KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 25, 2011

PRK Pelabuhan Klang: Prof Dr Aziz Bari anggap SPR makin "gila kuasa"



Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Khamis, 20 Januari lalu menunjukkan badan bebas kerajaan itu "gila kuasa" dan hendak memberi keuntungan kepada BN dengan menekankan "soal kerusi itu soal Badrul dan Speaker". Pakar Perlembagaan, Prof. Dr Abdul Azi Bari hairan, apabila SPR akan meneliti notis itu dan memutuskan sama ada akan melangsungkan pilihan raya atau tidak.

Tegasnya, itulah yang SPR lakukan dalam kes di Perak apabila mereka tidak menerima keputusan Speaker, V Sivakumar yang mengisytiharkan tiga kerusi Jelapang, Behrang dan Changkat Jering kosong atas alasan kuasa memutuskan ialah SPR bukan Speaker. 

"Sama juga dengan di Kedah dalam kes Kota Siputeh," ujarnya. Semalam, peguam Umno menyebut kes Perak untuk menghujah yang kuasa pemutus sama ada kerusi kosong atau tidak ialah kuasa SPR bukannya Speaker dan hujah yang digunakan oleh peguam ini ialah kes yang telah diputarbelit, yakni kes yang sebenarnya salah di sisi undang-undang, tegas Aziz.

Katanya, undang-undang yang betul ialah kuasa itu hak Speaker dan atas dasar inilah kuasa Speaker apabila Fong Po Kuan, Gobind Singh, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim digantung dan ia tidak boleh dicabar.  Tetapi jelas Aziz lagi, Umno hanya ikut undang-undang bila ia menguntungkan mereka dan beliau berpendapat sepatutnya Umno sudah kalah di Perak dan Kedah jika undang-undang sebenar dipatuhi mereka.

Dalam kes Badrul Hisham di Dun Pelabuhan Klang, katanya, ia sama dengan kes Bukit Siputeh di Kedah; Speaker hanya mengisytiharkan status Adun itu sebagaimana yang tertera dalam Undang-undang Tubuh Kedah dan Selangor.

"Kalau Badrul tak puas hati dia boleh ke mahkamah kerana ia melibatkan tafsiran perlembagaan. SPR tak ada kena mengena," tegas beliau. Aziz menjelaskan, tugas SPR di sisi Perlembagaan hanya dua yakni (i) menjalankan pilihan raya dan (ii) mengemaskini daftar pemilih. SPR tak perlu mengada-ngada dan cuba mentafsir Perlembagaan kerana itu adalah bidang kuasa mahkamah. 

"Sekiranya Speaker beri notis, SPR kena jalankan pilihan raya, bukan mentafsir notis itu," bidas beliau lagi.

Tiada ulasan: