Presiden Muafakat Haji Ishak Surin mengetuai lafaz ikrar dan peristiharan Kampung Warisan bersama tujuh wakil kampung lain yang terbabit dalam perancangan DrafKL 2020.
CEO PNB Tan Sri Kamar Hamad Piah dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said antara tetamu besar yang hadir.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah (kiri depan) antara tetamu yang memberikan sokongan padu terhadap peristiharan Kampung Warisan.
Pak Samad memecahkan ais batu sebagai tanda pelancaran buku '150 Tahun: Tanah Pusaka Warisan Bangsa'.
Antara Urusetia Muafakat yang penuh semangat mempertahankan kampung mereka dari digodam DrafKL 2020.
Kumpulan Akaba mendendangkan karya 'Kami Waris Kampung Bandar Dalam'.
Sebagai protes terhadap minat kerajaan untuk mengambil-alih tanah-tanah berkenaan melalui DrafKL 2020, Majlis Permuafakatan Kampung Tradisi (Muafakat) mengistiharkan tujuh kampung tradisi Melayu terbabit sebagai Kampung Warisan.
Persitiharan dilafazkan oleh Pengerusi Muafakat, Ishak Surin sempena Dirgahayu Sambutan 150 Tahun Kampung Bandar Dalam, di Madrasah At-Tarbiyah dekat sini, Ahad lepas.
Tujuh kampung berkenaan ialah Kg. Bandar Dalam; Kg. Chubadak; Kg. Padang Balang; Kg. Sungai Merali; Kg. Puah; Kg. Sungai Mulia dan Kampung Changkat yang terbabit dalam projek pembangunan kerajaan Umno-BN melalui DrafKL 2020.
Ishak yang mengetuai lafaz perishtiharan dalam ucapannya berkata, tindakan peristiharan terpaksa dilakukan setelah semua langkah dan usaha diplomasi mereka tidak diendahkan pihak kerajaan.
"Kami harap sidang parlimen yang akan mula bersidang Isnin ini dapat menyelamatkan kampung kami. Setakat ini hanya janji mulut yang diucapkan kononnya semua kampung sudah dicabut keluar dari DrafKL 2020," katanya pada sidang media selepas itu.
Tegasnya, selagi tiada surat hitam putih dari pihak kerajaan, maka sukar bagi penduduk mempercayai janji manis dalam perkara ini. Mereka bimbang, jika tidak ditentang habis-habisan, DrafKL 2020 akan melenyapkan kampung tradisi itu.
Kampung yang berada di pinggir bandar itu akan dimajukan dengan pelbagai prasarana oleh kerajaan melalui DrafKL 2020, tetapi membelakangkan pandangan para pemilik tanah terbabit. Nilaian tanah berbilion RM ini, dipercayai menjadi daya tarikan pelabur untuk membangunkannya atas nama kormersial dan bukan untuk kenpentingan penduduk di sini.
Pada majlis gilang-gemilang yang dihadiri kira-kira 500 penduduk itu, mencatat sejarah apabila ramai tokoh-tokoh masyarakat hadir memberikan sokongan termasuklah Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said; CEO PNB, Tan Sri Kama Mat Piah; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; Ahli Parlimen Kubang Krian, Salahuddin Ayub; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh; Dr. Siti Zainon Ismail; wakil UIAM, Syakirin Ahmad; wakil Universiti Malaya, Dr. Peter Porgade, Pyan Habib dan ramai lagi.
Sebaik usai mendeklamasi puisi, Pak Samad melancarkan buku '150 Tahun: Tanah Pusaka Warisan Bangsa' dengan memecahkan ais batu berbentuk rumah Minangkabau, diiringi Ishak.
Terdahulu, Pak Samad terusik dengan bacaan doa khas oleh Ustaz Ahmad dengan berseloroh, "harap-harap mereka yang bertelinga satu dan lidah dua dapat mendengarnya".
Sebaik usai peristiharan bersama wakil tujuh kampung terbabit, Ishak memotong pulut kuning dan menghidangkannya kepada beberapa tetamu.
Kemudian beliau menandatangani plak peristiharan sebagai tanda semangat dan perjuangan para penduduk dalam menentang DrafKL 2020, mempertahankan kampung warisan mereka dari diceroboh oleh kerakusan kuasa dan ketamakan manusia.
Majlis bermula dengan perarakan bendera hitam dari pelbagai kampung menuju ke Mardrasah At-Tarbiyah. Persembahan Seni Silat Gayung oleh anak-anak kampung membuka majlis dan diikuti dengan bacaan al-Quran dua oleh pelajar dari Tahfiz Darul Furqan.
2 ulasan:
hermes handbags
nike shoes
stephen curry shoes
balenciaga sneakers
air max 2019
hermes belt
nike air max 270
balenciaga shoes
yeezy shoes
balenciaga shoes
high end replica bags h93 m3k31y1f43 replica bags online c44 w5o39w7f46 Ysl replica z31 l2w40q8n97
Catat Ulasan