KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 30, 2010

PRK Dun Galas >> Presiden PAS yakin menang di Galas 4 Nov ini


Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata peluang PAS untuk menang serta mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dalam pilihan raya kecil ini cerah. Ini kerana, katanya calon PAS Galas, Dr Zulkifli Mohamad pernah menang undi dun berkenaan mengalahkan Tengku Razaliegh pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

"Peluang menang, InsyaAllah kerana undi kita telah menang mengatasi Tengku Razaleigh dengan lebih 300 undi. Undi Parlimen 2008, Dr Zulkifli bagi Dun Galas menang mengalahkan Tengku Razaleigh. Itu sudah jadi undi kita," jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2010 kali ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, Setiu.

Katanya, tidak timbul PAS seolah-olah tidak yakin dapat mempertahankan kerusi Dun Galas dalam pilihan raya kecil 4 November ini.

PRK Dun Galas >> Antara 70-80% undi kaum asli akan berpihak calon BN?


Sementara itu, Pengarah pilihan raya kecil BN Tengku Razaleigh yang melawat dua kawasan kaum asli semalam, Hau dan Balar, yakin untuk memperolehi 70% undi kaum asli, malah mungkin mencecah 80% seandainya mengikut anggaran optimis.

Kini, PRK Galas telah memasuki hari keempat, dan BN dijangka akan menyasarkan pengundi Cina selepas memantapkan undi kaum asli.

Di samping itu, suasana kempen Pakatan Rakyat belum hangat, memandangkan kehadiran ceramah masih rendah meskipun Pakatan Rakyat menurunkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas Menteri Besar Perak Mohd Nizar Jamaluddin ke padang.  

Dalam ceramah di Kampung Pulai semalam, kehadiran tidak mencecah ratusan orang - sesungguhnya hujan lebat mungkin menjadi punca, namun ceramah itu dijalankan dalam dewan tertutup. - WONG SHU QI

PRK Dun Galas >> Undi Melayu mungkin jatuh dari 54% semasa PRU ke-12, kepada 48%


Pada dasarnya, undi Melayu tidak akan mengalami perubahan yang mendadak. Wan Abdul Rahim memberitahu MerdekaReview, sambil merujuk kepada PRK Manek Urai, bahawa jumlah undi akan menurun 6%.  Jadi, mengikut perkiraan PAS, undi mereka mungkin jatuh dari 54% semasa PRU ke-12, kepada 48%.

"Tapi, selepas Barisan mengumum calon ni, kami meningkatkan 1%," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin pernah menyindir PAS kerana meletakkan "pemborong ikan" sebagai calon dalam PRK Manek Urai, namun kini BN meletakkan calon, yang hanya berkelulusan SPM.  Maka, belum lagi PAS menyerang, BN sudah mula untuk membelanya.

Wan Abdul Rahim menekankan bahawa PAS hanya berharap untuk mempertahankan 33% undi orang asli yang diperolehi ketika PRU ke-12. - WONG SHU QI

PRK Dun Galas >> Umno cemas undi Cina belum boleh digoyah lagi


Namun demikian, proses meluluskan permohonan tanah yang lambat turut menjadi rungutan ramai pengundi Cina dan Melayu.  Ketua MCA Bahagian Gua Musang, Chee Sien Chen berkata, penyokong PAS adalah mereka yang mendapat geran tanah.  Chee mengkritik bahawa prosesnya terlalu lambat, dan penduduk perlu mengikuti perkembangannya dengan kerap.

Wan Abdul Rahim memberitahu MerdekaReview bahawa Pengerusi MCA Perhubungan Negeri Kelantan, Ng Yen Yen hanya menyasarkan 50% undi Cina.  Wan Abdul Rahim tidak menganggap bahawa MCA mampu meningkatkan undi Cina kepada BN, malah isu seperti Negara Islam tidak akan berkesan.

Mengikut statistik pasukan kempen DAP, daripada 2,300 orang pengundi Cina, sebanyak 368 orang bekerja di luar kawasan Galas.  Angka ini belum termasuk kira-kira 1,000 orang pengundi Melayu yang juga bekerja di luar kawasan Galas.  

Justeru itu, "medan perperangan" dijangka diperluaskan ke Kuala Lumpur.  Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat akan melawat ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini untuk memujuk agar anak watan Galas kembali mengundi. - WONG SHU QI

PRK Dun Galas >> Pengundi tua Cina cenderung kepada PAS


Seandainya dikupas mengikut faktor usia, kecenderungan sokongan terhadap PAS menyongsang dari pola pengundian di kawasan lain.  Contohnya di Kampung Bharu yang mempunyai empat saluran, PAS memperolehi undi yang paling banyak dari saluran satu 62.64%, menurun kepada saluran dua (56.81%), saluran tiga (54.19%), dan saluran empat (52.83%).

Terdapat 52.6% pengundi Cina di Kampung Bahru, kawasan yang mempunyai nisbah pengundi Cina kedua tertinggi, hanya selepas Kampung Pulai.

Ketika menjelaskan pola yang "songsang" ini, pasukan kempen DAP dan PAS perlu mengimbas sejarah.  Mereka berkata, BN mengambil alih banyak tanah yang diterokai penduduk Galas, seperti ladang getah pada tahun 1980-an, atas nama pembangunan, malah ahli parlimennya, Tengku Razaleigh Hamzah juga memiliki banyak tanah di situ.

Pengundi tua yang melalui pengalaman - pengambil-alihan oleh kerajaan selepas tanah dicurahkan titisan peluh - kebanyakannya bersyukur kepada PAS memerintah di Kelantan sejak tahun 1990.  Kerajaan negeri PAS bukan sahaja tidak merampas tanah mereka, malah meluluskan geran kepada mereka.

Terdapat pengundi Cina yang memberitahu MerdekaReview bagaimana mereka terkagum dengan bekas kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang sudi meluluskan permohonan hak milik pegangan bebas kepada penduduk Cina di kampung baru.

Bagaimanapun, penjelasan DAP dan PAS tersebut mungkin boleh dipertikaikan kerana Kampung Bahru adalah kawasan campuran kaum. - WONG SHU QI

PRK Dun Galas >> PAS gigih tingkatkan undi Cina, bimbang undi Melayu merudum


Undi Melayu kepada PAS-Pakatan Rakyat mungkin berkurang seandainya keputusan PRK Manek Urai dijadikan rujukan.  PAS mungkin tidak bermasalah dengan undi Cina, yang sentiasa melebihi paras 50%.  Justeru itu, cabaran PAS dalam PRK Galas ini adalah meningkatkan undi majoriti Cina, untuk menutup penurunan undi Melayu, di samping mengekalkan 33% undi kaum asli yang diperolehi pada PRU ke-12.

Gelanggangnya sama, iaitu Kelantan, negeri yang ditadbir kerajaan PAS-Pakatan Rakyat.  Apa yang membezakan antara PRK Galas dengan Manek Urai adalah komposisi pengundinya.  

Sejumlah 99.2% pengundi Manek Urai terdiri daripada Melayu, di samping beberapa keluarga Cina dan India, yang sudah tentu gagal memainkan peranan untuk menjadi penentu.

Namun demikian, pengundi di kawasan DUN Galas terdiri daripada 20.08%  pengundi Cina, sementara 1,891 undi daripada kaum asli, iaitu 16.7%.  Menurut ahli parlimen Kota Bahru, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, PAS memperolehi kira-kira 54% undi Cina dan 33% undi orang asli pada PRU ke-12.

Contohnya, Kampung Bharu terdiri daripada 2,168 orang pengundi, dan 52.6% daripadanya adalah pengundi Cina.  Secara puratanya, PAS memperolehi sokongan 58% di situ.  Di Kampung Pulai pula, 83% daripada 473 pengundi adalah penduduk Cina.  PAS hanya memperolehi 46.52% sokongan, kalah dengan 25 undi.

Dari kedudukan geografinya, PAS tewas di tujuh peti undi bahagian Timur, dari enam kawasan orang asli yang berdekatan dengan Tanah Tinggi Cameron, termasuk Lojing, sehinggalah Kampung Pulai yang berada di kawasan desa-bandar di Gua Musang.  PAS mendahului secara mendadak selepas memasuki kawasan bandar di bahagian barat Gua Musang, dan di situlah faktor penyumbang kepada kemenangan PAS.

Abdul Rahim (gambar kiri, kedua dari kiri) tidak menafikan bahawa salah satu matlamat yang digariskan dalam PRK ini adalah melepasi palang "25 undi", menewaskan BN di peti undi Kampung Pulai.

Calon PAS Zulkefli Mohamad jarang menjejak ke kawasan orang asli setakat ini, sebaliknya lebih melawat ke kawasan pengundi Cina dan Melayu mengikut jadual DAP dan PKR.  Namun, PAS telah memasuki kawasan kaum asli sebelum PRK Galas membuka tirai.

Pengundi tua Cina cenderung kepada PAS?

Seandainya dikupas mengikut faktor usia, kecenderungan sokongan terhadap PAS menyongsang dari pola pengundian di kawasan lain.  Contohnya di Kampung Bharu yang mempunyai empat saluran, PAS memperolehi undi yang paling banyak dari saluran satu 62.64%, menurun kepada saluran dua (56.81%), saluran tiga (54.19%), dan saluran empat (52.83%).

Terdapat 52.6% pengundi Cina di Kampung Bahru, kawasan yang mempunyai nisbah pengundi Cina kedua tertinggi, hanya selepas Kampung Pulai.

Ketika menjelaskan pola yang "songsang" ini, pasukan kempen DAP dan PAS perlu mengimbas sejarah.  Mereka berkata, BN mengambil alih banyak tanah yang diterokai penduduk Galas, seperti ladang getah pada tahun 1980-an, atas nama pembangunan, malah ahli parlimennya, Tengku Razaleigh Hamzah juga memiliki banyak tanah di situ.

Pengundi tua yang melalui pengalaman - pengambil-alihan oleh kerajaan selepas tanah dicurahkan titisan peluh - kebanyakannya bersyukur kepada PAS memerintah di Kelantan sejak tahun 1990.  Kerajaan negeri PAS bukan sahaja tidak merampas tanah mereka, malah meluluskan geran kepada mereka.

Terdapat pengundi Cina yang memberitahu MerdekaReview bagaimana mereka terkagum dengan bekas kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang sudi meluluskan permohonan hak milik pegangan bebas kepada penduduk Cina di kampung baru.

Bagaimanapun, penjelasan DAP dan PAS tersebut mungkin boleh dipertikaikan kerana Kampung Bahru adalah kawasan campuran kaum. - WONG SHU QI

PRK Dun Galas >> Surat Terbuka Mat Zain yang penuh dengan tuduhan serius terhadap kredibiliti Polis


Sebenarnya, fakta bertambahnya komuniti-kominiti "guarded dan gated" di negara ini merupakan satu bukti paling kukuh mengenai kegagalan pasukan polis dalam melaksanakan tugas paling asas mereka, iaitu memastikan rakyat Malaysia, pelawat-pelawat, tetamu-tetamu serta para pelabur dari luar negara menikmati hak asas untuk bebas dari jenayah dan rasa tidak selamat.

Dalam laporannya pada 2005, Suruhanjaya Polis Diraja Dzaiddin telah membuat 125 cadangan demi mencipta satu perkhidmatan polis bertaraf dunia yang berkesan, bersih dan profesional yang menumpu kepada tiga fungsi utama - memastikan kadar jenayah rendah, menghapuskan rasuah, dan mempertahankan hak asasi manusia.

Lima tahun telah berlalu.  Adakah kita maju dalam objektif keseluruhan Laporan Suruhanjaya Polis Diraja Dzaiddin untuk mencipta satu perkhidmatan polis bertaraf dunia yang berkesan, bersih dan profesional yang berkeupayaan melaksanakan tiga fungsi utama mereka ini?

Pada pandangan saya (Lim Kit Siang), kad laporan polis berpandukan Laporan Suruhanjaya Polis Diraja Dzaiddin adalah dalam warna merah kerana bukan sahaja tidak nampak apa-apa kemajuan, malah prestasi polis dalam tiga fungsi utama mereka ini telah bertambah buruk.

Tetapi ini bukanlah hanya pandangan rakyat Malaysia yang berada di luar pasukan polis, ia juga merupakan pandangan pegawai polis yang bebas, tidak emosi serta objektif yang berkhidmat dalam pasukan.

Dalam segi ini, saya merujuk kepada Surat Terbuka bekas pegawai polis kanan, bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang bertarikh 8 Oktober 2010 yang merupakan bukti kuat bahawa sistem keadilan negara kita terus merosot setelah pembentangan laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin.

Mat Zain merupakan pegawai polis yang mengetuai siasatan awal ke atas kes serangan "mata lebam" Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan polis di Bukit Aman dalam tahun 1998 dan beliau telah mencadangkan bahawa Ketua Polis Negara pada masa itu, Rahim Noor didakwa di mahkamah kerana melakukan serangan jenayah ke atas Anwar.  Bagaimanapun cadangan beliau telah tidak diendahkan sehinggalah satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dan akhirnya Rahim didapati bersalah dan dihukum dua bulan penjara.

Mat Zain menceritakan semula dalam Surat Terbukannya apabila merujuk kepada siasatannya ke atas kes serangan "mata lebam" Anwar dalam tahun 1998, bahawa beliau pada masa itu terpaksa memilih di antara menyelamatkan kehormatan PDRM atau kehormatan Rahim Noor, dan beliau dengan sedihnya mencadangkan bahawa Rahim Noor, seorang yang amat dihormatinya sebagai seorang ketua, rakan sekerja dan teman keluarga, supaya didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mat Zain menulis Surat Terbuka berkenaan ditujukan kepada Kalsom Taib, isteri dan biografer Shafee Yahaya, bekas ketua Badan Pencegah Rasuah, sebagai membalas soalan yang ditanya oleh beliau dalam bukunya mengenai siasatan polis ke atas dakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kerana menyalahguna kuasa dalan Jun 1998 dan mengarahkan siasatan rasuah terhadap ketua Unit Perancang Ekonomi, Ali Abul Hassan Sulaiman, diperhentikan.  Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan berkenaan.

Mat Zain juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab untuk menyiasat empat laporan polis yang dibuat oleh Anwar dari 9 Julai 1999 ke 20 Ogos 1999 semasa berada di dalam penjara Sungai Buloh mengenai salah guna kuasa dan penghalangan proses keadilan yang diarahkan oleh Mahathir, Peguam Negara pada masa itu mendiang Mohtar Abdullah, Peguam Negara masa kini Gani Patail serta laporan-laporan mengenai rasuah dan salah guna kuasa terhadap Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Abdul Rahim Thamby Cik dan mendiang Eric Chia.

Mat Zain mededahkan dalam Surat Terbukanya bahawa beliau telah menulis surat kepada Ismail, pada masa itu Timbalan Ketua Polis Negara dan Hishammuddin Hussein, bulan Mei tahun ini supaya mengkaji semula siasatan ke atas bukti-bukti palsu yang dikemukakan terhadap Anwar di dalam kes serangan "mata lebam"-nya dalam tahun 1998 demi "melindungi kredibiliti, kebebasan dan imej PDRM yang telah terjejas serius sejak 2006."

Mat Zain telah membuat dakwaan yang serius bahawa bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Peguam Negara, Gani Patail telah mencipta bukti yang palsu dalam kes serangan "mata lebam" Anwar Ibrahim dan mestilah bertanggungjawab terhadap sistem keadilan jenayah yang kucar kacir kini.

Mat Zain bertanya dalam surat terbukanya:

"Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita?....Siapa yang sepatutnya dipersalahkan?  Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang?  Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada 'precedent' yang dibuat oleh Gani Patail dan Musa Hassan sendiri."

Gani Patail, Musa Hassan atau Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Ismail tidak boleh terus membisu terhdap Surat Terbuka yang penuh dengan tuduhan serius dan membinasakan ini, dan saya menyeru supaya Menteri Dalam Negeri memberikan satu penjelasan yang menyeluruh dan memuaskan mengenai perkara ini di Parlimen. - LIM KIT SIANG

Jumaat, Oktober 29, 2010

PRK Dun Galas >> Takut terlepas Putrajaya, Najib hilang arah bercakap dan meracau-racau!


Para pemimpin komponen parti Barisan Nasional ditanya mengenai reaksi mereka selepas ucapan presiden UMNO Najib, dan rakyat Malaysia amat duka cita bahawa tidak seorang pun dari mereka, samada Presiden MCA, Presiden Gerakan, Presiden MIC atau Presiden lain-lain parti komponen BN berani meluahkan tidak setuju atau perasaan khuatir terhadap perkataan-perkataan 'berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa" serta "penghapusan etnik".

Sampai sekarang pun, setelah satu minggu berlalu!  Adakah ini bererti mereka bersetuju dengan ugutan tersirat Najib sepenuhnya ataupun mereka begitu tidak berkuasa dan irrelevant sehingga tidak berani menyuarakan pandangan rakyat biasa?

Bagaimanapun, ada belah yang lain dalam ucapan "berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa" Najib ini - kerana ia menggambarkan bahawa UMNO dan BN boleh diundi keluar dari Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang oleh pengundi-pengundi Malaysia.

Najib sendiri memberitahu UMNO bahawa UMNO mesti berubah atau ianya akan diubat - bahawa beliau mesti melaksanakan (execute) NEM kalau tidak beliau akan "dihapuskan" (executed)!

Najib telah menyedari bahawa musuh paling besar kepada empat tiang utama untuk melonjatkan transfomasi nasional - samada 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, GTP, NEM serta penggunaan Rancangan Malaysia Ke-10 dan bajet tahunan untuk menggerakkan GTP dan ETP - sebenarnya datang dari dalam UMNO sendiri.

Saya ingin memuji Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz kerana berani dan bertekad mengisytiharkan dirinya sebagai rakyat Malaysia dahulu dan Melayu kemudian, sungguhpun ini hanya diakui beliau enam bulan selepas saya mencabar semua Menteri di Parlimen samada mereka ada DNA 1Malaysia dan bersedia mengisytiharkan diri mereka rakyat Malaysia dahulu dan kaum kemudian, yang sebenarnya merupakan objektif ketara konsep 1Malaysia Najib.

Saya berkongsi kekecewaan Nazri apabila beliau berkata dalam satu interview baru-baru ini bahawa beliau merasa heran dan kecewa mengapa rakan-rakannya di jemaah menteri termasuk menteri-menteri dari MCA tidak lantang seperti beliau.

Saya ingin memetik Nazri (gambar di bawah) dalam interbiunya dengan The Red Tomato:

"They are people who are just like me in the cabinet, but they are afraid.  Even the MCA ministers, none of them has repeated what I've said that they are first Malaysians then Chinese - none of them.  To me, it is not right to say that if we had said so, then we’d fall into the 'trap' of Kit Siang.

"What 'trap'?  The Indian Ministers didn't come out to say that, other Malay Ministers did not, Kadazan and Iban Ministers also didn't say so.  I am a Malay, yet I'm taking the risk to come out to say.  Why others can't?  Let me tell you, they all agree with me…."

Biarlah semua Menteri, samada UMNO, MCA, Gerakan, MIC, komponen-komponen parti BN Sabah dan Sarawak menjelaskan dan mengisytihar apabila menggulung perbahasan bajet ini apakah yang ditakuti mereka dan mengapakah mereka tidak berani mengisytiharkan bahawa mereka adakan rakyat Malaysia dahulu dan kaum kemudian sebagaimana yang dinaungkan oleh konsep 1Malaysia.

Surat Terbuka bekas pegawai polis, Mat Zain, merupakan bukti bahawa sistem keadilan negara kita terus merosot setelah pembentangan laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin

Baru-baru ini, kedua-dua Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein telah bermegah mengenai kejayaan NKRA dalam pengurangan kadar jenayah, mendakwa bahawa berlakunya penurunan drastik dalam kadar jenayah khasnya dalam segi jenayah di jalan berikutan dengan indeks jenayah yang semakin baik sejak Januari tahun ini.

Bagaimanapun, di seluruh negara, rakyat biasa tidak rasa apa-apa kesan dari penurunan indeks jenayah dalam kehidupan harian mereka kerana tidak wujud perasaan selamat secara berbandingan di jalan-jalan, tempat-tempat awam mahupun di rumah mereka sendiri berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. - LIM KIT SIANG

PRK Dun Galas >> Hah apa nih "berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa"

Sebarang wasangka mengenai kekurangan semangat politik dan kepimpinan pentadbiran Najib untuk melonjatkan transformasi politik, ekonomi, sosial dan kerajaan yang merupakan tiang penting bagi penyelamatan ekonomi dan nasional Malaysia telahpun dihapuskan oleh Ucapan Pembukaan dan Ucapan Penutup Presiden Najib di Perhimpunan Agong UMNO.

Apakah reaksi yang Najib harap dapat semasa beliau mengungkapkan perkataan-perkataan "berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa" supaya UMNO mempertahankan cengkamannya di Putrajaya walau apa pun kos pengorbanannya, malah disebut-sebut mengenai "penghapusan etnik"?

Mengapakah editor the Malaysian Chronicle Wong Choon Mei boleh diganggu dan dipermangsakan kerana menerbitkan laporan yang mengandungi perkataan-perkataan ini, sungguhpun inilah apa yang diungkapkan oleh Najib, walaupun versi penjemahan dari Bernama tidak digunakannya?

Inilah apa yang diungkapkan oleh Najib dalam Ucapan Presiden UMNO beliau: "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa.  Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

Parti-parti Pakatan Rakyat - DAP, PKR dan PAS - juga bersedia berjuang secara habis-habisan untuk menakluk kuasa di Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang demi mengakhiri salah tadbir BN/UMNO selama ini, tetapi kami akan mencapai objektif ini secara aman dan menerusi cara demokratik iaitu menerusi kotak undi dan bukannya "berkecai tulang dan juga badan, bercerai jasad dari nyawa" ataupun "penghapusan etnik".

Perdana Menteri mestilah hadir di Parlimen dan menjelaskan apa yang beliau maksudkan apabila beliau mengungkapkan kata-kata tersebut kerana ianya adalah bagaikan suatu jaminan daripada beliau bahawa beliau tidak akan menerima keputusan pengundi yang ingin bertukar kerajaan persekutuan dari BN kepada Pakatan Rakyat dan beliau bersedia mengorbankan proses demokratik dan menghapuskan kedaulatan undang-undang supaya beliau dan UMNO boleh kekal berkuasa. - LIM KIT SIANG

PRK Dun Galas >> Najib nak atasi Mahathir dengan projek mega


Sebenarnya, mesti ditanya samada Najib secara senyap-senyap cuba bertanding dan melebihi pencapaian Mahathir bukan sahaja dalam usaha untuk membina menara yang lebih tinggi dari Petronas Berkembar, tetapi juga boleh mendakwa bahawa ianya paling tinggi di dunia - sungguhpun untuk satu tempoh yang begitu singkat sahaja?

Kempen Facebook "No Mega Tower" kini hampir mencapai 200,000 hit dalam tempoh kurang dari 12 hari.  Kali terakhir saya periksa, ia telah mencatatkan 191,000 hit pada 2 petang berbanding dengan 2,170 hit dalam kempen Facebook Menyokong Menara Mega.

Perdana Menteri meminta kerajaan supaya memberika keutamaan kepada media sosial dan menghormati pandangan rakyat biasa, khasnya generasi muda semua kaum.

Kebanyakan mereka yang menggunakan Facebook merupakan orang muda Malaysia dan Perdana Menteri sepatutnya dengan serius membatalkan projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini kerana ia bukan sahaja akan menjadi satu "white elephant /gajah putih".  Tetapi juga suatu simbol buruk kepada sebarang transformasi nasional dalam negara ini.

Adalah dianggarkan bahawa Menara Warisan Merdeka 100 tingkat yang akan mengandungi 3 juta kaki persegi ruang ini akan memburukkan lagi keadaan ruang pejabat berlebihan di Kuala Lumpur yang sama dengan 7.8 tahun bekalan ruang pejabat di Kuala Lumpur berdasarkan kadar penggunaan 1.72 juta kaki persegi di antara tahun-tahun 1985 ke 2009, sungguhpun belum mengambil kira projek-projek raksaksa yang diumumkan baru-baru ini.

Di Segamat, bangunan tertinggi 20-tingkatnya yang dibina dalam tahun awal 1980-an kini menjadi Menara Burung, iaitu ladang sarang swiftlet dan hanya tingkat bawahnya sahaja yang diduduki.  Janganlah satu hari nanti, Menara Warisan Merdeka ini juga mejadi ladang sarang burung yang tertinggi di dunia pulak!

Bajet 2011 Najib ini tidak meyakinkan orang bahwa ia mewakili bajet pertama NEM untuk mentransformasikan Malaysia dari sebuah negara pendapatan menengah menjadi negara maju pendapatan tinggi yang inklusif dan sustainabel pada tahun 2020, yang menitik-beratkan modal insan berkemahiran tinggi, perkhidmatan awam yang efisien, dan sektor swasta yang bermaya.

Talent Corp yang akan ditubuhkan awal tahun depan akan membentuk Rangka Tindakan Bakat Nasional dan membangunkan satu pangkalan data pasukan kerja berbakat serta berkerja rapat dengan rangkaian bakat sedunia, tetapi apakah jaminan yang ada yang boleh memastikan bahawa Rangka Tindakan Bakat Nasional ini tidak akan gagal seperti berbagai program "Brain Gain" yang lepas atas sebab yang mudah, iaitu kekurangan semangat politik dan kepimpinan dalam pentadbiran Najib untuk mencapai wawasan yang tertera dalam NEM iaitu "Malaysia must be seen by its people and by others as a land of equal opportunity to earn a good living and provide a secure, happy life for each individual and the family." - LIM KIT SIANG

PRK Dun Galas >> Jangan leka dengan Bajet 2011 sebab Malaysia menuju muflis 2019!


Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomik Sedunia 2010-2011 yang melihat Malaysia jatuh dua tempat dari 24 menjadi 26 sungguhpun amaran Roadmap GTP Januari ini bahawa daya saing negara "semakin terhakis secara ketara dari negara paling berdaya saing ke-21 tiga tahun yang lepas menjadi tempat ke-24 sekarang".  

Universiti-universiti Malaysia yang tersingkir dari Senarai 200 Universiti Terulung Sedunia samada dalam Times Higher Education World University Rankings 2010-11 atau QS World University Rankings 2010 atau Shanghai Jiao Tong University's 2010 yang menyenaraikan 500 universiti terulung sedunia untuk lapan tahun berturut-turut.

Semua ini bukannya petanda sebuah negara yang bersedia melonjak keluar dari perangkap pendapatan-menengah untuk mencapai status maju inklusif, sustainable dan berpendapatan tinggi dalam tahun 2020, tetapi menunjukkan sebuah negara yang semakin menuju ke tahap gagal atau muflis dalam tahun 2019 sebagaimana yang dijangkakan oleh Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala.

Seorang pemimpin veteran telah memberikan amaran bahawa, "It is time to wake up".

Kata beliau, "Tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia semakin mundur.  Berbilion-bilion telah dicuri dari negara kita, berbilion-bilion lagi sedang dipindah keluar negara sementara seluruh struktur politik kita pecah berderai."

Mengikut amarannya bahawa rasuah merupakan ancaman paling serius sesebuah negara, beliau memperingatkan bahawa rasuah telah diinstitusikan di dalam sistem politik Malaysia dan sedang membinasakan kita.

Siapakah pemimpin veteran ini?  Beliau kini merupakan ketua Pilihan Raya Kecil Galas Barisan Nasional, iaitu ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh (gambar kanan).

Adalah amaran beliau mengenai krisis pembangunan negara ini akan diberi perhatian oleh pihak yang berkuasa?  Tentunya tidak - sama sepertimana Perdana Menteri tidak mempunyai semangat politik untuk melaksanakan NEM yang dilancarkannya sendiri pada 30 Mac untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju, berdaya saing dan suatu ekonomi berpendapatan tinggi yang berciri-ciri inklusif dan sustainable.

Sungguhpun nampaknya hebat dan canggih, bajet 2011 Najib ini sebenarnya bukan hasil NEM tetapi mengandungi segala petanda dasar-dasar ala-Mahathir lama yang terbukti usang yang mengakibatkan Malaysia kini terjerat pada tahap pendapatan menengah selama lebih satu dekad, menghalakan negara ini ke arah negara yang gagal dan muflis bila sampai tahun 2019.

Simbol Bajet 2011 dan ETP adalah Menara Warisan Merdeka 100-tingkat yang bernilai RM5 bilion, satu pengembalian ke zaman lama Mahathirisma yang obses dengan projek-projek mega.

Sekiranya Najib benar-benar berkomited untuk melancarkan Model Ekonomi Baru, berdasarkan transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan, bukankah lebih wajar untuk Malaysia cuba mencapai sasaran sebagai salah satu dari 20 negara, kalau bukan 10 negara, yang paling tidak korup di CPI TI atau memiliki 10 universiti yang disenaraikan dalam kumpulan 100 universiti paling ulung di dunia? - LIM KIT SIANG

PRK Dun Galas >> Apa yang Najib Tun Razak nak bangga dengan angka-angka ini?


Sepanjang lima tahun penjawatan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, kedudukan CPI TI Malaysia jatuh 10 tempat dari 37 pada 2003 ke 47 di 2008, sementara markah CPI tersangkut di antara 5.0 dan 5.1.

Sepanjang masa beliau menjadi Perdana Menteri sejak 18 bulan yang lepas, zaman Najib Razak melihatkan penjunaman paling teruk dalam tempoh satu tahun dalam segi markah dan kedudukan CPI TI, iaitu jatuh sembilan tempat dari 47 di 2008 menjadi 56 di 2009, markahnya mencapai tahap paling rendah iaitu 4.5 tahun lepas. 

Untuk tahun 2010, kedudukan Malaysia masih pada tempat paling buruk iaitu no. 57 sementara markah CPI jatuh lagi ke 4.4.

Pelan Integriti Nasional Andullah yang dilancarkan pada 2004 dengan sasaran lima tahun untuk memperbaiki CPI TI Malaysia dari tempat ke 37 pada 2003 ke sekurang-kurangnya tempat 30 pada 2008 serta meningkatkan markah dari 5.2 pada 2003 ke 6.5 pada 2008 telah gagal, tetapi Najib dalam 18 bulan ini telah membiarkan CPI TI Malaysia - samada kedudukan atau markah - jatuh ke tahap yang lebih buruk lagi sungguhpun GTP, NKRA dan transformasi nasional sering dilaung-laungkan dengan penuh meriah ala berpesta.

Tamparan ketiga terhadap GTP Najib adalah perlancaran Indeks Kemakmuran Legatum (Legatum Prosperity Index) yang meletak Malaysia di tempat ke 43 dari 110 negara, di belakang Singapora (17), Jepun (18), Hong Kong (20), Taiwan (22), Korea Selatan (27), sungguhpun kita kini masih di depan Negeri Thai (52), Negeri Cina (58), Vietnam (61), Filipina (64) dan Indonesia (70).

Indeks kecil Indeks Kemakmuran Legatum mengenai "Keselamatan dan Sekuriti" meletak Malaysia di tempat ke-52 dari 110 negara, ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana ia memberikan kesan ke atas daya saing antarabangsa kita serta salah satu NKRA iaitu mengurangkan kadar jenayah.

Berdasarkan indeks kecil ini, The Diplomat baru-baru ini memaparkan satu gambar essay mengenai "The Safest Places in the Asia-Pacific".  10 negara paling selamat adalah Singapura diikuti oleh New Zealand, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Korea Selatan, Mongolia, Vietnam dan Kazakhstan.

Penyingkiran Malaysia dari senarai ini merupakan sesuatu yang memalukan negara.  Apakah kata Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri?

Sebelum dan selepas pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober, lebih banyak lagi indeks-indeks sedunia yang secara negatif menjejaskan daya saing Malaysia, sebagai contoh:

Indeks kebebasan akhbar yang paling rendah sekali dalam tempoh sembilan tahun yang diumumkan minggu lepas di mana Malaysia menjunam 10 tempat ke nombor ke 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia - buat pertama kalinya ketinggalan di belakang Singapura sejak Reporters Without Borders (RSF) yang bertapak di Paris mula-mula mengumumkan senarai mereka dalam tahun 2002. - LIM KIT SIANG

PRK Dun Galas >> Umno-BN tak serius kuburkan rasuah dalam urustadbir kerajaan!


Bajet 2011 bukan hasil Model Ekonomi Baru (New Economic Model -NEM) tetapi mengandungi segala petanda dasar-dasar ala-Mahathir lama yang terbukti usang.

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Najib Razak melancarkan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme - ETP). Ia juga merupakan hari pertama dalam minggu ini di mana Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme - GTP) mengalami tiga tamparan berturut-turut.

Tamparan pertama adalah laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen pada hari Isnin yang memaparkan segala cerita-cerita gerun mengenai pembaziran, salah urus, salah guna dana awam dan korupsi - sepertimana yang diserlahkan oleh tajuk-tajuk utama berikut:-

1. Federal Government debt hits five-year high;
2. KTMB mired in RM1.4 billion debt;
3. Only 18/2% of pupils bring free eBooks to school;
4. Stimulus funds used for chandeliers, home theatre, government audit shows;
5. PTPTN to face whopping RM46 bil deficit;
6. PTPTN okayed RM23 mil to students who didn't apply;
7. Millin-ringgit scanner stuck in KLIA, under utilisation woes;
8. "Sandwich kosong" for school kids, sardines missing.

Laporan Ketua Audit Negara, yang disiapkan pada Jun/Julai tahun ini, yang sepatutnya dibentangkan pada hari pertama mesyuarat Parlimen pada 11 Oktober telah diperlambatkan, jelas sekali adalah untuk mengelakkan "cerita-cerita gerun tahunan" ini dari merampas tumpuan orang ramai terhadap ucapan bajet 2011 Najib pada 15 Oktober serta Ucaptama Presiden beliau di mesyuarat UMNO pada 21 Oktober - bukti jelas kerajaan Barisan Nasional tidak serius atau berkomited terhadap GTP atau slogan Najib sendiri yang kononnya "Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan".

Tamparan kedua adalah apabila Indeks Persepsi Korupsi (Corruption Perception Index - CPI) Transparency International (TI) dilancarkan - menyerlahkan kegagalan NKRA utama untuk memerangi rasuah yang bersasaran untuk meningkatkan markah CPI dari tahap terendah pada 2009 iaitu 4.5 ke 4.9 dalam 2010.  Pada hakikatnya, markah CPI Malaysia menjunam lagi dalam tahun 2010 menjadikannya yang paling rendah dalam tempoh 16 tahun ini.

Dari 1995 ke 2003 selama 15 tahun, Mahathir sebagai Perdana Menteri telah melihat markah CPI TI Malaysia tersangkut pada tempat di antara 4.8 di 2000 ke 5.32 di 1996 sementara kedudukan CPI jatuh 14 tempat dari 23 di 1995 ke 37 di 2003. - LIM KIT SIANG

PRK Dun Galas >> Kartun-kartun Zunar ancam negara kata Polis, KDN dan Umno-BN


Terima kasih Zunar. Pada malam ceramah "Menolak Khurafat Umno" sempena Himpunan Menang di Galas dekat Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Zunar telah berbesar hati menyerahkan senaskah buku kontoversi di dunia, yang dianggap mengancam keselamatan negara oleh polis dan KDN, "Cartoon-O-Phobia" kepada Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya.

Buku itu dianggap oleh KDN berbahaya. Namun, Zunar berasa hairan bagaiamna kartun  boleh mengancam keselamatan negara? Malah polis pun gagal menunjukkan bukti pada muka surat berapa, dan episod mana yang dikatakan mengancam keselamtan itu.

Yang polis jumpa dan menyebabkan buku itu dirampas apabila melihat logo Umno keris bersilang bertukar menjadi "logo katak". Itu dijadikan alasan "bahaya" pihak polis dan KDN. Entahlah, kartun pun boleh menakutkan Umno-BN. 

Eloklah pelukis-pelukis kartun bersatu cipta pelbagai kartun biar Umno-BN kepanasan. Polis tak boleh disalahkan, kerana mereka terpaksa ikut kata Umno-BN. Inilah yang peliknya di Malaysia, kartun jadi ancaman. Kapal terbang tak berenjin. Kapal selam tak lalu menyelam.

PRK Dun Galas >> Benarkah Umno, Perkasa pejuang bangsa? Apa pengorbanan mereka terhadap bangsa?


Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa.  Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin.  Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam ceramahnya di Markaz PAS Taman Melewar anjuran PAS Kawsan Batu baru-baru ini.

Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang "pejuang bangsa". Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa.  Semakin "primitif" pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang - itulah harapannya.

Rakyat harus menyedari bahawa sekiranya inilah ukuran yang digunakan untuk mengenalpasti siapa seorang pejuang bangsa yang sejati, maka akan timbullah golongan oportunis untuk ke hadapan, melaung retorik perkauman sehingga mereka ini dijulang dan disanjung sebagai "pejuang bangsa".

Pada pendapat saya (Khalid Samad, gambar kiri), terdapat dua ciri utama yang menentukan samada seseorang itu pejuang bangsa yang sejati atau sebaliknya.  Ianya bukan bergantung kepada kelantangan atau keberanian semata-mata.  Ianya bergantung kepada hala-tuju dan penghayatan budaya perjuangan orang berkenaan.

Ciri pertama, seorang pejuang bangsa adalah seorang yang memperjuangkan kemajuan bangsanya dalam semua aspek secara menyeluruh.  Beliau membawa bersamanya satu wawasan dan kefahaman yang akan membangunkan bangsanya sehingga dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh ummat manusia.  

Beliau juga berusaha untuk menjadikan bangsanya sebagai pembawa dan perintis ketinggian peradaban dan budaya serta akhlak yang akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada bangsanya sendiri tetapi juga kepada manusia sejagat.  Dalam masa yang sama, beliau membawa bangsanya ke arah kemajuan dan pemikiran "global", bukan pemikiran mundur dan "primitif".

Kedua, dalam memperjuangkan wawasan ini, seorang pejuang bangsa akan sanggup berkorban dan bukan mengorbankan.  Kekayaan dirinya dibelanja sebagai "pelaburan" untuk menjayakan pejuangannya dan penerimaan wawasannya oleh bangsanya sendiri.  

Pengorbanannya berterusan, dalam apa jua situasi, samada berkuasa atau sebaliknya.  Bangsanya diutamakan dari dirinya sendiri.  Biar dirinya susah dan tidak berharta, kecuali sedikit, tetapi yang penting baginya, bangsanya terus dimajukan.  Beliau tidak memanfaatkan sanjungan dan kedudukan hasil perjuangannya untuk menjadikan dirinya dan keluarga bertambah kaya.

Turut bercemarah Adun DAP Teratai, Janice Lee dan kartunis politik, Zunar serta Yang Dipertua PAS Kawasan Batu. Moderator Naib Yang Dipertua PAS, Tarmizi Mohd Jam.

PRK Dun Galas >> Isteri sumber inspirasi calon PAS Galas berjuang Islam


TIDAK ramai tahu siapa di sebalik tabir kehidupan calon PAS Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamed, 44. Selain ibu yang melahir dan membesarkan, kehadiran isteri tersayang melengkapkan kehidupan pemimpin yang menjadi tumpuan ramai sekarang.

Pertama kali bersua dengannya, penulis kagum melihat keayuan di wajahnya. Kata orang kesempurnaan sebagai seorang wanita ada pada dirinya. Anggun dengan seraut wajah yang manis dihiasi kehalusan peribadi,  ternyata beliaulah sumber inspirasi Dr Zul. Sepasang mata bercahaya memancarkan kemesraannya.

Zainab Jalar, 30 suri kepada kehidupan calon PAS Dun Galas. Beliau dilahirkan 2 Jun 1980 di Tumpat dan membesar di Chiku 1, Gua Musang. Wanita bertubuh sederhana ini mudah mesra, namun tidak banyak bicara. Beliau lebih suka mendengar daripada berkata-kata.

Semasa remajanya menuntut ilmu dalam aliran agama. Zainab pernah belajar di Maahad Muhammadi Gua Musang, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Getting. Kemudian menyambung pengajian di peringkat Diploma Pengajian Syariah di Institut Pengajiaan Ilmu-Ilmu Islam yang kini dikenali Kolej Dar Al Hikmah di Kajang, Selangor.

Selepas menamatkan pengajian, beliau melakukan pelbagai kerja. Pernah bertugas sebagai kerani di Pejabat Pos di Chiku 3, Perunding Kewangan AAM Insurans dan guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Chiku 1. Sekarang bertugas sebagai Pembantu Penyelaras Armalah Dun Paloh semenjak tahun 2007 sehingga sekarang.

Tugasnya mengambil berat mengenai kehidupan golongan armalah di Dun Paloh. Pengalaman berurusan dengan rakyat ternyata memberi manfaat besar kepadanya sekarang. Ditambah pula minat beliau dalam kerjaya membabitkan masyarakat. Zainab juga tidak asing dalam bidang politik. Sepak teranjang politik mempengaruhi kehidupannya.

"Pengalaman saya bergaul dengan masyarakat di peringkat akar umbi membuatkan saya faham kerjaya suami sebagai seorang ahli politik. Apabila tersebar cerita-cerita fitnah terhadap suami saya tidak mudah percaya. Ini kerana sebagai ahli politik musuhnya tentu mencari jalan bagi menjatuhkannya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitu juga dengan isu khalwat yang ditimbulkan Umno dalam laman web Umno Online langsung tidak diambil kira. Beliau menganggap isu seperti itu sebagai asam garam dalam perjuangan bagi menegakkan Islam. Ditanya perjuangan suaminya bagi mempertahankan Dun Galas pada 4 November ini, beliau memberitahu sentiasa memberi sokongan padu.

"Saya memahami kerjaya suami sebagai orang politik dan doktor perubatan. Sebagai seorang isteri saya cuba memahaminya," kata Zainab. Zainab pula sentiasa memberi sokongan padu kepada Dr Zul. Musim pilihan raya sekarang, mereka terpaksa melakukan banyak perkara dalam masa yang singkat.

"Jadual kempen kami dibuat secara berasingan bagi membolehkan lebih ramai pengundi di Dun Galas ditemui," ujar Dr Zul sambil memandang wajah isterinya.

Pasangan suami isteri yang dikenali ramai di Galas sekarang mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun. Mereka mendiami rumah di Taman Kesedar Putra tidak jauh dari jalan raya Gua Musang–Kuala Lipis, berada dalam Dun Galas.

Mencungkil sejarah dari adik Prof Dr Burhanuddin Helmy di Taman Dato' Senu


JOM ke Janda Baik! Ajak Tarmizi Mohd Jam, Pengarang HARAKAH atas urusan BAKKAH. Tetapi sebenarnya kami sudah lama tidak berbincang hal-hal politik tanah air bersama. 

Jadi, beberapa jam dalam kereta boleh berbincang agak panjang. Dia Presiden BAKKAH, Badan Kebajikan Kakitangan Harakah ingin mencari tempat penginapan untuk Hari Keluarga ahli-ahlinya, di kawasan pelancongan Janda Baik.

"Saya pernah dijemput merasmikan Bakkah suatu masa dulu, semasa Zulkifli Yahaya jadi Presidennya. Sekarang dia memegang jawatan di Urusetia Penerangan Negeri Kedah," Kata saya kepada Tarmizi.

Janda Baik, suatu tempat indah di atas bukit atau di lereng gunung di Pahang. Dulu pernah dispekulasikan untuk dijadikan Wilayah Persekutuan, menyebabkan harga tanah-tanahnya melambung naik.

Ramai pembeli-pembelinya. Tetapi bila Wilayah Persekutuan dialihkan kononnya, ke Selangor di Putrajaya sekarang, maka harga mula stabil, kawasan itu mula bertukar menjadi kawasan perlancongan Melayu.

"Janda baik, ertinya seorang isteri yang terpaksa berpisah dengan suami kesayangan, tetapi ia tetap pandai menjaga maruahnya sehingga masih tetap menjadi baik," kata saya kepada Tarmizi bila dia bertanya apa makna Janda Baik. 

"Kalau dalam kontek perjuangan PAS sekarang, janda-janda ini bagaikan pejuang-pejuang veteran PAS yang agak jauh dari PAS, kerana tenaganya kurang diperlukan. Namun mereka tetap sayang kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, walaupun jasakhidmatnya kini sudah agak ditelan masa."

"Eh!..." Tarmizi menarik perhatian saya. 

"Kita pernah bincang untuk korek balik sejarah PAS, melalui veteren-veteran PAS yang masih ada... janda-janda ini masih baik. Kita kena ziarah mereka... sebelum mereka tiada. Perlu dicatat sejarah terus dari mereka!"

"Ya. Boleh!" Saya bersetuju. "Saya, ada masa sekarang. Hari ini juga kita mulakan!" kata saya pada Tarmizi. Setelah selasai tugas di Janda Baik, kami turun dari kedinginan bebukitan itu. 

Kami ke Taman Dato Senu Sentul KL, bertemu dengan adik tokoh kemerdekaan tersohor, Prof Dr Burhanuddin Al-Helmy bekas Yang Dipertua Agung PAS ke 3 yang masih ada. 

Beliau adalah Drs Norbit Mohd Noor. Kerana jalan ke rumah terhalang ada upacara kenduri kahwin, kereta kami tak dapat masuk, kami panggil dia keluar sembang-sembang sambil minum di gerai sebuah tanah lapang dalam kawasan berhampiran.

Turut hadir bersama kami adalah YDP PAS Kawasan Batu, orang lama dalam perjuangan, pernah bersama Allahyarham Datuk Ahmad Bostamam tokoh pejuang politik silam, pernah menjadi Setiausaha PEKEMAS bersama Dr Tan Chee Koon, iaitu Cikgu Ishak Surin. 
Perbincangan kami berkisar sekitar sejarah Prof Dr Burhanuddin abang Drs Norbit. Antara perbincangannya...

"Dr Burhanuddin adalah seorang mujahid Islam, yang memilih pendekatan terbuka. Menariknya beliau pernah memberi kursus kepimpinan kepada cawangan-cawangan UMNO waktu itu, sama-sama menubuh Partai Rakyat, akhirnya dijemput menyertai PAS dan dilantik menjadi Yang Dipertua Agung PAS ke 3 bersama Prof Dr Zulkifli Muhammad sebagai Timbalannya," Kataku, memulakan perbincangan.

"Beliau meninggal dunia setelah beberapa tahun di penjara di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, keluar penjara kerana sakit dan terus meninggal dunia," jelas adiknya Drs Norbit.

"Sebelum itu adakah dia pernah ditahan?" tanya Tarmizi.

"Ya!" jelas Drs Dr Norbit. "Dua tahun dipenjara oleh penjajah Inggeris di Singapura kerana dituduh membangkitkan semangat anti penjajah termasuk melalui majalah terbitannya, dalam kes Natrah..."

Natrah ialah seorang gadis Belanda yang beragama Islam. Ayahnya seorang tentera Belanda menyerahkan bayi itu kerana tidak mampu menjaganya. 

Diserahkan kepada seorang keluarga Melayu Terengganu, yang membesarkannya dalam suasana Islam sehingga dewasa dan dikahwinkan dengan seorang pemuda bernama Mansur Adabi.

Tiba-tiba keluarganya datang merampas balik melalui proses undang-undang penjajah, memisahkan dia dari suaminya, bawa ke Belanda menjadikannya murtad semula. Hal ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaya kepada penjajah Inggeris waktu itu.

"Ooo. saya ingat. Waktu itu awal tahun 1950an, saya sedang mengajar di Tanjung Karang," Kata Cikgu Ishak. "Kami berebut-rebut nak tahu berita itu. Menunggu beramai-ramai nak beli surat khabar. Tak cukup. Sampai satu akhbar dibaca oleh puluhan orang," kata Cikgu Ishak sambil tergelak. 

Dia sebut nama surat khabar itu, cuma saya tak ingat untuk catatkan di sini. Tapi bukan Utusan Melayu.

"Bagaimana sambutan rakyat berbagai kaum waktu itu?" Ada yang tanya Drs Norbit.

"Semuanya solid sokong Islam. Paling ramai, orang Melayu Islam berjuang bersama orang keturunan India, Pakistan dan Arab Muslim. Hebatnya, orang Cina bukan Islam terus menyokong secara tidak nampak melalui pembiayaan kewangan yang banyak!" Jelas Drs Norbit lagi.

"Oh, Kelab Penyokong PAS le tuu!" Kata saya, membuat semua di situ tertawa, walaupun mungkin PAS masih belum ditubuhkan atau dalam proses penubuhan. Kerana perjuangan PAS adalah perjuangan Islam. - DR MOHD HASYIM

PRK Dun Galas >> PSM akan berkerjasama dengan PR untuk menguburkan BN!

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti serius berlandaskan aspirasi rakyat dan bekerja di peringkat akar umbi.  PSM adalah parti pertama di mana ADUN, MP dan Ahli majlis mengistiharkan harta dan mengeluarkan laporan tahunan kerja yang dibuat setiap tahun. Ia telah mengambil 11 tahun untuk mendaftarkan PSM.  


Kalau ditinjau kerja-kerja PSM untuk setahun yang lalu, PSM telah mengadakan aksi massa meminta PERKESO memberi lebih perlindungan kepada pekerja, meminta bank negara campur tangan dalam isu hutang dan isu along, membantah pengswastaan hospital awam dan membantah GST dan pindaan akta pekerja.  Komitmen dan kerja PSM berjuang bersama masyarakat akar umbi menuntut perubahan adalah sesuatu yang konsisten dan biasanya tiada banyak dipersoalkan.

Dari segi PR, PSM mengambil keputusan yang diumumkan dalam Forum Sosialisma 2009 bahawa PSM tiada niat untuk membina kuasa ketiga pada ketika ini dan dengan tegas mengatakan PSM akan berkerjasama dengan PR untuk menguburkan BN.  

Dalam Kongres Parti pada tahun ini, sekali lagi ahli parti mengambil keputusan bahawa PSM akan bekerjasama dengan PR dan akan membuat kerjasama pilihanraya seperti tahun-tahun lalu dengan parti pembangkang lain untuk menentang Barisan Nasional yang dilihat sebagai musuh utama.

Dalam konteks ini, PSM berpendapat hubungan antara parti pembangkang harus berdasarkan satu program politik dan mesti ada disiplin untuk mengikuti program minima ini dan mesti ada proses saling hormat menghormati.  Selagi program politik itu tidak bertentangan dengan prinsip dan aspirasi rakyat, PSM akan sentiasa bersama.

Iklim perubahan terbuka luas.  Bau kebebasan semakin terasa.  Kemenangan pembangkang ke Putrajaya nampaknya pasti.  Tetapi PR sendiri yang dapat mengagalkan dirinya sendiri jika tidak berhati-hati.

Calon yang tidak berprinsip dan tidak bertanggungjawab harus diganti.  Program parti harus jelas.  Gerakan menentang UMNO-BN harus dibesarkan dan kerajaan Negeri harus berani mendukung perubahan ini secara selari dan konsisten. - S ARULCHELVAN

PRK Dun Galas >> Apakah harus dilakukan oleh rakyat untuk turunkan hegomoni Umno-BN?


Untuk menguburkan hegemoni UMNO-BN dalam politik Malaysia, maka saya menyarankan empat pendekatan, iaitu peta jalan ke Putrajaya -

1. Memperkasakan rakyat dan bukan membohsiakan rakyat

Apabila Markos cuba mengekalkan kuasa di Filipina setelah menang pilihanraya secara tipu muslihat tetapi rakyat Filipina tidak dapat menerima keputusan pilihanraya, Marcos digulingkan oleh gerakan rakyat.  Di Venezuela, pada tahun 2002, apabila tentera dengan sokongan peniaga dan CIA membuat rampasan kuasa terhadap Chavez, lapan juta rakyat Venezuela turun mempertahanakan Chavez, dan Chavez dapat kembali bertakhta.

Di Perak, apabila Najib melancarkan rampasan kuasa, kuasa rakyat yang kita lihat adalah sementera, tidak menyeluruh dan tidak ramai.  Seandainya Kerajaan PR Perak membuat program yang begitu popular, mengapa rakyat Perak tidak turun untuk mempertahanakan kerajaan PR Perak di sana.  Malah kerajaan PR jatuh kerana ahli PR yang lompat parti.

Oleh yang demaikian, apabila mengambil kuasa, membuat sekadar program kebajikan sahaja tidak memadai.  Rakyat mesti sentiasa menjadi sedar dan terlibat secara langsung dalam politik, dan rakyat mesti sentiasa turun untuk mempertahankan kerajaan rakyat.

PR, saya lihat, kurang melakukan kerja-kerja memperkasakan rakyat.  Di Selangor umpamanya, kerajaan Negeri memperkasakan ekonomi begitu baik dan program kebajikan jauh lebih baik daripada zaman BN, tetapi apabila wujud persoalan seperti isu air SYABAS yang cuba disabotaj oleh BN, keajaan PR tidak berani membuat satu referendum.  

Jika PR membuat satu referendum bertanya samada rakyat Selangor mahu Kerajaan Negeri atau SYABAS uruskan air Negeri Selangor, rakyat boleh mengundi di pejabat Majlis daerah, pejabat tanah dan JKK, sudah tentu ia akan mempolitikkan rakyat.  Satu referendum akan membawa bersama penglibatan rakyat dalam menentukan aliran politik negeri.  

Yang sekali gus memberikan rakyat sentiasa peka kepada suasana politik.  Di negara Venezuela dan Cuba, referendum sentiasa diadakan untuk mendapat endorsement rakyat, dan sekali gus rakyat di negara itu sentiasa peka untuk mempertahanakan kerajaan mereka.

Di negeri-negeri PR, PR cuba membuat banyak program untuk menyaingi BN dari segi memberi beras, beg sekolah, hamper dan sebagainya.  Rakyat mesti disajikan dengan idelogi dan prinsip perjuangan, bukan disajikan dengan wang dan makanan percuma.

Jika Najib menuju fasisma, hanya gerakan rakyat dapat menyelamatkan keadaan. Untuk sebab itu, kita memerlukan rakyat yang sedar dan berani mempertahankan kerajaan rakyat.

2. Program yang Jelas dan meyakinkan

PR harus mempunyai satu program politik minimum yang cukup jelas antara semua parti dan program PR ini harus diumumkan kepada rakyat.  Setakat ini walaupun ada unsur membawa agenda PR dan logo bersama tetapi rakyat luar lebih banyak melihat persaingan di kalangan anggota PR daripada persamaannya.  Parti-parti PR juga lebih banyak cuba menonjol perbezaan daripada persamaan.  Baru-baru ini Lim Guan Eng memperkenalkan satu dokumen jika PR memerintah, tetapi ia tidak dibuat bersama dengan parti komponen lain, dan ini menimbulkan prasangka.

PR juga telah membuat "shadow cabinet", tetapi cabinet bayangan PR ini mempunyai tiga orang untuk satu jawatan dan mereka langsung tidak aktif dan ramai yang tidak kenali mereka dan mereka jarang membuat kenyataan.  Bagaimana rakyat hendak yakin dengan kerajaan yang menunggu untuk memerintah jika mereka langsung tidak menonjol.

Hanya dengan satu program politik yang jelas dan alternatif, dan satu dokumen yang cukup jelas, baru ia memberi rakyat peluang melihat apakah alternatif.  Kita tidak perlu tunggu sehingga pilihanraya, untuk kita mengutarakan program politik ini.

3. Membentuk satu Gabungan yang lebih besar merangkumi pertubuhan sivil, kumpulan masyarakat, NGO dan parti politik lain

Tidaklah salah saya mengatakan, PR dibentuk bukan secara terancang dan sedar, tetapi secara tidak sengaja seperti satu kemalangan.  Sejurus selepas keputusan pilihanraya 2008, rakyat meluahkan sentimen yang cukup jelas bahawa mereka mahukan pembangkang bersatu.  Walaupun pada masa itu, ada sedikit perebutan kuasa antara parti pembangkang tetapi desakan rakyat yang cukup kuat menyebabkan tiga parti pembangkang utama akur dan menubuhkan PR.

Kini PR harus membincangkan politik masa depan dan menjemput kumpulan-kumpulan sivil, pertubuhan hak asasi, NGO, Kesatuan sekerja dan lain-lain parti menyertai satu gabungan yang lebih besar untuk menguburkan UMNO-BN.  PR nampaknya terlalu menfokus kepada pilihanraya, dan ini sering mencetuskan persoalan kerusi.  PR harus menjurus kepada membentuk gerakan akternatif kuasa kedua untuk mencabar kuasa BN sekarang.

Konsep ini seperti yang dibuat oleh PUTERA-AMCJA atau Gagasan Demokrasi.  Dengan adanya satu gabungan yang lebih besar, maka keyakinan untuk berlawan dengan UMNO dan jentera BN akan menjadi lebih kuat.  Andaikata jika perlu memberikan sedikit kerusi kepada kepimpinan masyarakat sivil, maka ia harus diberikan.  Kerusi tidak seharusnya menjadi monopoli tiga parti ini.  Contohnya jika masyarakat Orang Asli hendak meletakkan calon di satu tempat, lebih baik kita membernarkan mereka dan mendapat sokongan mereka daripada mengasingkan diri. 

PR harus mempunyai satu program jelas dan menjemput semua parti lain dan organisasi lain untuk sama-sama membentuk satu gerakan menentang BN yang cukup besar.  Ia harus dianggotai bukan sahaja oleh parti politik tetapi juga oleh kumpulan-kumpulan masyarakat dan NGO-NGO.

Di sini ada baiknya kita merenung, pandangan bekas Presiden PAS yang cukup progresif iaitu Prof Dr. Burhanuddin Helmy.  Burhanuddin Helmy mempunyai asal usulnya dari Nasionali kiri dan terlibat dalam KMM(1939), KRIS(1945), PKMM(1945) dan PUTERA(1947).

Ucapan Burhanuddin dalam Persidangan Agung PAS di Kelab Sultan Sulaiman, KL Disember 1956 menggariskan –

"….Kerana itu penjajahan tidak boleh ditentang hanya dengan tenaga satu golongan saja, satu parti sahaja tetapi sebaliknya hanya dengan tenaga-tenaga anti imperialis seluruh dunia, tenaga-tenaga anti-imperialis seluruh masyarakat.

Kerana itulah PAS sanggup bekerjasama denagan apa saja golongan, apa saja parti, apa saja aliran dalam masyarakat atas dasar kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.

Tenaga-tenaga nasionalizem, keugamaan dan sosialisme yang sihat dalam masyarakat harus kita gembeleng, kita padukan mulai sekarang untuk merupakan satu tenaga besar demi tugas perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan tanah air kita.

Dasar-dasar persamaan antara ketiga-tiga tenaga ini harus kita tegakkan dari sekarang, kita pupuk dan kita perkukuh dari sekarang.  Dan satu dasar persamaan, satu titik pertemuan yang kukuh yang boleh kita tegakkan untuk mempertalikan ketiga-tiga tenaga ini.  Untuk memadukan ketiga-tiga tenaga itu ialah dasar kita bersama menentang penjajahan, cita-cita kita bersama mengingini satu Negara kebangsaan yang demokratis dan berdaulat."

Saya mengingatkan kembali kata-kata Presiden PAS ini, kerana untuk menguburkan rejim fasis UMNO hari ini memerlukan kerjasama pelbagai parti dari pelbagai aliran.  Selagi parti-parti dalam PR berpendirian di bawah satu program yang jelas, maka aspirasi menguburkan BN cukup baik.  Hari ini, PR masih gagal membentuk satu fahaman program perpaduan politik yang jelas.  Rakyat memerlukan satu program politik yang jelas untuk membawa perjuangan maju ke hadapan.  Dan program ini mesti popular dan membawa masuk lebih kumpulan dan golongan.

4. Berani membuat reformasi dalam Kerajaaan Negeri

Kerajaan negeri PR mesti berani membuat perubahan.  Saya cukup menghormati MB sah Negeri Perak Nizar kerana beliau berani melakukan pilihan raya peringkat kampung dan keputusannya lebih 80% menyokong calon PR daripada BN. Dalam suasana ini, pilihanraya kerajaan tempatan, pada pandangan saya, akan membawa lebih manfaat kepada pembangkang. Dan jika BN menghalangnya, maka kita dengan jelas boleh menunjukkan BN anti demokrasi.  Tetapi nampaknya tiada keberanian politik untuk melaksanakannya di kalangan PR.

Dulu Kelantan memberi kerja lima hari, dan selepas itu Kerajaan Persekutuan yang mulanya kutuk program ini akhirnya setuju, dan terpaksa ikut Kelantan dan memberi kerja lebih 5 hari. PR juga harus juga melaksanakan sistem gaji minima di peringkat kerajaan negeri dan membuat program-program yang berani supaya rakyat dapat lihat perbezaan antara kerajaan BN dan PR.  Kerajan Pulau Pinang harus dipuji kerana berani membuat perubahan.

Begitu juga Selangor, di mana FOI bill diluluskan. Tetapi ia harus diikuti oleh negeri-negeri lain.  Resolusi ISA pula hanya dibentang di DUN Perak dan Selangor, bagimana dengan DUN-DUN lain. Mengapa tiada keseragaman.  Mengapa sistem tender yang diguna di Pulau Pinang tidak diguna di negeri lain PR atau FOI di Selangor tidak diikuti oleh negeri lain?

Jika Kerajaan Negeri membuat undang-undang baru yang membela golongan rakyat biasa dan membuka ruang demokrasi yang lebih luas, BN tercabar untuk ikut.  Jika mereka tidak ikut, ia memberi peluang kepada rakyat menilai.  Antara perkara lain yang boleh dibuat ialah dari segi program perumahan selesa, mengisytiharkan harta penjawat utama dan sebagainya. - S ARULCHELVAN

PRK Dun Galas >> Adakah UMNO akan lawan untuk kekalkan kuasa atau serah kuasa?


Soalan yang kedua adalah: Adakah UMNO akan hilang kuasa secara aman dan senyap, atau mereka akan lawan sehingga akhir untuk terus berkuasa?  Ini merupakan soalan yang jauh lebih susah untuk dijawab.

Jawapan untuk soalan ini bukan sahaja bergantung kepada kelemahana BN tetapi juga bergantung kepada kekuatan PR.  Ajaran daripada semua revolusi dunia yang berjaya dari revolusi agung kaum pekerja di Russia, kepada revolusi Cina, revolusi Cuba, Revolusi Iran termasuk juga Peoples Power (EDSA) di Filipina dan Gerakan reformasi di Indonesia menunjukkan bahawa apabila kuasa rakyat atau kuasa revolusi cukup kuat dan menyeluruh, maka tentangan yang paling minima dan pertumpahan darah yang paling minima akan berlaku.  Ini adalah keadaan di mana arus perubahan yang melanda terlalu besar dan momentum yang cukup gergasi sehingga mereka yang hendak menentang akan akur sahaja dan undur tanpa tentangan (walkover).

Untuk suasana sebegitu, PR mesti menjadi gerakan yang dapat lebih kurang 65 -70% sokongan rakyat.  Suasana ini belum wujud dan jauh daripada wujud buat masa kini. Keputusan pilihanraya beberapa pilihanraya lalu terkini menunjukkan bahawa UMNO masih mendapat sokongan orang Melayu, manakala sokongan orang India sedikit sudah kembali ke pangkuan BN, dan nampaknya hanya Kaum Cina yang cukup bersedia untuk menguburkan rejim lama.

Faktor kedua yang kita harus ambil tahu adalah faktor samada UMNO itu berwajah facisme atau menuju fasisme. Fasisme merupakan ideologi politik yang mempunyai beberapa ciri, antaranya ialah ia mempromosi satu bentuk nasionalisme yang ultra - yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat.  

Fasisme mementingkan perpaduan antara masyarakat bangsa yang sama.  Dalam situasi ini adalah perpaduan Melayu dan ideologi ini juga meliputi unsur-unsur nasionalisme, ketenteraan, korporatisme, totalitarianisme, antikomunisme dan antiliberalisme. Pengasah ideologi fasisme biasa dikaitkan dengan bekas pemimpin Itali, Benito Mussolini.

Adakah Najib menuju pemerintahan Fasis?

Justeru itu, kalau kita petik tujuh ciri fasis yang disimpulkan oleh ahli akedemik politik Laurence W Britt, dan kesimpulan Dzulkarnain yang terdapat dalam kertas yang disediakan oleh penganjur, maka tidak sah lagi ciri-ciri seperti - mempromosikan semangat kebangsaan atau patriotisme yang menjurus kepada perkauman; sokong pertubuhan perkauman seperti PERKASA; kebencian terhadap nilai dan hak asasi manusia; pencabulan hak asasi manusia; pengawalan ketat media massa;  penyalahgunaan institusi keselamatan Negara; dan pelaksana undang-undang iaitu agensi penguatkuasa dan kehakiman disalahgunakan; kepentingan kroni dan koporat dilindungi secara rapi; dan subsidi diteruskan kepada syarikat kroni; gejala kronisme dan rasuah berleluasa; pemberian kontrak dibuat tanpa ketelusan; dan akhirnya penipuan terancang dalam sistem pilihan raya.

