Apa yang telah terjadi sehingga Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menafikan dakwaan kononnya Mohd Azahar Ibrahim enggan menjadi calon BN bagi pilihan raya kecil untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) Tenang.
"Dia komited untuk menjadi calon kita dan memenangi pilihan raya ini demi meneruskan pembangunan di DUN Tenang," katanya ketika diminta mengulas dakwaan kononnya Mohd Azahar, 39, tidak bersungguh-sungguh dalam kempennya kerana beliau dikatakan keberatan untuk menjadi calon.
Abdul Ghani, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Tenang itu, berkata Mohd Azahar menerima pemilihan beliau sebagai calon cuma bekas Penolong Pegawai Daerah Labis itu agak terkejut apabila dimaklumkan mengenai pemilihannya sehari sebelum pengumuman namanya dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan