KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 11, 2010

Pendedahan The New Ledger sahkan Najib proksi Zionis Yahudi!


Pendedahan akhbar Berita Harian 5 Mei 2010 berhubung laporan sebuah laman web pro Amerika-Israel mengesahkan bahawa Malaysia kini telah berada dalam blok negara yang menjadi sekutu Amerika Syarikat dan negara haram Israel.

Mengulas isu tersebut, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata sebelum ini Umno-BN menunding jari kepada beliau kononnya beliau boneka dan alat rejim Israel.

"Nah tiba-tiba terpampang di muka hadapan akhbar, saya tidak lagi bersekongkol dengan kawan-kawan di Amerika Syarikat kerana isu kontrak Apco dengan Kerajaan Malaysia serta kebimbangan akan anasir perisikan asing menyusup masuk ke dalam PDRM.

"Melucukan kerana isu itu dibesar-besarkan walhal ianya hanya memetik rencana yang berjudul The Reversal Of Anwar Ibrahim," tegas Anwar mengulas kecaman laporan tersebut ke atasnya.

Anwar menegaskan jikalau melindungi kepentingan nasional dan rakyat Malaysia, beliau dikatakan 'meninggalkan' kawan-kawan walaupun siapapun mereka, itu bolehlah dikira sebab yang absah.

Sejak dari mula lagi, beliau sememangnya tuntas menyatakan sikap kepada rakan-rakan di dunia Barat bahawa tidak salah berkawan berasaskan persefahaman membina jambatan dialog.

Jambatan yang sama selain merapatkan jurang juga digunakan dengan tegas menyatakan prinsip, bukan membuta tuli menurut perintah zionis Israel, katanya.

Apa yang membimbangkan pula berdasarkan rencana tersebut, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak layak diangkat sebagai sekutu Amerika Syarikat kerana sanggup menuruti apa sahaja kehendak negara itu, kata Anwar lagi.

Anwar mendesak Najib agar segera memberi penjelasan berhubung dakwaan rencana tersebut kerana ianya menggambarkan Najib kini sebagai boneka Amerika Syarikat yang sanggup dicucuk hidungnya untuk ditarik ke mana sahaja.

Mengulas isu yang sama, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, pengakuan itu jelas menunjukkan wujud perancangan Amerika-Yahudi untuk menzioniskan seluruh dunia termasuk negara Islam seperti Malaysia telah berjaya.

"New world order ini menghasilkan negara-negara yang tunduk kepada kuasa besar dan zionis," tegas beliau.

Bermula dengan menjajah Iraq, Kuwait serta Afghanistan, kini Malaysia dengan mudah dijajah oleh Zionis apabila bersama menyanjung dasar negara kuasa besar yang di belakangnya adalah Israel, katanya.

Pendedahan akhbar tersebut juga membuktikan bahawa pendedah Ketua Pembangkang, berhubung kaitan syarikat perunding APCO Worldwide-Israel dengan Malaysia adalah benar, katanya.

Walaupun Malaysia berada dalam Persidangan Negara-negara Islam (OIC), namun dengan mengikut dasar luar Amerika-Yahudi, kini Malaysia juga memusuhi Islam, katanya.

"Ini kerana dasar Amerika-Yahudi selamanya memusuhi Islam. Apa tidaknya sebagai bukti Malaysia menyokong sekatan ekonomi ke atas Iran. Dalam isu nuklear, Malaysia juga bersetuju dengan dasar Amerika ke atas Afghanistan," dakwa Ustaz Nasrudin lagi.

Pada 5 Mei lalu, Bernama dan Berita Harian melaporkan tindakan Anwar menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel Apco Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.

Melalui tulisannya dalam The New Ledger, sebuah penerbitan internet Amerika menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte yang mendedah Anwar kini membuang kawan lamanya di Washington.

Tulisan bertajuk The Reversal of Anwar Ibrahim, Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti-Yahudi di Malaysia.

Katanya, ini bukan kali pertama 'dia mengambil jalan ini' dan dia mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang Pilihan Raya Umum 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata beliau mempunyai bukti kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika, tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.

Selain itu, Motte mengulas, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lalu menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila Anwar meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Najib Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.

Motte berkata kepemimpinan Malaysia sekarang bersikap pro-perniagaan, pro-Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.

Malah, kata Motte lagi, pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.

Tiada ulasan: