KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 24, 2011

Serangan peribadi: Calon BN Tenang mula "goyah" bimbang pelbagai isu dibangkitkan musuh-musuh dalam selimut


Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim berkata, beliau tidak akan terperangkap dengan permainan politik kotor parti pembangkang yang mengancam melakukan serangan peribadinya pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Mohd. Azahar, yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tokai’ berkata: "Saya tidak takut (ancaman serangan peribadi). Saya tidak ada perkara yang mahu disembunyikan."

Bercakap kepada pemberita semasa bertemu masyarakat tempatan di Pasar Tani Labis di sini, hari ini, Mohd. Azahar berkata pembangkang bermain politik kotor dengan menyebarkan maklumat palsu mengenai dirinya, lapor Bernama. Calon BN itu berkata, beliau akan menjelaskan kepada para pengundi tentang usaha-usaha yang bakal dilaksanakanya untuk membangunkan Tenang.

Semalam, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub pada sidang akhbar di bilik gerakan Pas di sini berkata, beliau akan membangkitkan ‘isu-isu peribadi calon BN’ jika MCA, parti komponen BN terus menjadikan pendekatan calon Pas bagi pilihan raya kecil itu, Normala Sudirman, tidak bersalam dengan pengundi lelaki, sebagai satu isu.

Respons Tokai itu menunjukkan dia cukup bimbang isu-isu peribadinya akan diletupkan oleh juak-juak Umno ibarat "gunting dalam lipatan" dan "api dalam sekam" yang boleh menguntungkan pembangkang. Rasa tidak puashati para pemimpin Umno Labis juga cukup "mengganggu" Tokai, terutama kem-kem dari pemimpin-pemimpin yang pernah diuar-uarkan untuk menjadi calon PRK Dun Tenang sebelum ini. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak salah saya Tokai ni nama tempat di Kedah.