Katanya, pertama pemimpin MCA mahu melihat supaya DAP melatah dan keluar Pakatan, kedua untuk menarik sokongan orang Cina kepada MCA, kerana sokongan Cina kepada parti itu dan Gerakan hampir sudah tidak ada.

"Pada mulanya pemimpin Umno mampu senyum walaupun penghinaan di hadapan pemimpin Umno kerana  demi kuasa dan sokongan undi orang bukan Islam. Sekarang pemimpin Umno sudah resah tektik ini tidak menjadi. Harapan untuk melihat DAP melatah tidak berlaku," katanya.

Manakala itu, tambah beliau, usaha untuk mendapatkan sokongan orang Cina masih tidak berhasil. "Orang bukan Islam sudah memahami bahawa isu ini dibangkitkan untuk memancing undi dan memecahkan sokongan kepada Pakatan," katanya.

Bagi Ustaz Idris, semua fitnah ini dijawab dengan amalan bukan dengan ucapan oleh kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS. Mereka sudah melihat keharmonian yang begitu terjalin sehingga tidak ada sikap prajudis dan penindasan atas nama agama dan kaum  selama 22 tahun di Kelantan.  Umno dan MCA hanya mampu gigit jari sahaja, kerana strategi  ini tidak menjadi. 

Manakala imej Umno semakin tercalar di hadapan pengundi Melayu, seolah-olah Umno hanya seperti singa tua yng tidak ada gusi ketika MCA memperlekehkan Islam, sehingga Umno sudah berada di zon yang kurang oksigen untuk bernafas, tegas beliau.

Pemimpin Umno bisu jadi tikus bila berdepan Soi Lek, pelakon video porno


Malang sekali. Pemimpin Umno yang mengaku Islam "membisu sejuta bahasa" walhal Umno adalah sekutu rapat MCA dalam BN. Tetapi "menikus" berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Umno dengan MCA apa beza dalam menyerang hudud dan Islam?


"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Kenyataan Najib Tun Razak; 20 April 1983 kepada para wartawan.

"Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia," - PM Najib Tun Razak, 24 September 2011.

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpe-cahan di kalangan umat Islam dan kegelisahanrakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan per-tentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." >>> Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda Perlembagaan (bentuk Negara Islam) mereka... ianya masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan kepada masyarakat Cina." >>> Kenyataan TPM Muhyiddin Yassin

"Apa erti negara Islam jika mundur" >>> Tun Abdullah Ahmad Badawi; 13 November 1999.

"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." >>> Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad; 3 Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim kepada media.

"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." >>>  Mahathir Mohamad bercakap kepada wartawan, 24 April 1992.

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam." >>> Ucapan Mahathir Mohamad pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan.

"Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" >>> Ucapan Mahathir Mohamad pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Ucapan Mahathir Mohamad pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

MCA diketuai Presidennya, Soi Lek berani perkeleh Islam sebab pemimpin Umno pun hina Islam


>> Dr Chua Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain persoalkan calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, 30 Januari 2011, Normala Sudirman juga Ketua Muslimat PAS Labis yang enggan bersalam dengan bukan muhrim ketika kempen pilihan raya sedang rancak dijalankan.

>> Dr Chua Soi Lek bertegas MCA akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan hudud - 23 September 2011. 

>> "Undang-undang Islam kejam khususnya kepada kaum wanita. Ekonomi Malaysia akan musnah akibat hilang pelabur dan negara akan binasa sekiranya hukum hudud dilaksanakan di negara ini." - (Tuduhan  Dr Chua Soi Lek dalam perasmian forum mengenai hudud, 4 Disember 2011 di Wisma MCA)

>> Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil Dun Tenang, Presiden MCA pernah menyebut: "What’s so great about knowing Muslim values?" - (Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?" - Harakahdaily.

>> Dr Chua Soi Lek dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong Cina di Dun Tenang, Labis, Johor; "Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS." - (Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS)

>> Pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua Soi Lek mendakwa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu, apabila dua parti Melayu ini bersaing. Soi Lek dakwa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun (tidak maju).

>> Akhbar pro-MCA hina Islam: "Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan." - The Star.

>> "MCA sedia keluar BN jika hudud dilaksanakan" - Dr Chua Soi Lek 23 September 2011 dan keesokkan harinya, 24 September, Dato' Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA: "Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, hudud tidak berpaksi kepada realiti."

>> Pengerusi MCA Selangor, Dato' Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan Kerajaan Islam di Selangor. Ia dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Selangor bertarikh 18 Ogos 2012.

>> Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam, kononnya azan terllau kuat, lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

>> Pada 16 Januari 2012, Menteri Pelancongan, merangkap Naib Presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat-tempat hiburan yang terlibat dengan arak. Langkah itu tegasnya mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak).

>> Bekas Adun MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya - negara Islam seperti dicanangkan PAS akan mengharamkan semua agama. "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu?" soal Lee. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

>> "Adun Umno Johor, Kemelah (Dato' Ayub Rahmat) itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam." - (Kebiadapan S Dr Chua Soi Lek dalam Twitter miliknya, 1 Julai 2012 terhadap cadangan Adun Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor)

>> "1.2 juta rakyat negara ini termasuk di Genting Berhad, kedai perjudian, kafe internet, rumah urut dan sektor pelancongan akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan." - (Dakwaan Dr Chua Soi Lek dalam blog video yang dimuatkan dalam laman perkongsian video, YouTube, 16 Oktober 2012) 

>> "Pakatan menipu kita (MCA) untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam." - (Keceluparan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie dalam ucapan pembukaan Perhimpunan Agung MCA ke-59, 21 Oktober 2012) 

>> "Lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud merupakan antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar." - (Dr Chua Soi Lek meracau lagi dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59, 21 Oktober 2012) 

>> Terkini Pengerusi MCA Kedah, Dato' Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

'UPAH' UMNO KEPADA MCA HINA ISLAM

Selepas Dr Chua Soi Lek menyerang hudud, menghina Islam, Perdana Menteri, Najib Tun Razak umumkan peruntukan RM30 juta untuk pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dalam majlis Perhimpunan Agung MCA ke-59, 21 Oktober 2012, selepas berkumandangnya penghinaan Soi Lek terhadap Islam. 

Mentelaah "serangan" MCA terhadap Islam atau perlekeh "Hudud PAS"?


1. Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.

2. Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.

3. Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.

4. Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

Imam Hoslan Hussin berdakwah di sebalik tirai besi Penjara Kajang


PENJARA bukan penghalang untuk memperjuangan syiar Islam. Pengalaman mengislamkan seorang banduan amat menyentuh nurani Imam Hoslan Hussin ketika ditahan di Penjara Kajang. Beliau turut sama hiba menangis apabila mualaf yang menjadi makmum itu, diminta untuk membacakan doa selepas solat Isyak. 

Doa dalam bahasa Cina yang diucapnya itu bermaksud, "Wahai Tuhan. Aku minta Engkau tunjukkan aku yang benar. Kau telah kurniakan aku petunjuk. Bukan Imam yang punya hal dan salah. Aku harap Tuhan faham hati aku. Engkau telah beri aku mimpi."

Sebelum Hoslan bersama-sama banduan mualaf dari Kuala Selangor itu dihantar ke Unit Kawalan Penjara (UKP) hingga dipindahkan ke dalam sebuah bilik kuarantin yang tidak selesa serba-serbi termasuk tiada kemudahan air, beliau telah mengislamkan individu itu atas kerelaannya sendiri. Namun, tindakan Hoslan itu telah dipersoalkan oleh pegawai penjara. Malah, ada seorang pegawai UKP mahu memukulnya hanya kerana Hoslan mengislamkan orang lain.

"Awak ni banduan. Mengapa awak Islamkan dia?" soalnya kepada Hoslan sambil menyatakan menjadi suatu kesalahan apabila seorang banduan mengislamkan banduan lain.

Lantas, Hoslan yang dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah kerana melemparkan selipar ke arah tiga panel hakim pada 22 Februari itu menjawab; "Mengislamkan orang itu suruhan Allah. Dia itu (mualaf) dah lama nak masuk Islam tapi tiada seorang pun di sini (Penjara Kajang) yang dapat tunaikan hajatnya."

Mengimbas keinginan mualaf itu untuk memeluk Islam, Hoslan menyambutnya dengan penuh syukur dan linangan air mata. "Boleh. Tapi 'nombor badan' awak esok bagi pada pegawai.  Saya ambil syahadah saja. Saya panggil semua 30 orang (banduan-banduan lain dalam bilik) itu jadi saksi. Saya kata kepada mereka, nama-nama Tuan semua akan tertera di Arasy kerana kita mengislamkan orang.

"Ini kerja agama. Allah Taala nak bagi pahala yang mudah sangat. Dengar sahaja," cerita Imam Hoslan lagi ketika krew Harakah menziari beliau di rumahnya, PPR Perkasa, Jalan Cochrane pada 22 Oktober lalu.

Menyentuh soal berdakwah kepada banduan bukan Islam, Hoslan menggunakan pendekatan dakwah yang mudah difahami apabila ada antara mereka yang datang bertemu dengannya meminta pandangan dan nasihat. "Hidup ini kena jaga hati dan jiwa. Kalau jaga hati dan jiwa, mak ayah kita pun suka. Anak kita pun akan suka. Kalau hati rosak. Kita jual dadah. Kita tidak hisap dadah tapi kita jual dadah. Siapa yang rosak. Kita telah rosakkan masyarakat. Duit yang kita dapat dulu pun hasil jual dadah sudah tidak ada. Kita buat lagi, buat lagi" ceritanya.

Imam Hoslan turut kecewa dengan pendekatan yang dilaksanakan dalam proses hukuman dan pendidikan yang tidak berlandaskan Islam terhadap banduan di penjara. "Majoriti dalam penjara itu orang Melayu Islam. Pihak penjara hanya beri makan, tidur, kawad. Itulah rutin untuk mereka. Tarbiyah roh tidak ada. Sifar walaupun ada program agama. Pemulihan kesedaran memang ada tapi tidak berkesan. Ada halaqah tapi programnya ibarat untuk budak-budak tadika punya kerja sahaja. Jangan tak ada (program)," ujarnya. 

Hoslan juga menyebut tentang rasuah dalam penjara walaupun ada UKP. "Tidak habis (rasuah). 'Kapal' (bahan-bahan terlarang termasuk dadah) boleh masuk penjara. Mudah sangat. Saya nampak sendiri. 
"Sebahagian banduan sudah beberapa kali keluar masuk sehingga ada yang lima, tujuh kali masuk penjara," ujarnya lagi. 

Serentak itu juga, Hoslan turut menegaskan kerelevanan PAS dengan perjuangan Islam di tanahair ini. PAS ialah perjuangan yang mahu menegakkan Islam. Islam yang syumul untuk semua bangsa kalau kita faham. Tidak ada penerangan yang jelas tentang Islam untuk para banduan yang majoritinya Melayu itu, ujar Hoslan lagi.

Dalam pertemuan kira-kira jam 10 pagi itu, yang berlangsung selama 2 jam, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman turut menyampaikan sumbangan daripada Harakah sebagai tanda ikatan ukhwah perjuangan.

Jumaat, Oktober 19, 2012

Kerajaan Umno-BN berhutang lebih RM500 bilion, lebihi paras bahaya untuk Malaysia



Dalam keghairahan rakyat bergembira menerima perkhabaran pemberian pelbagai insentif daripada  kerajaan sebagaimana diumumkan Dato' Seri Najib Razak dalam Bajet 2013, terdapat beberapa perkara penting yang menghanyutkan rakyat dengan pengumuman itu. Peningkatan defisit dan hutang negara serta pemberian "one off" antara perkara penting agar rakyat tidak terjerumus dalam perangkap Kerajaan Umno-BN. Ikuti temubual NYZA AYOB, ADZHAR TAJUDDIN dan  ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop di Pejabat Editorial Harakah pada 3 Oktober lalu. 

Boleh Dr ceritakan kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Dato' Seri najib Tun Razak terhadap defisit negara?

DR ROSLI YAAKUB: Bajet 2013 adalah bajet di mana perbelanjaan melebihi hasil. Ini bermakna Bajet 2013 adalah bajet yang juga akan mengalami defisit. Ini adalah defisit yang ke 14. Defisit kita telah berterusan selama 14 tahun dan tentunya ini merupakan bajet yang tidak berhemat. Akibat daripada defisit yang berpanjangan, hutang negara juga semakin meningkat kerana kerajaan telah meminjam sumber daripada dalam negeri dan luar negeri untuk menampung defisit setiap tahun. Hutang Malaysia telah melebihi RM 500 bilion dan diangka akan naik lagi.
Piawaian antarabangsa meletakkan bahawa nisbah hutang negara pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang melebihi 55 peratus menunjukkan bahawa keadaan sesebuah negara itu tidak baik dan berada pada paras bahaya. Hutang negara kita dah sampai ke paras bahaya dan sudah sampai masanya bagi kerajaan mengurus perbelanjaan dan pendapatan dengan lebih berhemat supaya tidak terjebak dengan keadaan berhutang yang tinggi dan melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Itu akan meletakkan negara kita dalam keadaan bahaya seperti yang pernah berlaku kepada kerajaan Greek, Itali dan Ireland. Ini kerana mereka terpaksa di bailout oleh Euoropean Union.

Apa tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan hutang negara...

Jika kita lihat belanjawan dan hutang negara dalam dua, empat hingga enam tahun lepas defisit negara kita semuanya negatif. Akibat daripada defisit itu menyebabkan hutang negara kita diukur daripada nisbah hutang negara kepada KDNK naik daripada 42.7 dalam tahun 2007 kepada 42.8 pada 2008, 55.4 pada 2009 iaitu mencapai paras bahaya. Pada 2010, 55.4 juga paras bahaya dan pada 2011 telah meningkat kepada 56. 6 peratus dan dijangka akan meningkat lagi pada 2012 ini menjadi 57.5 peratus. Paras hutang kita memang dalam keadaan bahaya malah diunjurkan oleh IMF kadar hutang negara akan mencecah 61 peratus pada tahun 2016. Kalau termasuk guarantee dan contingent liabilities, yang mana pada 2011 jika 117 billion, nisbah hutang negara kepada KDNK telah mencecah kepada  67 peratus, di paras bahaya. 

Adakah tiada langkah langsung mengurang defisit dalam Bajet 2013 yang lalu?

Sepatutnya dalam membentangkan bajet 2013, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan bajet defisit dalam kerangka masa yang ditetapkan supaya belanajawan negara dapat diimbangkan di mana hasil dapat menampung perbelanjaan dan mengemukakan langkah jangka sederhana dan jangka panjang bagi mengurangkan hutang negara. Itu sepatutnya ada dalam Bajet 2013 kerana hutang negara sudah sampai ke peringkat kritikal. Tetapi ini tidak dibentangkan dalam Bajet 2013. 
Maknanya cara kerajaan hendak mengurangkan defisit akhirnya mencapai belanjawan seimbang dan langkah-langkah kerajaan patut ambil untuk mengurangkan hutang negara semuanya tidak terkandung dalam Bajet 2013. Perkara ini amat kita kesalkan. Ini melambangkan bahawa kerajaan yang ada terus menguruskan negara dalam keadaan tidak berhemat dan tidak bertanggung jawab serta tidak mempunyai vision langsung. Kerja dia belanja... belanja...hutang... hutang... dan tidak tahu bila nak kurangkan belanja dan kurangkan hutang.

Dalam Bajet 2013 itu juga banyak dilihat tawaran politik "one off". Mungkin ini satu langkah yang wajar?

Bajet 2013 ini saya lihat adalah adik kembar kepada Bajet 2012. Butir-butir perbelanjaannya serupa. Dan bezanya hanya Bajet 2013 ini lebih besar daripada 2012. Dan lebih banyak mengandungi bayaran "one off". Dan jumlahnya juga lebih besar daripada 2012. Saya boleh berikan angka di sini. Saya sudah kira jumlah pemberian "one off payment" pada Bajet 2013 dan saya dapati jumlah bayaran sekali ini berjumlah RM 3.889 bilion. 

Berapa peruntukan untuk anak muda sahaja? 

Anak muda berumur 21 tahun hingga 30 tahun yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan yang membeli smartphone diberi ribat sebanyak RM200 seorang. Di sana ada kira-kira sejumlah 1.5 juta orang anak muda dalam kategori ini. Dan jumlah ribat yang kerajaan terpaksa tanggung ialah RM300 juta. BR1M diulang lagi dengan nama baru "BR1M 2.0". Ini macam  tajuk 'Bersih'. Setiap ketua isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah diberi RM500 tunai. Dalam BR1M 2.0  pemberian yang sama diulang (RM500) dan ditambah pula dengan pemberian tunai RM250 kepada warga bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah. Ini termasuklah duda, janda, penagih dadah, mat rempit. Orang tidak bekerja... Jumlah wang yang ditabur untuk membeli undi golongan ini berjumlah RM2.5 bilion. BR1M2.0 membawa manfaat kepada kira-kira 6 juta orang.  

Selain itu, "one off payment" juga diberi kepada bekas tentera tidak berpencen. Ini macam mana?

Antara manfaat yang ditawarkan ialah anggota tentera dalam kumpulan servicemen berpeluang (jika memenuhi syarat) naik pangkat daripada prebet ke lans korperal dan lans korperal ke korperal dalam masa lapan tahun. Dalam sistem sekarang, seseorang anggota berkemungkinan kekal prebet sampai pencen. Pembaikan ini melibatkan belanja RM107 juta untuk 78,123 anggota tentera. Selain daripada itu, semua anggota tentera ,125,708 orang akan diberi elaun insentif khas RM200 sebulan melibatkan perbelanjaan RM301 juta. 
Elaun perkhidmatan anggota tentera rizab Wataniah, rizab tentera laut dan rizab tentera udara  pula dinaikkan daripada RM4.00 sejam ke RM6.00 sejam (anggota biasa) dan daripada RM5.80 sejam kepada RM7.80 sejam (pegawai) memberi manfaat kepada 65,000 anggota. Ini ditambah lagi dengan one-off payment kepada 224,000 anggota tentera yang berhenti awal dan tidak berpencen (servis tidak cukup 25 tahun) melibatkan perbelanjaan RM224 juta. Juga, kesemua anggota angkatan tentera dan polis yang masih berkhidmat (242,000 orang) diberikan perlindungan insurans berkelompok dengan manfaat maksimum RM 15,000, melibatkan perbelanjaan (bayaran premium) RM12 juta. 

Pelajar sekolah rendah dan menengah juga dapat tawatan "one off"...

Dalam bajet 2012, pelajar sekolah rendah dan menengah di beri elaun persekolahan RM100. Bayaran "one-off" ini diteruskan dalam Bajet 2013. Seramai 5.4 juta orang pelajar akan menikmati bayaran ini melibatkan jumlah perbelanjaan RM540 juta. Ini pemberian yang membazir dan langsung "tak kena pada tempatnya" kerana cucu Lim Goh Tong, taukeh judi terkaya di Malaysia pun dapat dan cucu tukang sapu jalan, pekerja termiskin di Malaysia pun dapat. 

Berapa pula perbelanjaan "one off" untuk pelajar IPT?

Bayaran one-off voucher buku 1Malaysia diteruskan dalam tahun 2013 dengan jumlahnya dinaikkan daripada RM 200 ke RM 250 untuk setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pelajar pra universiti. Seramai 1.3 juta pelajar akan menikmati kemudahan ini. Dan jumlah perbelanjaannya RM325 juta. Ini juga tidak ekuitabel kerana tidak berasaskan need-base. Ini semua dapat. Cucu Ananda Krishna pun dapat... anak tukang sapu sampah pun dapat. Sepatutnya peruntukan RM325 juta itu diagihkan kepada pelajar-pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah. Ini memang satu pemberian yang boleh dipersoalkan dan tidak saksama. 

Nampaknya pemberian "one off" ini ada motif dan agenda di sebaliknya?

Amat jelas pemberian ini untuk beli undi anak muda. Beli undi orang kampung. Beli undi pekerja berpendapatan rendah. Beli undi anak muda yang pertama kali hendak mengundi. Ini kerana sifatnya sekali sahaja. Ia menunjukkan cara kerajaan nak beli undi orang muda.

Bajet 2013 memang pendekatan populis Najib-BN, kenapa nak perbodoh rakyat?



Dalam keghairahan rakyat bergembira menerima perkhabaran pemberian pelbagai insentif daripada  kerajaan sebagaimana diumumkan Dato' Seri Najib Razak dalam Bajet 2013, terdapat beberapa perkara penting yang menghanyutkan rakyat dengan pengumuman itu. Peningkatan defisit dan hutang negara serta pemberian "one off" antara perkara penting agar rakyat tidak terjerumus dalam perangkap Kerajaan Umno-BN. Ikuti temubual NYZA AYOB, ADZHAR TAJUDDIN dan  ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop di Pejabat Editorial Harakah pada 3 Oktober lalu.

Bagaimana Najib boleh cakap BR1M dan rebat RM200 untuk telefon pintar itu bukan satu pendekatan populis?

DR ROSLI YAAKUB: Populis tak populis itu tak jadi persoalan. Duit yang diberikan secara tunai dan sekali saja tidak berpanjangan tidak semestinya diteruskan pemberiannya itu jelas menunjukkan populis. Dan kerana target dia orang bujang jelas menunjukkan bahawa ia disasarkan kepada segmen-segmen tertentu pengundi...  Nampak? Dan kalau sasaran dia segemen-segmen tertentu pengundi dan dalam bajet itu pun kita lihat sasarkan anak muda dengan smartphone, buku anak-anak muda yang pertama kali akan mengundi, lepas tu kumpulan kaum India diberi imbuhan khusus dan banyak lagilah belanja-belanja yang bersifat mensasarkan kepada segmen-segmen tertentu pengundi. Ini menyebabkan kita dengan mudah dapat mengesan bahawa ini adalah bajet pilihanraya..umpan, gula-gula. 

Mengapa sudah dua kali pembentangan bajet dibuat tanpa didahului Laporan Audit? 

Ini adalah rekod baru negara. Amalan yang lepas ialah Laporan Audit Negara dikemukakan dan diedarkan kepada ahli parlimen sebelum bajet tapi sejak tahun 2012 dan kemudian dilanjutkan tahun ini. Mungkin kalau kerajaan ini terus berkuasa akan dilanjutkan. Ini adalah amalan yang tidak bersifat 'good governance' dan satu sikap ketidakbertanggungjawaban. Sepatutnya kerajaan mengeluarkan pembentangan bajet supaya ahli parlimen kita dapat melihat apakah kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan negara dan dapat dijadikan bahan untuk digunakan dalam perbahasan bajet. Bila Laporan Audit tidak dikemukakan sepertimana sepatutnya ia bermakna menafikan hak ahli parlimen kita untuk membahaskan bajet itu dengan teratur dan dengan lebih berinformasi. Ini sebenarnya mencacatkan perbahasan mengenai Bajet 2013 itu sendiri. 

Sokonglah Pakatan Rakyat PRU-13, setuju hapuskan PTPTN, beri pendidikan percuma


Dalam keghairahan rakyat bergembira menerima perkhabaran pemberian pelbagai insentif daripada  kerajaan sebagaimana diumumkan Dato' Seri Najib Razak dalam Bajet 2013, terdapat beberapa perkara penting yang menghanyutkan rakyat dengan pengumuman itu. Peningkatan defisit dan hutang negara serta pemberian "one off" antara perkara penting agar rakyat tidak terjerumus dalam perangkap Kerajaan Umno-BN. Ikuti temubual NYZA AYOB, ADZHAR TAJUDDIN dan  ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop di Pejabat Editorial Harakah pada 3 Oktober lalu.

Perbandingan atau perbezaan yang cukup ketara antara Bajet 2013 BN dengan Bajet Pakatan Rakyat?

DR ROSLI YAAKUB: Bajet 2013 Pakatan Rakyat mengandungi langkah-langkah untuk menaikkan pendapatan boleh belanja rakyat melalui langkah-langkah penurunan harga dan memecahkan monopoli. Apabila monopoli berjaya dipecahkan, ia akan ada persaingan yang lebih sihat. Dan akan merendahkan harga. Selain itu terdapat langkah menurunkan harga minyak serta cukai eksais kereta sebanyak 20 peratus. Ini semua langkah-langkah untuk mengurangkan kos barangan dan cukai kereta. Ini meningkatkan kuasa beli rakyat serta meningkatkan pendapatan boleh belanja rakyat. Ini bermakna memasukkan wang ke dalam saku rakyat. 
Tetapi ini tidak dilaksanakan dalam Bajet 2013 BN. Selain itu Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat mengandungi langkah-langkah untuk mengurus belanjawan negara hasil belanja lebih cermah dan berhemat serta mempunyai matlamat jelas untuk mengurangkan bajet defisit dan mengurangkan hutang negara. Dan dalam tempoh pertengahan, bajet Pakatan Rakyat akan mencapai belanjawan seimbang serta membawa hutang negara ke paras yang lebih berhemat iaiatu di bwah 55 peratus di dalam nisbah hutang negara ke KDNK. 

Pakatan Rakyat  juga akan menghapuskan PTPTN. Apakah ini tidak akan memberi kesan kepada pendapatan negara?

Satu perkara yang cukup jelas dalam Bajet 2013 Pakatan Rakyat ialah kita akan memberi pelajaran percuma kepada rakyat dengan menghapuskan PTPTN. Ia digantikan dengan peruntukan kepada semua pelajar di IPTA dan IPTS. Ia akan dibayar melalui peruntukan dan bukan melalui pinjaman. Kita tidak mahu apabila kita mempunyai hasil daripada minyak, rakyat tidak dapat faedah pelajaran percuma. Salah satu elemen perbelanjaan yang kita boleh gunakan hasil dairpada duit petroleum kita ialah untuk memberi pelajaran dan pendidikan percuma kepada rakyat. Memberi pelajaran percuma juga penting untuk meningkatkan kemahiran serta kualiti tenaga manusia. Akhirnya apabila kita belanjakan wang petroleum sekitar RM 3.5 hingga RM 4 billion, ini adalah perbelanjaan bernilai yang menyumbang kepada peningkatan kualiti dan mutu tenaga manusia dan ini memberi faedah kepada masa depan negara. Ini adalah baik untuk negara kita.

Berkenaan PTPTN, ada pandangan melihat ia perlu dimansuhkan di IPTA bukan di IPTS sebab kebanyakan yang masuk IPTS ialah golongan berada...

Saya rasa dasar kita untuk memberi dasar pendidikan percuma yang terbuka kepada semua lapisan rakyat adalah baik. Adalah salah menganggap bahawa yang masuk kepada IPTS itu banyak pelajar-pelajar kaya, tak betul. Ramai pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang kurang baik diterima masuk, ada ruang diterima belajar di IPTS. Pelajar ini pun kebanyakannya daripada luar bandar dan daripada ibubapa rakan keluarga yang miskin. Dan kerana keputusan mereka tidak berapa mencabar mereka tak berkelayakan pergi ke IPTA kerana biasanya IPTA mengenakan syarat kemasukan yang lebih ketat berbanding IPTS. 
Jadi, memberi ruang kepada pelajar-pelajar yang mana kebanyakan pelajar-pelajar yang kurang berprestasi ini juga adalah pelajar-pelajar luar bandar. Daripada ibubapa yang latar pelajar-pelajar miskin bukan salah mereka dan kerana keputusan mereka mencabar mereka tak berkelayakan pernah ke IPTA. Biasanya IPTA mengenakan syarat kemasukan ianya memberi ruang kepada yang kurang berprestasi yang mana kebanyakan pelajar-pelajar luar bandar, pelajar-pelajar yang miskin. Bukan salah mereka tapi kemudahan bantuan pembelajaran di luar bandar tak sebaik bandar.
Jadi tidak betullah... yang pergi ke IPTS pelajar kaya yang pergi ke IPTS dan saya yakin pelajar-pelajar yang sederhana dan rendah dan tak mampu. Kalau kita tak bagi pendidikan percuma yang akan berhutang yang latar belakang tidak... belum kerja dah ada hutang dah. Ini tak logiklah. Walhal, dah kerja tu beri bantuan nak bersedia beli kenderaan, perumahan. Jadi kenapa bebankan rakyat kita dengan beban sejak hari pertama dia bekerja. Ini tak wajar... Kita ada sumber yang kalau diurus dengan baik memang kita mampu untuk beri pelajaran percuma kepada negara kita. Kita sumbat ketirisan. Kita sumbat pembaziran. Kita banteras rasuah. Kita belanja kepada ikut keperluan. Tidak ada projek-projek mewah. Tidak ada projek-projek gajah putih. InsyaAllah duit yang kita selamatkan daripada membanteras kemungkaran-kemungkaran dalam pengurusan kewangan negara dapat dialihkan untuk pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia. Itu logiknya. 

Maknanya jika Pakatan Rakyat memerintah, mansuhkan PTPTN dan beri pendidikan percuma, anak-anak orang kaya pun akan menikmatinya juga?

Anak-anak orang kaya dan semua orang akan dapat tapi selalunya orang kaya yang ada maruah tak akan ambil. Mereka akan tanggung persekolahan anak-anak sendiri. Patutnya begitulah sikap orang Malaysia tapi sikap orang Malaysia tidak dididik macam itu. Umno-Barisan Nasional hanya mendidik supaya rakyat jadi rakus. Dah kaya nak kaya lagi dan kalau ada duit kerajaan dia akan simpan walaupun dia kaya. Kalau dia kaya pun dia nak juga biasiswa kerajaan. Kalau orang kaya yang ada maruah dia tak akan ambil.