Tiga ekor kambing panggang gamit pengunjung.
Dato' Mustapha Ali menyampaikan ucapan ringkas Aidilfitri.
Mahfuz dan Ustaz Abdul Halim serta tetamu lain menunggu hirisan kambing oleh petugas.
Anak-anak yatim turut menikmati satay yang disediakan.
Pyan Habib tak lepaskan juadah kambing panggang.
Tahun ini Bakkah menyediakan tiga ekor kambing panggang untuk para peminat Harakah.
Mahfuz membelek-belek dan memusing-musing seekor kambing yang dipanggang.
Tarmizi sibuk mengambil gambar para tetamu yang hadir.
Tiga srikandi Bakkah, Salmiyah Harun (belakang) Anis Nazri (tdung coklat) dan Norizan Ibrahim (kanan) sibuk menyiapkan hidangan untuk para tetamu.
Antara tetamu yang hadir termasuk Zulkifli Sulong.
Antara tetamu yang hadir Husni Abbas (Setiausaha GMP), Syairi (Editor Astro Awani), Pyanhabib Abdul Rahman (penyajak tersohor) dan Tarmizi.
Pengerusi Harakah diiringi Tarmizi dan Salmiyah menyampaikan sumbnagan dan duit raya kepada anak-anak yatim.
KALAU dahulu, sebut sahaja lauk berasaskan kambing, ramai yang tidak gemar. Berbau hamis dan 'darah tinggi'. Tak tahan, kata mereka. Tetapi, hari ini menu kambing, jadi tarikan 'mengancam' sesiapa saja. Tambah-tambah lagi kambing panggang yang dimakan dengan salad, mayonis serta sos lada hitam.
Tahun ini, kambing panggang tetap menjadi menu popular Rumah Terbuka Aidilfitri Harakah. Ia dianjur oleh Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah).
Harakah-Bakkah menyediakan tiga ekor kambing panggang tahun ini. Ia sungguh menggiurkan dan tak hairanlah, banyak rumah terbuka tahun ini menyajikan kambing panggang.
Seperti yang diduga, kambing panggang tetap menjadi tumpuan pengunjung. Sebaik dihidang, berderet para tetamu tak sabar-sabar untuk menikmatinya. Ini menyebabkan juadah itu habis tidak sampai sejam. Kesian mereka lewat, tak dapat menjamahnya.
Selain kambing, pelbagai menu lain disediakan antaranya nasi minyak dan nasi putih, daging kurma, ayam goreng berempah, dan acar rampai.
Makanan tradisi hari raya seperti satay, kuah kacang, nasi impit, lemang, rendang, kuih muih dan rojak buah tetap disajikan bagi mengimbau noistalgia hari raya.
Tidak lupa juga minuman sejuk disediakan. Teh tarik 'kaw' tetap jadi pilihan kepada mereka yang suka 'mengeteh'.
Seperti biasa, rumah terbuka diadakan di perkarangan Pejabat Editorial Harakah bersebelahan Koperasi Tentera di Jalan Pahang Barat.
Sambutan luar biasa di kalangan jiran-jiran sekitarnya termasuklah warga Korperasi Tentera, amat mengejutkan. Merekalah di antara tetamu yang terawal. Majlis dimulakan jam 12.00 tengah hari dengan bacaan doa selamat oleh Exco Bakkah, Nazri Abdullah.
Presiden Bakkah, Tarmizi Mohd Jam dan Exco tidak menang tangan melayan tetamu yang berduyun-duyun membanjiri lima khemah yang disediakan. Kolumnis Harakah, Subky Latif antara tetamu paling awal muncul. Diikuti Naib Presiden, Dato Mahfuz Omar dan Dato' Abdul Halim Abdul Rahman dan Ustaz Idris Ahmad.
Pengerusi Harakah Dato' Mustafa Ali datang lewat. Begitu juga Pengarah Urusan Harakah, Dato Kamarudin Jaffar dan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Hadir juga Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar dan Setiausaha Agung PRM, Koh Swee Yong. Ramai yang hadir memeriahkan majlis itu.
Dalam ucapan ringkas Mustafa dan Mahfuz, mereka berharap majlis seumpama itu diteruskan tahun-tahun akan datang. Selain dapat beramah mesra, majlis itu dapat mampu mengikat ukhuwah di kalangan kakitangan Harakah dengan para peminatnya.
Kira-kira 20 anak yatim dari Sekolah Agama Al Jami'ah Air Panas Setapak disantuni. Mereka mendapat cenderahati dan duit raya daripada Harakah, yang disampaikan oleh Mustafa dan Presiden Bakkah, Tarmizi Mohd Jam.
Tidak ketinggalan memeriahkan majlis, beberapa karyawan dan tokoh bahasa antaranya Husni Abbas, Kassim Ahmad, Razali Endun, Shukor Harun, Pyan Habib dan ramai lain lagi.
Kehadiran lebih 500 tetamu cukup dihargai walaupun ramai di kalangan mereka tidak dapat menjamu selera kerana kehadiran di luar jangkaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan