KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Oktober 19, 2010

Mengapa Firtlady Malaysia hanya disokong oleh negara dunia ketiga?

YB Zailah Mohd Yusoff (bertudung hitam) antara wakil rakyat yang patut menerima jutaan pujian atas kegigihannya membantu rakyat dengan terlibat sepenuh masa menyantuni mereka secara langsung di Parlimen Rantau Panjang tanpa mengira status dan keadaan.

TIMBUL tanda tanya di kotak fikiran rakyat, kenapa First Lady dari negara Asean tidak dijemput ke  Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama yang dijadualkan berlangsung di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, dekat Kuala Lumpur.

Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuff, ia seolah-olah menunjukkan Datin Seri Rosmah Mansor yang kononnya First Lady Malaysia hanya mendapat sokongan daripada wanita-wanita daripada negara dunia ketiga.

"Ini sekaligus memberi gambaran negara maju dan membangun tidak mengiktiraf beliau sebagai First Lady Malaysia. Di sini juga membuatkan kita tertanya-tanya hala tuju serta tujuan program ini dibuat," katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Seramai 15 Wanita Pertama menghadiri Sidang Kemuncak dengan tema "Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok" yang diadakan buat julung kali, turut dihadiri enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

Perbincangan panel membabitkan lima Wanita Pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia. 

Sidang Kemuncak Wanita Pertama 2010 yang merupakan inisiatif isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Siti Zailah kesal sewaktu rakyat sedang bertarung dengan kenaikan harga barang, isteri pembesar negara mengadakan program yang agak 'gah' dan membazirkan wang negara semata-mata  untuk meraih populariti.

Beliau kecewa kerana sidang kemuncak itu tidak menampakkan manfaat yang akan diperoleh rakyat negara ini sementelah ia hanya membabitkan perwakilan wanita dari negara-negara dunia ketiga.

"Jutaan ringgit terpaksa dihabiskan untuk sidang ini. Sedangkan dalam masa yang sama pelbagai sekatan peruntukan dibuat kepada kementerian terutamanya Kementerian Pelajaran.

"Apakah Rosmah tidak melihat nasib para pelajar yang sedang belajar di sekolah apabila pelbagai potongan dan halangan peruntukkan dilakukan terhadap Kementerian Pelajaran?" tegas beliau.

Siti Zailah berkata, program seumpama itu seharusnya disertai wanita dari negara Asean serta menjadikan penyelesaian permasalahan wanita serta pembangunan wanita dalam rumpun Asean sebagai perhatian atau agenda utama persidangan tersebut.

Katanya lagi, jika penyertaan tersebut hanya melibatkan negara dunia ketiga, sudah tentu  perwakilan negara tersebut gagal menyelami permasalahan yang berlaku di negara-negara Asean.

Siti Zailah yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut menegaskan rakyat ingin melihat kepimpinan negara yang bukan hanya bersandarkan populariti semata-mata tetapi mempunyai satu agenda khusus yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhannnya.

Selain itu katanya, sehingga kini rakyat seluruh negara masih mempersoal serta mempertikaikan siapakah 'wanita pertama negara' mengikut perlembagaan sebenarnya kerana mengikut pakar undang-undang, 'wanita pertama negara' adalah Permaisuri Agung.

Tiada ulasan: