PERTUBUHAN Pribumi Perkasa (Perkasa) sudah mengeluarkan kenyataan "haram orang Islam memberi undi" kepada calon MCA dalam pilihan raya akan datang. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataannya membidas Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek yang terus menerus menyerang hudud dan mempertikaikan hukum Islam tersebut.
Setakat ini, tiada siapa yang tahu apakah kenyataan Syed Hassan itu adalah kenyataan Perkasa, kerana tidak pernah pun kedengaran Perkasa bangkit mengadakan tunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan tersebut, kerana selama ini, Perkasa akan berbuat demikian.
Juga, tidak kendengan suara-suara "orang penting dan orang agama" dalam Perkasa yang menyahut kenyataan Syed Hassan itu – mungkin kerana ada kepentingan yang harus Perkasa jaga, kerana "cari makan juga penting bagi mereka".
Dulu, Timbalan Presiden Perkasa, Dato' Abd Rahman Abu Bakar pernah mengeluarkan kenyataan, orang Melayu jangan mengundi Dato' Dr Ir Wee Ka Siong di Parlimen Air Hitam, Johor kerana penentangannya terhadap biasiswa pelajar-pelajar Melayu.
Lebih ekstrim lagi, khabarnya ada usaha mahu meletakkan calon Bebas mewakili Perkasa di Parlimen Air Hitam jika BN masih meletakkan Ka Siong bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya Melayu itu. Namun, ada seorang kawan memberi tahu, kenyataan Syed Hassan itu sebagai "kenyataan politik Perkasa" kerana MCA memang tidak menggunakan lambang sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya.
Jangan sokong calon MCA bukan bererti jangan undi BN, kata mereka yang mendakwa kenal dengan Syed Hassan ini. Soi Lek dan MCA terus-menerus menyerang hudud. Umno tidak berani menegur perbuatan ini. Atau, memang Umno yang bersetuju di sebalik semua ini?
Boleh tak mana-mana pemimpin kanan Umno mengeluarkan kenyataan untuk memperbetulkan kenyataan Soi Lek dan MCA ini? MCA menentang PAS, betul. Mustahil MCA mahu menyokong PAS. Tetapi MCA menentang Islam (hudud), satu kesalahan besar kerana Islam tidak pernah menentang anutan agama orang-orang MCA, sama ada mereka Kristian ataupun Buddha.
Kenapa Umno diam? Mana ulama-ulama yang mendabik dada selama ini, bersama-sama Umno untuk mempertahankan Islam? Kenapa menikus? Bila pula Perkasa mahu menganjurkan satu tunjuk perasaan menentang serangan MCA ini secara terbuka?
Mana dia Wira Perkasa yang selama ini cukup cepat kalau ada isu pasir timbul di Selangor? Apakah mereka percaya isu pasir lebih penting dipertahankan daripada isu Islam dihina? Ketika mahu menyatakan bantahan terhadap filem yang mencemuh Nabi Muhammad SAW, Perkasa kelihatan terkehadapan menyahut seruan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Apa kata dalam isu penghinaan terhadap hudud oleh MCA ini, Wira Perkasa dan Setiausaha Agung Perkasa mengajak Khairy bersama-sama mengadakan tunjuk perasaan menyatakan bantahan tergadap MCA? Ada berani? Atau, mahu memilih untuk menikus macamlah tikus jatuh ke beras!
Umno mungkin rapat dengan MCA kerana MCA melahirkan ramai taikun-taikun yang banyak berjasa kepada pemimpin-pemimpin Umno. Ramai pemimpin-pemimpin Umno "kekenyangan" disebabkan mereka adalah ‘rakan ali baba’ dengan tauke-tauke Cina dari MCA.
Tetapi, dalam Perhimpunan MCA di Kuala Lumpur, 21 Oktober lalu, orang Islam, Umno dan Perkasa yang selama ini lantang bersuara, tidak boleh diam walaupun ketika mereka sedang kekenyangan! Presiden Umno, Timbalan Presiden Umno dan Naib-Naib Presiden Umno tidak boleh memejamkan mata dan memekakkan telinga melihat penghinaan MCA terhadap ajaran Islam dan syariat Nabi Muhammad SAW ini.
Walau atas apa-apa kepentingan sekali pun, Umno tidak harus membiarkan Soi Lek mempermain-mainkan hukum Islam ini, walaupun alasannya orang-orang Cina takut dengan hudud. Hukum hudud bukan "Kamera AES" yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan yang dipimpin oleh Naib Presiden MCA. Ini isu keagamaan yang tidak ada komprominya.
Seteruk-teruk DAP yang digambarkan sebagai anti-Melayu, DAP tidak begitu teruk menentang Islam jika dibandingkan dengan MCA. Apakah MCA yakin bahawa mereka boleh melakukan semua ini kerana mereka bergantung dengan Umno yang tidak dilihat sebagai parti yang mempertahankan Islam?
MCA musuh hudud sekaligus musuh Islam. Musuh Islam adalah kafir harbi, yang wajib ditentang. Jika Umno tidak mempunyai cukup keberanian menentang slogan dan serangan MCA ini, Perkasa kena bangkit. Nampaknya, sehingga kita berjumpa kucing bertanduk, barulah ia akan menjadi kenyataan cerita penentangan Perkasa kepada MCA ini.
Umno kemaruk undi. Umno mahu menjaga hati MCA. Umno bimbang, jika MCA merajuk, Umno sendiri akan kecundang. Oleh sebab itu, walaupun Islam di hina, Umno tidak akan berbuat apa-apa. Umno akan mendiamkan diri dan secara perlahan-lahan menyatakan persetujuan dengan cara MCA melakukan serangan terhadap PAS ini.
Apa yang Soi Lek lakukan, adalah biasan dari lamanya MCA berkawan dengan Umno. Inilah kesannya dan cuma berbezanya Soi Lek dengan bekas-bekas Presiden MCA sebelumnya, mereka tidak berani "mengaku" melakukan "hubungan seks" dengan bukan isteri di bilik hotel.
Bekas Naib Presiden MCA, Dato' Chua Jui Meng sendiri dalam satu kenyataan, meminta Soi Lek memohon maaf dari umat Islam kerana keceluparannya.
Jui Meng mendakwa Soi Lek tidak faham mengenai hudud. Beberapa pihak lain pula mendakwa, Soi Lek begitu berani menyerang Islam kerana dia tahu bahawa Umno terlalu bergantung kepada MCA sebagai talian hayat politik mereka. Itulah sebabnya, Najib sendiri enggan mengulas bila ditanya mengenai serangan Soi Lek terhadap hudud ini. Ada juga yang menyifatkan Soi Lek ini budak suruhan Umno, untuk menyerang Islam sekaligus menyerang PAS. - Oleh Safar Jumaat
3 ulasan:
What's up all, here every person is sharing such familiarity, thus it's fastіdiоus to гeaԁ this webpage, and I usеd to visit this
ωеb site everyday.
Feel free to surf my web blog :: alefah.com
What а stuff of un-ambiguity and preserveneѕs of valuable know-how about unexpected emоtіons.
My blog - payday loans
la source originale sacs répliques hautes une lecture fantastique https://www.dolabuy.su visitez leur site Web sacs répliques de bonne qualité
Catat Ulasan