Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomik Sedunia 2010-2011 yang melihat Malaysia jatuh dua tempat dari 24 menjadi 26 sungguhpun amaran Roadmap GTP Januari ini bahawa daya saing negara "semakin terhakis secara ketara dari negara paling berdaya saing ke-21 tiga tahun yang lepas menjadi tempat ke-24 sekarang".
Universiti-universiti Malaysia yang tersingkir dari Senarai 200 Universiti Terulung Sedunia samada dalam Times Higher Education World University Rankings 2010-11 atau QS World University Rankings 2010 atau Shanghai Jiao Tong University's 2010 yang menyenaraikan 500 universiti terulung sedunia untuk lapan tahun berturut-turut.
Semua ini bukannya petanda sebuah negara yang bersedia melonjak keluar dari perangkap pendapatan-menengah untuk mencapai status maju inklusif, sustainable dan berpendapatan tinggi dalam tahun 2020, tetapi menunjukkan sebuah negara yang semakin menuju ke tahap gagal atau muflis dalam tahun 2019 sebagaimana yang dijangkakan oleh Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala.
Seorang pemimpin veteran telah memberikan amaran bahawa, "It is time to wake up".
Kata beliau, "Tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia semakin mundur. Berbilion-bilion telah dicuri dari negara kita, berbilion-bilion lagi sedang dipindah keluar negara sementara seluruh struktur politik kita pecah berderai."
Mengikut amarannya bahawa rasuah merupakan ancaman paling serius sesebuah negara, beliau memperingatkan bahawa rasuah telah diinstitusikan di dalam sistem politik Malaysia dan sedang membinasakan kita.
Siapakah pemimpin veteran ini? Beliau kini merupakan ketua Pilihan Raya Kecil Galas Barisan Nasional, iaitu ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh (gambar kanan).
Adalah amaran beliau mengenai krisis pembangunan negara ini akan diberi perhatian oleh pihak yang berkuasa? Tentunya tidak - sama sepertimana Perdana Menteri tidak mempunyai semangat politik untuk melaksanakan NEM yang dilancarkannya sendiri pada 30 Mac untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju, berdaya saing dan suatu ekonomi berpendapatan tinggi yang berciri-ciri inklusif dan sustainable.
Sungguhpun nampaknya hebat dan canggih, bajet 2011 Najib ini sebenarnya bukan hasil NEM tetapi mengandungi segala petanda dasar-dasar ala-Mahathir lama yang terbukti usang yang mengakibatkan Malaysia kini terjerat pada tahap pendapatan menengah selama lebih satu dekad, menghalakan negara ini ke arah negara yang gagal dan muflis bila sampai tahun 2019.
Simbol Bajet 2011 dan ETP adalah Menara Warisan Merdeka 100-tingkat yang bernilai RM5 bilion, satu pengembalian ke zaman lama Mahathirisma yang obses dengan projek-projek mega.
Sekiranya Najib benar-benar berkomited untuk melancarkan Model Ekonomi Baru, berdasarkan transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan, bukankah lebih wajar untuk Malaysia cuba mencapai sasaran sebagai salah satu dari 20 negara, kalau bukan 10 negara, yang paling tidak korup di CPI TI atau memiliki 10 universiti yang disenaraikan dalam kumpulan 100 universiti paling ulung di dunia? - LIM KIT SIANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan