KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Oktober 20, 2010

Pemuda PAS lancar "HarakahMuda" sebagai media baru liputan langsung politik terkini

MEMANFAAT keperluan IT dan mendepani cabaran era globalisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia kini memiliki "Media Baru"nya yang tersendiri apabila mengambil satu ruang di tengah-tengah persaingan laman sosial facebook yang semakin popular mutakhir ini.

HarakahMuda yang menjadi salah satu media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia insyaallah akan dilancarkan secara rasmi sedikit masa kelak.

Media ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat, berita mengenai gerakkerja DPP di semua peringkat, artikel politik, bicara agama, nota tarbiyyah serta peraturan dan arahan tindakan semasa.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan 100 ribu pengunjung tetap menjelang 30 December ini. Insyaallah, tidak mustahil HarakahMuda akan menerima kunjungan dan pembaca tetap lebih dari sejuta dalam tempoh setahun ini. 

Ia bergantung kepada keupayaan admin dan krew Harakah Muda untuk memastikan Harakah Muda menjadi satu lagi Media Alternatif untuk menyebarkan maklumat dan fikrah Islami yang tulen ke tengah-tengah masyarakat.

HarakahMuda boleh dikunjungi dan disertai di jalur (http://www.facebook.com/HarakahMuda) dan sebarang maklumat dan perkongsian berita, artikel dan lainnya boleh terus ke emailnya (harakahmuda@yahoo.com).

Sokongan dari semua anggota dan penyokong Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat di alu-alukan agar HarakahMuda dengan slogannya (HarakahMuda: Informasi untuk semua) akan terus aktif sebagai media alternatif khususnya dalam usaha membina minda mendekati generasi muda negara.

Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim, saya lepaskan bahtera Media Baru Dewan Pemuda PAS yang bernama "HarakahMuda" ke tengah-tengah persaingan dunia maklumat agar mampu membawa agenda perubahan "menjernihkan fikrah dan mensucikan minda ummah" sehingga tegaklah kebenaran dan tumbanglah kebathilan.

Tentunya orientasi HarakahMuda mengutamakan "ketepatan maklumat dan menjauhi fitnah". Ianya turut akan menyiarkan gerakkerja Dewan Pemuda PAS negeri, kawasan dan cawangan. Sementara itu, HarakahMuda dengan ini turut diisytihar sebagai menjadi lidah rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia.- USTAZ NASRUDDIN HASSAN

Tiada ulasan: