KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Oktober 17, 2010

Pelabur tak yakin selamat: Dunia tak percaya lagi sistem kehakiman negara!


PAS yakin isu-isu perundangan yang dilihat tempang dan tiada integriti di negara ini termasuklah kes perbicaraan liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan menjauhkan pelabur dari negara ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub memandang serius ingatan jutawan Britain, Sir Richard Branson pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur yang mengaitkan perbicaran liwat Anwar telah memberi reputasi buruk dunia terhadap Malaysia.

Katanya, apapun persepsi dunia, Anwar wajar diberi penghakiman yang telus, dan layak mendapat keadilan dari sistem kehakiman di negara ini, tanpa campurtangan politik pihak-pihak berkepentingan.

Isu kehakiman tempang dan pincang sudah dibuktikan melalui banyak kes termasuklah kes mata lebam yang mambabitkan Anwar, kes klip video VK Linggam, kes bakar bahan bukti video lucah DP Vanjendran, kes speaker Dun Perak yang disingkir, kes rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan lain-lain yang dapat dilihat, ujarnya.

Salahuddin berkata, para pelabur mahukan suasana yang kondusif dari sistem kehakiman yang adil dan telus agar dapat melindungi pelaburan mereka jika terjadi perkara yang tidak diingini.

Ini kerana, katanya lagi, pelaburan mereka besar dengan risiko yang tinggi. Jika tiada undang-undang yang melindungi mereka, atau sistem kehakiman pincang, sudah tentu ianya akan menakut pelabur untuk melabur. 

"Kalau rasuah bermaharaja lela, sudah tentu sistem kehakiman pun akan diterbabit. Hal ini dilihat oleh dunia dan pelabur. Sedangkan kadar rasuah meningkat dan gagal dibendung," tegas Salahuddin lagi. 

Terdahulu, Sir Richard Branson menegaskan Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara," katanya.

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara," kata Branson.

Peringatan Branson itu dibidas bertubi-tubi oleh penyokong kerajaan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya memilih untuk menyambut baik 'nasihat' jutawan itu.

Tiada ulasan: