KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Oktober 17, 2010

5 Soalan Panas >> Lepas geram kepada Harakah - Dr Lo'Lo Mohd Ghazali


KETIKA berbicara, suaranya bersahaja. Namun setiap bicaranya di utarakan dijawab dengan jujur. Wartawan Harakah, ROY RASUL menerjah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali dengan 5 Soalan Panas. Diulas dengan penuh semangat tanpa selindung, beliau menjawab dan menegaskan. Ikuti bait-bait jawapan beliau.

1. Sebelum ini YB banyak berbalah dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dato' Raja Nong Chik. Sempena bulan Syawal yang mulia ini tidakkah ada perasaaan Dr. memaafkan dia?

DR. LO'LO' MOHD GHAZALI: Tak tahulah sebab tidak ada minta maaf pun. Cuma saya ada terima kad hari raya daripada Raja Nong Chik. Itu sahaja. Bermaaf-maafan tak adalah. Lagipun tidak ada komunikasi antara saya denga dia.

2. Mengapa akhbar Harakah sering menjadi sasaran YB untuk melepaskan geram dengan menuduh Harakah tidak buat liputan terhadap program-program YB. Sedangkan banyak maklumat tidak sampai ke meja Harakah sendiri...

Melepaskan geram? Itu tak tepat. Perkataan yang you guna itu tidak tepat. Bukan masalah geram. Masalahnya, saya buat program walaupun saya duduk di parlimen Titiwangsa sendiri tetapi liputan Harakah sangat kurang. Kalau menurut staff saya mereka sudah email kepada Harakah, bagaimana pun saya tidak pasti sebenarnya siapa? Emeil umum Harakah itu siapa yang menerimanya dan melihatnya. Kadang-kadang saya terpaksa pergi melalui Ketua Pengarang Harakah, Lutfi Othman walaupun dia bercuti ataupun terus kepada petugas lain. Buat macam itu baharulah berita saya keluar. Kalau tidak memang tidak ada pun. Kadang-kadang saya panggil pun tidak datang. Akhbar Sinar Harian lebih kerap cover berita saya berbanding Harakah. Saya tidaklah mengharapkan setiap  program saya mesti  ada keluar tetapi kadang-kadang sampai tidak keluar langsung. Contohnya pada bulan Ramadan lalu tidak ada satu program saya yang dapat liputan daripada Harakah. Itulah sebabnya.

3. YB antara ahli parlimen yang dikatakan banyak mempunyai pembantu (PA). Mengapa maklumat yang YB beri kepada mereka tidak sampai kepada Harakah. Kami telah check emel memang tak ada sebarang pemberitahuan tentang program...

Sekarang ini saya ada dua orang PA sahaja malah sejak beberapa bulan yang lalu saya hanya ada dua PA. Siapa kata banyak? Yang ada itu hanya Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) kawasan-kawasan. Mereka ini juga bagi komitmen tetapi mungkin juga mereka sampai maklumat melalui individu. Misalnya mereka mungkin sampaikan maklumat itu terus kepada Pengarang Harakah, Taufik Yahya. Di Harakahdaily pula mungkin melalui Zulkifli Sulong. Kalau bagi email umum misalnya kemungkinan besar biasanya tidak ada perhatian daripada pihak Harakah. Jadi mungkin kakitangan saya silap kerana mereka tidak terus kepada wartawan-wartawan tertentu.

4. Dalam projek cadangan pembangunan semula Kampung Baru YB turut dihentam oleh penduduk Kampung Baru kononnya hanya pandai bercakap tetapi kerjanya tidak buat. Tidakkah YB panas telinga mendengarnya?

Saya tidak hairan kalau orang tuduh macam itu. Sebab orang Umno memang dia menuduh macam itu. Kita buat kerja apa pun dia tetap akan tuduh kita tidak buat kerja. Dari segi realitinya memang saya yang bawa isu-isu Kampung Baru itu. Sekarang ini kalau mereka hendak menyokong perbadanan itu sokonglah. Sebab suara orang Kampung Baru memang tidak ada dalam perbadanan itu. Ia tidak melibat wakil daripada Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS). Sedangkan MAS itu wakilnya orang Kampung Baru. Jadi kita tidak tahu siapa yang duduk dalam perbadanan itu. Tidak dimaklumkan. Keesokaannya dibentangkan dalam parlimen. Ini kerja yang saya buat. Daripada hari awal saya memegang jawatan Ahli Perlimen Titiwangsa, saya menangani isu Kampung Baru dan tidak timbul masalah saya sekadar bercakap sahaja. Memanglah dalam parlimen saya kena bercakaplah dan sebagai seorang ahli parlimen kerja saya bercakap dalam parlimen. Saya bukan menteri.  Saya tidak ada kuasa untuk menentukan atau buat keputusan. Saya memberi cadangan, membawa suara orang Kampung Baru. Kalau menteri... beliau ada kuasa sedangkan saya hanya membawa suara.

5. Umum mengetahui  YB kurang sihat. Adakah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, YB akan bertanding lagi...

Wallahuaklam... satu perkara yang tidak tentu lagi. Mati pun kita tidak tahu lagi masa itu. Saya berserah. Tunggu masa sahajalah. 

Tiada ulasan: