KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 25, 2011

Ustaz Idris Ahmad cabar Najib sambut debat dengan Anwar secara 'anak jantan'


PAS mencabar Perdana Menteri agar menyambut saranan  debat yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim  secara "anak jantan" bagi  membahaskan "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat" yang jelas diperlekeh oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Najib tidak sepatutnya melatah dan menolak ajakan debat ini kerana beliau memiliki segala kemudahan dan tenaga pakar ekonomi yang boleh menyediakan hujah dan menyanggah "Janji 100 Hari" itu, jika tidak benar.

"Kenapa perlu takut. Bukankah ramai pakar-pakar ekonomi yangg boleh bantu. Buktikan "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat" itu bohong. Bagi dengan fakta. Jangan lari kepada isu lain. Rakyat mahu dengar hujah PM. Media kuasaan Umno setiap hari menabur fitnah kononnya Pakatan Rakyat menipu dan jika janji itu dilaksanakan negara boleh jatuh bangkrap," tegas beliau.

Ustaz Idris berkata, Pakatan Rakyat tidak diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar sebaliknya rakyat terus ditanam kononnya "Janji 100 Hari" itu akan mengundang malapetaka terhadap negara. Beliau bertanya, di mana suara pemimpin dan liputan media apabila hutang negara meningkat akibat tiris dan rasuah, pembaziran dan salah urus tadbir yang melampau.

"Kenapa mereka tidak tegur peruntukan pada Permata RM 111 juta? Untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM 95 juta. Rosmah Mansor sewa bilik hotel di Dubai satu malam sampai RM 100 ribu. Kenapa diam?" tanya beliau sedangkan rakyat terpaksa mengikat perut akibat kenaikan harga barang. Terangnya, Pakatan Rakyat telah membuktikan secara jelas daripada mana datangnya peruntukan bagi menjayakan "Janji 100 Hari" itu dan ianya bukan cakap-cakap kosong semata-mata.

Ustaz Idris berkata, banyak pihak kecewa apabila Najib enggan berdebat dalam isu ini, sebaliknya terus memberi alasan dangkal yang memperlihatkan beliau sebenarnya lebih lemah dari Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi malah Najib lebih teruk kerana terpaksa tunduk dengan kerakusan isterinya, Rosmah Mansor.

Tiada ulasan: