Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Januari 13, 2011

Prof. Dr Abu Hassan bongkar kajian dalam Ijtima & Makan Malam Kepimpinan PAS Batu 14 Januari


Pengasas Pusat Kajian Zentrum, Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah akan menjelas dan membongkar beberapa kajian beliau tentang perkembangan politik muktakhir ini pada Program "Ijtima dan Makan Malam Kepimpinan PAS Kawasan Batu", Jumaat 14 Januari 2011 jam 9 malam.

Menurut Naib Yang DiPertua PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam, program tertutup itu diadakan sebagai majlis untuk menyuntik motivasi kepada kepimpinan PAS Batu  bagi memulakan sesi tahun baru 2011 ini. Ia melibatkan semua AJK PAS Kawasan, AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan, dan lima orang wakil kepimpinan PAS Cawangan seluruh Parlimen Batu.

Katanya, majlis makan malam akan bermula jam 9 malam dan diikuti ucapan Yang DiPertua PAS, Ishak Surin serta sesi ucaptama Prof. Dr. Abu Hassan yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Sesi dialog dibuka kepada semua peserta terlibat.

Tarmizi mengingatkan semua peserta datang lebih awal agar program berjalan lancar. Ini merupakan program awal tahun 2011 dan diikuti Program Hi-Tea Mee Goreng Tenang bersama Blogger CinaIslam, Blogger IbnuHashim dan Blogger Sanggahtoksago.Com pada petang Sabtu, 15 Januari 2011 jam 5 petang.

Program selama satu jam itu akan diadakan di hadapan rumah YDP PAS Batu, di Kg Bandar Dalam, Sentul. Tetamu khas YB Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong, Parit Buntar Perak yang juga Blogger CinaIslam. Program ini terbuka kepada orang ramai sempena mengutip dana untuk PRK Dun Tenang, Johor.

0 ulasan: