Dari dulu hingga kini, begitulah intimnya Ustaz Hasan dengan kisah-kisah pahit maung berjuang melebarkan PAS di Perak dan seluruh tanahair. Bila berjumpa saya, beliau tak lupa mengingatkan beberapa nama pejuang PAS di Parit, dan bercerita sejarah PAS di kawasan itu dan bagaimana beliau datang berkempen dan mengembangkan PAS di sepanjang Sungai Perak.
Markaz PAS Pusat yang dulunya dikunjungi jutaan orang sejak ianya dibina, kini sudahpun dijadikan Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang bakal memulakan operasinya Julai ini. Hampir 80 % pembinaan telah siap. Bumbung sudah dipasang. Dinding sudah diplaster. Hanya cat dan pemasangan pintu, tingkap dan beberapa kerja lain yang belum selesai.
Namun, bila diajukan beerapa soalan mengenai kolej itu, nampaknya Ustaz Hassan tidak banyak yang diketahuinya. Beliaupun mengakuinya, tak banyak yang beliau tahu hal-hal berkaitan pembinaan kolej ini sekalipun kolej itu bersebelahan dinding rumahnya.
Sebelum mengambil Ustaz Hasan, saya menghubungi Haji Subky Latiff, bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, yang juga antara tenaga penting pembinaan Markaz PAS Pusat di Taman Melewar itu. Niat saya baik, kalau-kalau Haji Subky tiada kereta dan tiada rakan yang boleh membawanya ke Majlis Makan Malam Pelancaran Dana KUIZM, bolehlah pergi sekali bersama kami.
Rupa-rupanya beliau tak tahu dan tidak dijemputpun. Tiada apa-apa komen dari saya bila isterinya, Kak Naznah memberitahu hal itu. Hati kecil saya hanya membisikan, "tidak patut" Haji Subky tidak dijemput. Itu sahaja yang terlintas.
Dalam kereta, Ustaz Hassan mengingatkan beberapa nama tokoh pejuang Parti Rakyat di Kuala Kangsar, Kedah dan Perlis. Cikgu Ishak menambahkan lagi rencah, serba semua nama yang disebut kawan-kawan beliau sewaktu aktif memimpin PRM. Cikgu adalah orang kuat Ahmad Boestamam, dan wakil calon tokoh Parti Rakyat itu ketika menang di Parlimen Setapak.
Tan Sri Aishah Ghani juga adalah rakannya sewaktu dalam PRM dulu. Kemudian, Cikg
Setiba di Peransang Golf, saya, Ustaz Hassan dan Cikgu Ishak berehat dibilik tetamu. Tidak lama kemudian Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS tiba dan terus menunaikan solat Isyak berjamaah. Sebelum itu kami telah bersembang sakan, hal-hal dalaman parti yang tak boleh diceritakan di sini.
Tak lama selepas itu, YB Dato' Seri Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang bersama isteri dan rombongannya tiba ke bilik rehat tetamu. Kami tengah solat waktu beliua sampai. Setelah berbual ringkas, kami semua menuju ke dewan makan dan disambut para hadirin di sana. Ustaz Hadi telah memberi ucapan dan melancarkan dana KUIZM pada malam tadi.
Dalam perjalanan pulang, timbul isu adakah dewan dalam KUIZM itu boleh digunakan untuk ceramah atau aktiviti parti selepas ini? Berbaloikan sewanya? Apakah jika dibolehkan, ianya tidak mengganggu penghuni asrama lelaki dan perempuan di sebelah atas kiri kanan dewan Dato' Fadzil Noor itu nanti?
Ustaz Hasan dan Cikgu Ishak setuju pandangan saya, jika timbul isu 'gangguan' akibat aktiviti dan program ceramah saban minggu (kerapkali) di dewan Dato' Fadzil Noor itu, dan ada bukti 'rungutan' serta 'kelemahan' pelajar nanti berdasarkan keputusan peperiksaan mereka, maka sudah tentu pihak kolej akan mengkaji semula penggunaan dewan untuk aktiviti parti, dengan akan menghadkan atau lain-lain andaian yang serba mungkin.
0 ulasan:
Catat Ulasan