Jika ini bermakna menuju fasisme maka tiada soalan lagi kecuali menyimpulkan bahawa Najib menuju kepada fasisme.  Kerana semua ciri-ciri ini dilaksanakan pada masa ini.

Namun demikian, suasana zaman Benito Mussolini jauh berbeza berbanding dengan zaman Najib Razak.  Najib berada dalam zaman ekonomi global kapitalisma di mana syarikat-syarikat MNC lebih kuat dari negara-negara berdaulat.  

Oleh yang demikian - fasisme akan membawa kepada keadaan iklim perniagaan yang tidak selesa.  Ini akan ditentang oleh puak peniaga kecuali jika Najib dan UMNO dapat mengimbangi suasana kuku besi dengan syurga pernigaan kepada kaum kapitalis.

Mungkin Najib boleh belajar dari Singapura beberapa tips.  Oleh yang demikian adalah satu halangan untuk Najib.  Sejauh manakah sistem kapitalis itu sendiri mahu menyokong Najib, atau mereka mahu mencari pengganti dalam bentuk PR?  Inilah berlaku di Indonesia apabila kaum peniaga merasakan peniagaan lebih baik di bawah pembangkang daripada di bawah Suharto.

Isu kedua: Sistem maklumat merupakan senjata yang paling berkesan hari ini.  Marx pernah berkata bahawa teknologi yang dibawa oleh kaum borjuis boleh digunakan balik terhadap golongan mereka sendiri.  Dalam suasana berbincangan kita hari ini, informasi maklumat tidak lagi menjadi monopoli BN dan parti pemerintah.  

Oleh yang demikian, keadaan maklumat yang penting dapat disalurkan.  Keadaan berbeza pada zaman dahulu dimana informasi dan maklumat menjadi monopoli satu golongan sahaja.

Faktor ketiga yang saya rasa cukup penting adalah sejauh mana PAS akan termakan umpan UMNO.  Hari ini saya ingin mengangkat topi nak tabik kepada PAS kerana sejak kebelakangan ini, PAS telah berkelakuan dengan penuh tanggungjawab dan penuh matang.  

Dulu semasa saya baca Harakah Bahasa Melayu dan kertas Harakah bahasa Inggeris yang ada di dalamnya, saya dapati Harakah Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mempunyai bau politik yang berbeza.  Satu untuk tarik orang Islam Melayu dan satu lagi untuk tarik orang bukan Melayu.  

Namun demikian, kebelakangan ini saya melihat bahawa kenyataan-kenyataan pemimpin PAS dan juga tulisan-tulisan pemimpin PAS cukup konsisten sekali, baik dalam Harakah bahasa Melayu mahupun Harakah bahasa Inggeris.

UMNO telah mencuba banyak isu-isu perpaduan Melayu, isu Ahli Parlimen Serdang yang masuk surau bagi bantuan, isu Kalimah Allah, isu penukaran agama dan isu pembakaran gereja.  Dalam semua ujian ini, PAS telah meperlihatkan satu imej yang cukup baik dan matang.  PAS tidak menari dengan nada dan muzik UMNO lagi.  Pendirian PAS semakin konsisten dan semakin dapat diterima oleh majoriti rakyat yang berbilang kaum.

Dulu setiap kali, isu Melayu dan Islam dipermainkan oleh UMNO, PAS terus mengambil satu posisi bersama UMNO dan ini dengan senangnya memecahkan perpaduan di kalangan pembangkang terutamanya dengan DAP.  

Tapi PAS hari ini berbeza dan mungkin dengan slogan PAS UNTUK SEMUA dan membolehkan orang bukan Islam menjadi ahli bersekutu PAS, maka PAS hari ini tidak lagi dapat memainkan peranannya sebagai kumpulan radikal atau fundamentalism Islam.  PAS harus tegas dan berani memperjuangkan konsep ini demi perpaduan pembangkang dan PR.

Selagi PAS di landasan yang tidak terjerat dengan umpan UMNO, selagi itu UMNO susah untuk memecahbelahkan perjuangan rakyat.  Saya juga ingin menegaskan perpaduan kaum dapat kita kekalkan hari ini, sebahagian besar adalah berpunca daripada sifat dan sikap PAS yang tidak memainkan sentiment kaum dan agama untuk sekadar popular sahaja. - S ARULCHELVAN

PRK Dun Galas >> Pastikan Umno akan tumbang dalam PRU-13


Ya, untuk soalan pertama, saya sesungguhnya percaya bahawa rejim UMNO-BN akan tumpas dan hilang kuasa. Hujah ini berlandaskan kepada realiti hukum alam dan saintifik. Mana-mana satu pemerintahan dan sistem tidak boleh memerintah sehingga akhir atau secara kekal. Perubahan pasti berlaku dari dalam (pereputan struktur dalaman) dan ditambah dengan tuntutan perubahan dari luar, pastinya UMNO tidak dapat bertahan lama.

Ahli Falsafah Hegel akan mengariskan ini sebagai hukum dialetiks iaitu pertembungan antara Tesis dan Anti-thesis.  Hari ini kita dapat melihat bahawa UMNO-Barisan Nasional semakin lemah dan semakin hari menghitung hari penguburannya.  UMNO-BN sudah hilang momentum politik, di mana pada satu masa kedudukan mereka seperti tidak boleh digoyang langsung, tetapi kini keadaan mereka semakin goyang.

Pada tahun 1969, Parti Perikatan menghadapi nasib yang sama, tetapi mereka berjaya hidup semula dengan "repackaging" baru dengan nama Barisan Nasional.  BN wujud setelah peristiwa berdarah 13 Mei, darurat dan penahanan beramai-ramai di bawah ISA. BN hidup semula dengan bergabung dengan parti pembangkang pada masa itu,  termasuk Parti GERAKAN, PAS dan PPP, dan ini telah memberikannya nafas baru kepada hegemoni UMNO untuk terus kekal dan memerintah selepas itu.

Kini BN menghadapi zaman kehancurannya sekali lagi.  Adakah UMNO BN akan cuba "repackaging" balik, dan siapakah yang akan tampil ke depan untuk menyelamatkan mereka?  Dua cadangan "repackaging" telah dikemukakan, iaitu:  satu, menjadikan BN satu parti pelbagai kaum (multiracial) diusulkan oleh PPP selepas Tsunami 2008 dan mendapat sokongan beberapa parti komponen BN termasuk Parti Gerakan, tetapi tidak direstui oleh UMNO.  Najib mahukan 1Malaysia tetapi tidak mahu 1Parti pelbagai kaum.

Kemudian adalah cubaan "repackaging" atas nama perpaduan Melayu dan Islam dengan kerjasama dengan PAS.  Di sini kita dapat lihat bagaimana media arus perdana diguna habis-habisan untuk membuat khawin paksa antara UMNO-PAS dan ini memang telah mengugat foundation(asas) Pakatan rakyat (PR).  Kalau bukan pendirian tegas diambil oleh beberapa pemimpim termasuk Tok Guru, kemungkinan UMNO dan BN akan dapat nafas baru.  

Tetapi cubaan itu gagal.  Dan cubaan pengabungan UMNO-PAS, bukan sahaja ditentang oleh DAP dan PKR, tetapi ia turut ditentang oleh komponen parti BN yang lain seperti MCA, Gerakan, MIC dan sebagainya.  PAS pula telah membuat perhimpunan Parti tergempar untuk memberikan komitmen ia masih bersama PR.

Oleh yang demikian, UMNO kini dalam dilemma yang paling serius dalam riwayat hidupnya.  Nak berkawan dengan PERKASA, komponen BN marah.  Nak menentang PERKASA, Mahathir dan penyokong UMNO yang ultra Melayu pula marah.  Oleh yang demikian, selagi UMNO gagal untuk "repackaging" baru, maka saya tidak dapat lihat bagaimana UMNO-BN akan pulih, dan saya meramalkan UMNO-BN akan hancur.  Saya juga tidak menolak kemungkinan parti komponen BN atau sebahagaian daripada parti komponen BN bertukar khemah dan menjadi ahli PR.

Dalam suasana kita menanti penguburan UMNO, kita jangan lupa bahawa MCA sudah mengatasi krisis kepimpinan, dan Samy Vellu akan bersara dari MIC. Adakah reformasi dalam MIC dan MCA dapat menyelamatkan BN dan UMNO sendiri?  Saya kurang yakin memandangkan rakyat Malaysia semakin muak dengan politik lama MCA dan MIC.

Namun adalah baik kita tidak meremehkan usaha yang dibuat oleh BN untuk kembali mendapat keyakinan rakyat.  Namun demikian, jika PR gagal ke Putrajaya, saya merasakan pihak yang harus disalahkan adalah PR sendiri yang gagal mengambil kesempatan yang ada.  Saya melihat musuh paling besar dalam PR ke arah menuju Putrajaya bukanlah sekadar UMNO-BN, tetapi ia juga adalah bagaimana PR mengurus diri mereka sendiri? - S ARUTCHELVAN