Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Oktober 21, 2010

Bina Sek Keb Sri Perak: Mana janji manis mu Muhyiddin Yassin?


ESOK Jumaat, 22 Oktober 2010, kira-kira jam 9.30 pagi, sekumpulan penduduk diiringi para pemimpin PAS Kawasan Batu akan mengadakan tunjuk perasaan dan melawat tapak pembinaan Sek. Keb. Sri Perak Bandar Baru Sentul seperti yang uar-uarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin awal tahun lalu. 

Sehingga kini, hanya pagar yang didirikan, tetapi tiada papan projek seperti lazimnya sejak pertengahan tahun ini di tapak yang sama ketika cadangan asal sekolah ini hendak di bina. 

Bagaimanapun, dua projek kecil yang melibatkan kepentingan penduduk Flat Sri Perak didapati terbengkalai. Satu projek Dewan Masyarakat Flat Sri perak yang sepatutnya telah disiapkan pada 20 September lalu tetapi sehingga kini tiada kerja-kerja dijalankan kecuali tapak pembinaan dipagar dengan zink.

Satu lagi projek ialah pembinaan kod badminton yang separuh siap dan kerja-kerja berkaitan telah terhenti sebelum Hari Raya Aidilfitri lagi. Orang ramai yang prihati oleh bersama-sama PAS Batu menyatakan bantahan terhadap janji manis pemimpin Umno-BN terhadap rakyat tetapi gagal ditunaikan. Bantahan akan diketuai YDP PAS Batu, Ishak Surin.

0 ulasan: