KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 23, 2010

Mohd Sabu, Teo, Pyanhabib di Markaz PAS Taman Melewar 27 Oktober 2010

BEKAS Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (gambar kiri) akan menghujahkan Bajet 2011 yang dibentang oleh Perdana Menteri, 15 Oktober lalu dalam satu ceramah "Antara Galas dan Bajet Seluar Dalam". 

Program anjuran PAS Kawasan Batu ini, akan diadakan pada Rabu, 27 Oktober jam 9.30 malam di perkarangan Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Ia akan dimeriahkan lagi oleh deklemasi sajak oleh penyajak tersohor tanahair, Pyanhabib Abdul Rahman dengan dua sajak yang sarat dengan kritikan tajam. Demikian dimaklumkan oleh Ketua Peneranganya, Jamhur Nawawi kepada Harakah. 

Teo yang dikenali YB Surau pada malam itu, dijadualkan akan melancarkan Facebook PAS Kawasan Batu sebagai media baru untuk semua berinteraksi dan menyampaikan maklumat.

Tiada ulasan: