KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Oktober 17, 2010

PAS ditubuh sebagai memenuhi perintah Allah - Tok Guru Abdul Hadi Awang


PAS ditubuhkan bukan secara sepontan sebaliknya memenuhi perintah dari Allah SWT yang menjadi mata rantai perjuangan Islam yang tidak putus dengan wafatnya Nabi akhir zaman Muhamad SAW, tegas Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Kita (umat Islam) perlu menyedari bahawa pemuda wajib mengenali perjuangan kita (Islam) sendiri iaitu perjuangan Islam yang didokong oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 

"Selepas wafatnya Nabi Muhamad SAW yang menyambung perjuangan ini (Islam) ialah kumpulan Islam yang dinamakan 'Hizbullah' parti yang menegakkan ajaran Allah, yang dinamakan 'Jama‘atul  Muslimin' kumpulan orang Islam dan yang dinamakan 'Toifah' satu puak di kalangan orang-orang Islam yang dinamakan 'ummah' di kalangan ummah,” jelasnya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi,  perjuangan Islam itu mestilah memenuhi ciri-ciri serta acuan yang ditetapkan oleh Allah SWT yang tidak boleh direka atau dibuat-buat. Beliau turut mengingatkan bahawa peranan golongan muda sangat penting dalam mana-mana perjuangan.

Justeru itu, katanya semua pihak termasuk perjuangan sekular mahukan golongan pemuda bagi menegakkan ideologi masing-masing. 

"Peranan pemuda dalam perjuangan (Islam) merupakan satu sayap yang sangat penting. Ianya, bukan sahaja untuk perjuangan Islam tetapi termasuk perjuangan sekular yang ingin menegakkan ideologi masing-masing. Pemuda diberi peranan untuk mempertahankan negara, peranan untuk memerdekakan negara dan peranan untuk mengisi kemerdekaan dalam negara masing-masing," tegas bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS 2010 Peringkat Kebangsaan di Masjid Rusila, Marang, pada 1 Oktober lalu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Islam juga meletakkan kumpulan pemuda sebagai kumpulan yang sangat penting dalam perjuangannya. Katanya, setiap orang Islam pula wajib mengenali perjuangan Islam yang kini didokongi oleh PAS.

Justeru itu, kata Ustaz Abdul Hadi selepas kewafatan Nabi Muhamad SAW yang menyambung perjuangan I slam adalah kumpulan Islam.Sebab itu, katanya Allah SWT meletakkan agenda tarbiyah sangat penting kepada perjuangan ini sebagaimana dilakukan oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul. 

"Cahaya Islam berkembang di seluruh pelusuk dunia. Lahirnya, parti-parti Islam termasuk PAS adalah 'mata rantai' kepada perjuangan Islam.

Allah SWT, menjadikan perjuangan Islam ini mesti melalui tarbiyah dan tidak diberi kemenangan dengan percuma. Allah menjadikan urusan manusia mesti melalui ilmu dan tarbiyah. 

1 ulasan:

Cheguman berkata...

kebetulan penubuhan PAS memberi faedah pada Inggeris, maka kelulusannya dipercepatkan.