CUKUP kurang penulis politik tanahair menyentuh tentang perkembangan politik Sabah – khususnya politik dalaman Umno dan BN, yang sedang bergolak sekarang tetapi, seperti ia cuba untuk dijadikan ‘bangkai gajah mahu ditutup dengan tudung saji’.
Apa yang berlaku, sudah diketahui umum. Tetapi apakah sebenarnya kaitan perletakan keluar parti dan gembar-gembur krisis ini dengan pergolakan dalam yang lebih dahsyat?
Kata seorang bekas Adun dari Sabah, pernah sesiapa mendengar kenyataan secara terbuka dari Ketua Umno Bahagian Semporna, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Dato' Seri Musa Aman di peringkat Negeri Sabah?
Dari kata-katanya ini, membuktikan bahawa kepimpinan Musa Aman tidak aman dalam erti kata sebenar. Musa tidak dilihat sebagai pemimpin kepada semua di Sabah.
Atau, Musa seorang pemimpin yang terbaik buat masa ini, malangnya, ada orang lain yang teringin mengambil tempat Musa sekali gus mahu menghabiskan 'dinasti' Musa.
Dari catatan buku bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat, Musa adalah anak muda (suatu ketika dahulu) yang cukup berjasa kepada Umno di Sabah.
Jadi, jika hari ini Musa diangkat menjadi pemimpin di Sabah, ia bukan sahaja kerana Musa layak, tetapi kerana Musa memang disediakan untuk menjadi pemimpin di negeri itu.
Dari apa yang ditulis Allahyarham Mohamed Rahmat ini membuktikan, Musa sepatutnya diterima dengan mudah oleh semua orang Umno dan BN di Sabah, tetapi ada yang tidak memerlukan Musa.
Khabarnya, Musa tentunya tidak disenangi kerana dari segi senioriti, mungkin Shafie merasakan dia lebih kanan dari Musa. Mungkin juga, Musa tidak datang dari kalangan 'kumpulan' Tun Sakaran Dandai, orang lama dalam Usno dan pemimpin lagenda Sabah.
Kehadiran Musa, sedikit sebanyak menghabiskan rantaian bekas pemimpin Usno yang kanan, termasuk Dato' Seri Osu Sukam. Namun, Osu yang juga bekas Ketua Menteri dan bekas Ketua Umno Bahagian Papar dikatakan menyokong kepimpinan Musa yang juga menyebabkan orang-orang dari rantaian Tun Sakaran kurang menyenanginya.
Bilakah agaknya orang-orang Umno dan penyokong BN di Sabah akan mendengar pengumuman rasmi dari Shafie mengatakan dia menyokong kepimpinan Musa di Sabah?
Selagi Shafie merasakan dia lebih ‘besar’ dari Musa di Sabah, kerana dia adalah Naib Presiden Umno dan Musa hanya Ahli MT Umno, perang dingin yang membawa perpecahan akan terus berlaku di Sabah.
Politik Sabah cukup menarik dan berwarna-warni. Dato' Abdul Ghafur Salleh pernah menolak jawatan Timbalan Menteri apabila ditawarkan oleh Perdana Menteri (PM) ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdul Ghafur juga dikatakan pernah bercadang mahu mengosongkan kerusi Parlimen Kalabakan yang dimenanginya apabila ada dakwaan mengatakan dia salah seorang Anggota Parlimen BN yang dijangka menyeberang ke Pakatan Rakyat pada 16 September 2009 yang lalu.
Begitu juga Anifah Aman. Dia pernah menolak perlantikannya sebagai Timbalan Menteri oleh Abdullah.
Ragam mereka dari Sabah ini menyebabkan PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pening sebaik sahaja mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri. Walaupun tawaran tidak diberikan kepada Abdul Ghafur, Anifah dijadikan Menteri Luar.
Dengan senang hati Anifah menerimanya. Kata budak-budak kampung dari Tawau, “oh! Rupa-rupanya Anifah mahu menjadi Menteri itulah sebab dia menolak jawatan Timbalan Menteri”.
Najib sedar, sumbangan kerusi Parlimen dari Sabah menjadikan BN terus menerajui kerajaan Pusat. Itulah sebabnya, ramai pemimpin dari Sabah diberikan jawatan penting termasuk Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Anifah, Shafie, Maximus Ongkili dan Tan Sri Benard Dompok dilantik menjadi Menteri selain ramai di kerusi Timbalan Menteri, termasuk Abdul Rahim Bakri dan Lajim Ukin.
Seperti MCA dan Gerakan yang mula ‘demanding’, beberapa parti rakan kongsi BN di Sabah juga begitu. Mereka mula meminta ‘perhatian lebih’ dari Pusat jika mahukan sokongan.
Itulah sebabnya, ketika menyampaikan ucapan ketika Hari Malaysia di Kota Kinabalu, 90 peratus dari kandungan ucapan Najib hanya bercakap mengenai Sabah dan sejarahnya, meninggalkan hanya 10 peratus sahaja sumbangan Semenanjung.
Sambil mengesahkan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan ‘simpanan tetap BN’, khabarnya Najib tetap risau dengan perkembangan politik di Sabah.
Najib mungkin boleh ‘mengawal’ Shafie kerana Shafie memang budaknya tetapi kenapakah Najib masih buat-buat tidak sedar bahawa hubungan Musa-Shafie bermasalah?
Rasa tidak puashati rakan-rakan komponen di Sabah apabila sistem giliran Ketua Menteri dihentikan tetap ada. Arkitek meletakkan kerusi Umno menguasai 51 peratus dari kerusi-kerusi lain di Sabah adalah Osu, ketika dia menjadi Menteri Kewangan Sabah.
Hari ini, khabarnya Osu pun sudah tidak didatangi mana-mana pemimpin Umno Sabah, kerana masing-masing merasakan mereka sudah cukup selesa, tanpa ada sistem giliran.
Lama mana sistem yang ada sekarang mampu bertahan, hanya akan dapat dijawab selepas PRU 13 akan datang. Pertelingkahan yang berlaku, sama ada dalam Umno sendiri mahupun dalam BN, sedaya upaya memang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum.
Namun, rasa tidak puashati termasuk mereka yang memegang lesen kontraktor tetap ada, hingga ada yang membuat tuduhan bahawa di Sabah tidak ada GLC – Syarikat Kaitan Kerajaan, sebaliknya yang ada ialah ‘MLC’ iaitu ‘Syarikat Kaitan Musa’.
Ini mungkin dakwaan. Ini mungkin tuduhan dan ini mungkin cakap-cakap mereka yang tidak pernah berpuashati, tetapi mustahil tidak ada sedikit pun kebenaran apa yang didakwa, termasuklah dakwaan mengatakan hubungan antara Musa dengan Shafie memang tidak baik langsung.
Kata mereka yang sering bercakap mengenai politik Sabah, berat sangatkah untuk Shafie membuat satu kenyataan secara terbuka bahawa dia menyokong kepimpinan Musa di peringkat negeri, kerana Musa adalah Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri? - SAFAR JUMAAT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan