KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 23, 2010

Santai >> Kelantan yang dikuasai PAS tetap jadi pilihan Habib Jawel


SYARIKAT barang kemas terkenal, Habib Jewels bukan sahaja telah membuka kedai emasnya di Kelantan, sebaliknya menjadikan kilang emas di negeri itu sebagai kilang terbesar miliknya.

Selepas berjaya dalam bidang perhotelan di Kelantan, yang dipilih untuk projek pertamanya itu, Habib Jewels turut menjadikan kilang emasnya di negeri ini sebagai pusat utama berbanding yang sedia ada di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan syarikat terbabit, Dato' Meer Sadik Habib, pada sidang medianya memberitahu Kelantan dipilih untuk dijadikan kilang terbesar syarikat itu memandangkan ramai pelanggannya terdapat di negeri itu.

Pada masa yang sama, menurutnya masyarakat Kelantan yang terkenal dengan sifat keseniannya, akan memudahkan kerja membentuk emas. Sambungnya, walaupun kedai emas dibuka secara rasmi pada 14 Oktober lalu, namun kilang emas telah lama beroperasi.

"Permulaan perniagaan kami yang dasaskan oleh ayah sekitar akhir tahun 50-an, wanita Kelantan lebih ramai membeli barang kemas dari kami di Pulau Pinang berbanding negeri lain.Keadaan itu masih kekal hingga ke hari ini di mana ramai antara mereka telah membuka kedai emas sendiri dan masih ada yang berniaga dari rumah ke rumah.

"Dengan adanya kedai emas dan kilang kami di sini, peniaga Kelantan khususnya tidak perlu lagi ke Pulau Pinang atau Kuala Lumpur," ujarnya. Tambahnya, dengan cara ini mereka akan dapat menjimatkan kos dan masa.

Kedai Emas Habib di Kelantan merupakan cawangannya yang ke 21, manakala pekerja di kilangnya terdiri dari penduduk Kelantan hampir 100 orang. Tenaga pelatih dalam reka bentuk pula seramai empat orang yang diundang khas dari Hong Kong.

Sempena pembukaan kedai emas itu baru-baru ini, Dato' Habib Mohamed (gambar) turut hadir untuk bertemu rakan perniagaannya yang sudah dikenali sejak awal tahun 60-an.  Hadir sama Pengurus Besar Habib, Abdul Razak Abdul Kader.

Tidak kurang 500 orang pelanggan yang terdiri dari peniaga emas dan individu menyerbu kedai emas berkenaan. - SALMAH MAT HUSAIN