KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 23, 2010

Pertahan Putrajaya, bukti Umno goyah dakwa Tok Guru Nik Aziz


MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak kenyataan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak yang menggesa agar seluruh ahli dan penyokong Umno bekerja keras mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah negara demokrasi,  kalau orang (rakyat) tidak mahu berikannya (sokongan) kepada dia (Umno) kita boleh kata apa?" ujarnya ketika dihubungi Harakah.

Tegasnya, Najib ketika menyatakan gesaan tersebut dalam nada tidak mempunyai apa-apa kekuatan dan kemampuan seolah-olah sedang berada dalam ketakutan lantaran perkembangan semasa rakyat yang menolak kuat Umno-BN.

"Berkemungkinan itu melambangkan beliau takut dengan kuasa rakyat. Beliau hanya boleh berkempen orang-orang dia untuk menguasai dia sahaja, dia tiada kuasa ke atas orang lain," katanya.

Dalam ucapan Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno di PWTC baru-baru ini, beliau menggesa agar seluruh kekuatan Umno dikerahkan bagi mempertahankan Putrajaya.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno itu tanpa mengimpas maksud dan kesan dari ucapan fanatiknya yang dilihat 'ganas' dan 'militan' oleh sesetengah pihak.

Tiada ulasan: