KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 30, 2011

71.8 peratus keluar mengundi: Proses pengundian PRK Tenang ditutup jam 5 petang



Sebanyak 71.8 peratus daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Proses pengundian bagi kerusi PRK DUN Johor di kawasan Tenang itu ditutup pukul 5 petang ini, lapor Bernama.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Tiada ulasan: