KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Oktober 17, 2010

Kerajaan Umno-BN cemas, anggap kartun Zunar ancam keselamatan negara


Penangkapan kartunis politik, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar pada 24 September dipercayai merupakan cubaan pihak kerajaan Umno-BN untuk menghentikan kritikan beliau dalam versi kartun.

Zunar berkata pihaknya sedang berbincang untuk mengenakan saman ke atas pihak polis dan Kerajaan Malaysia berhubung penangkapan yang berlaku pada 24 September lalu.

"Saya sedang berbincang dengan peguam untuk mengenakan saman ke atas polis dan kerajaan kerana kesilapan melakukan tangkapan sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku," ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah anjuran PAS Kawasan Batu di perkarangan Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Rabu lalu.

Hal tersebut tegasnya menunjukkan tindakan polis itu tidak mengikut undang-undang. Mengulas lanjut mengenai tangkapan terhadapnya, Zunar yang didakwa di bawah Akta Hasutan mengaku tidak mengetahui langsung motif utama penahanan beliau.

"Saya tidak dimaklumkan ketika ditangkap tetapi saya telah dibebaskan lebih awal iaitu sebelum berlakunya soal jawab dan sesi siasatan," katanya yang dibebaskan dua hari selepas itu.

Beliau turut memberitahu maklumat terbaru mengenai penjualan karya terbarunya,'Cartoon-o-Phobia' Zunar bersyukur dengan sambutan positif yang diterima ekoran penangkapan tersebut yang secara tidak langsung membantu urusan promosi.

"Berdasarkan respon yang diterima daripada tempahan, Alhamdulillah semakin bertambah kerana rakyat menjadi semakin hendak tahu mengenai isi kandungannya selepas saya ditangkap semasa hari ianya dilancarkan," ujarnya.

Karya Zunar telah dimasukkan ke Muzium Kartun Indonesia dalam satu kunjungannya ke Bali baru-baru ini. Pada majlis ini, Zunar turut menurunkan tandatangannya kepada setiap buku kartun karyanya yang dibeli oleh peminatnya.

Zunar juga turut menghadiahkan senaskah buku "Cartoon-O-Phobia" kepada Setiausaha PAS Kawasan Batu sebagai cenderamata atas undangan ceramah. Lebih 500 orang hadir. Turut berceramah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Adun DAP Teratai, Janice Lee; dan YDP PAS Batu, Ishak Surin. Majlis dipengerusikan oleh NYDP PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam.

Tiada ulasan: