KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 25, 2010

Pesuruhjaya PAS Wilayah membicarakan pemerkasaan parti di ibu kota untuk Harakah Edisi Jumaat ini

Haji Mohamad Noor sedang ditemubual wartawan Harakah, Nyza Ayob di pejabat lidah rasmi PAS itu di Jalan Pahang Barat, KL

KIRA-KIRA jam 12 tengahari tadi, 24 Mei 2010, saya mengundang Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Noor Mohd ziarahi Pejabat Editorial Harakah. Tujuannya untuk memenuhi satu wawancara berkenaan pemerkasaan PAS Wilayah, sempena Konvensyen PAS Sabtu ini, 29 Mei.

PAS Wilayah akan menganjurkan Konvensyen hujung minggu ini di Dewan Koperasi Hilal, Diamond Square, Setapak. Dewan baru yang siap diubahsuai, betul-betul satu bangunan dengan Pejabat Badan Perhubungan PAS Wilayah yang disewa dari koperasi tersebut. Konvensyen akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bermula jam 9 pagi.

Wawancara ringkas yang dilakukan wartawan Harakah, Nyza Ayob hanya berputar sekitar isu-isu pemerkasaan parti di ibu kota, keberkesanan Ahli Parlimen PAS Titiwangsa, sokongan bukan Islam, kerjasama Pakatan Rakyat dan isu kontroversi pengkhianatan Wee Choo Keong, MP Wangsa Maju yang bertindak keluar parti menjadi MP Bebas. Ia akan diterbitkan Harakah edisi Jumaat, edaran Khamis ini.