KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 28, 2010

Samy Vellu tak perlu tunggu 2012 letak jawatan, orang India sudah muak

PRESIDEN MIC Dato' Seri Samy Vellu tidak perlu tunggu sehingga tahun 2012 untuk melepaskan jawatannya, memandangkan sepanjang beliau menerajui parti itu nasib kaum India masih tidak berubah.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS India, Bala Subramaniam berkata, masih ramai lagi pemimpin MIC yang boleh memajukan kaum itu, berbanding Samy. "Atas kepentingannya, Samy Vellu buat kerja ikut suka hatinya. Bukan berdasarkan sistem demokrasi," katanya.

Tambahnya, orang India sudah kehilangan duit dan saham Maikal Holding yang dilihat semakin hari semakin merugikan. Katanya, sejak tahun 1981 kaum India membeli saham Maikal Holding dengan harga RM1 tetapi sampai sekarang harga saham itu tidak naik bahkan turun kepada 80 sen.

"Jika dibandingkan dengan saham lain yang berusia 20 tahun sebagai mana Maikal Holding, ia boleh naik sampai RM26 sesaham tetapi saham orang India pula turun, sebab itulah orang India tidak maju," jelas beliau. Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang dipecat Samy, mendesak Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden MIC serta-merta bagi menyelamatkan parti kaum India itu.

"Kalau boleh saya mahu beliau berhenti hari ini. Bagaimana pun jika beliau memerlukan masa, beliau boleh ambil masa sedikit sehingga hujung tahun... tetapi tidak lebih daripada itu," kata Mugilan kepada media. Selasa lalu, Samy Vellu berkata MIC akan musnah jika beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC tahun depan.

"Saya tidak mahu berundur dari MIC macam orang bodoh dan saya akan membuat keputusan baik sebelum saya berundur," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Samy Vellu telah menerajui MIC selama 31 tahun sejak 1979. Beliau berjanji akan melepaskan jawatan tertinggi parti itu dalam tempoh "lapan atau sembilan bulan" sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Tiada ulasan: