Pemangku Yang DiPertua Pertubuhan Anak-Anak Melayu Selangor/Wilayah Persekutuan (PAMSWP), Mohd Said Abdul Hamid.
Ishak melafazkan ikrar dan peristiharan tujuh kampung tradisi yang terlibat dengan perancangan DrafKL 2020 sebagai Kampung Warisan.
Memotong "Pulut Kuning" sebagai tanda kejayaan dan penerusan perjuangan menghalau "hantu-hantu" DrafKL 2020 dari tujuh kampung berkenaan.
Ishak menurunkan tandatangan atas plak Peristiharan Kampung Warisan disaksikan oleh lebih 500 penduduk dan para tetamu jemputan.
PERISYTIHARAN tujuh kampung yang menjadi mangsa godaman DrafKL 2020 oleh Majlis Permuafakatan Kampung Tradisi Melayu (Muafakat) Ahad lalu sebagai "Kampung Warisan", memberi tamparan hebat kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar; serta Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Perisytiharan ini, sekaligus mencabar pihak berkenaan dan memberi isyarat kepada mereka agar tidak mempersendakan kampung warisan yang cuba diambil kesempatan pihak tertentu bagi mengaut keuntungan dari hasil pembangunan yang dirancang.
Ketika menegaskan perkara ini, Pemangku Yang DiPertua Pertubuhan Anak-Anak Melayu Selangor/Wilayah Persekutuan (PAMSWP), Mohd Said Abdul Hamid terus mengingatkan para pemilik tanah di tujuh kampung berkenaan agar mendapatkan surat rasmi 'hitam-putih' dari Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mewakili Kerajaan Persekutuan, jika benar semua kampung tersebut sudah dikeluarkan dari perancangan DrafKL 2020 seperti didakwa sesetengah pihak.
Dalam DrafKL 2020 yang akan diwartakan pada sidang Parlimen ini, sebanyak tujuh kampung tradisi 'dipaksa' menerima segala perancangan yang diatur tanpa membabitkan pandangan para pemilik tanah.
Kampung tersebut ialah Kg Chubadak, Kg Padang Balang, Kg Sungai Merali, Kg Puah, Kg Sungai Mulia, Kg Bandar Dalam Hilir dan Kg Puah Seberang.
"Jika semua kampung dah dikeluarkan dari DrafKL 2020, patutnya Menteri Wilayah boleh umum dan uar-uarkan kepada penduduk. Tak payah takut-takut. Kenapa ini tak berlaku? Kenapa Ketua Pengarah DBKL pula yang kata, isu kampung ini dah selesai?" soal beliau.
Tegasnya, janji-janji lisan bukanlah dokumentasi profesional sebaliknya surat rasmi dari pihak berkuasa penting dalam perkara ini, bagi menentukan status tanah dan status projek berkenaan.
Mohd Said berkata Pertubuhan Anak-Anak Melayu Selangor/Wilayah Persekutuan menyokong penuh peristiharan tujuh kampung sebagai 'Kampung Warisan' yang diumumkan oleh Pengerusi Muafakat, Ishak Surin bersempena 'Sambutan 150 Tahun Kg. Bandar Dalam' di Madrasah At-Tarbiyah, 10 Oktober lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan