Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin, mahu Markom meletakkan jawatan dan bertugas sepenuh masa dengan Umno Johor atau bertanding dalam pemilihan parti itu bagi merebut jawatan Ketua Bahagian dan seterusnya sertai PRU-13 akan datang.
Katanya, apapun alasan Markom kononnya beliau tidak berkempen di Dun Tenang kepada guru-guru, paparan Youtube yang disiarkan di Sanggahtoksago.Com jelas mendedahkan bait-bait kempen beliau, arahan beliau dan sokongan membabi buta beliau terhadap Umno-BN di Dun Tenang.
Tegas Ishak, sudah sampai masanya orang-orang seperti Markom undur dari kerajaan kerena jelas mereka tidak ada etika, tak profesional dan menjadi perkakas kepada Umno-BN dengan "makan gaji" dari kerajaan sebagai sumber pendapatan, sedangkan duit gaji itu adalah duit rakyat tanpa mengira parti Umno, MCA, DAP, PAS, MIC, Gerakan atau PKR.
PAS kesal, sebagai Pengarah Pelajaran Johor, beliau seolah-olah tak faham membezakan kesetiaan kakitangan awam seperti guru terhadap kerajaan dengan menentang Umno-BN yang diizinkan oleh Perlembagaan. Menentang Umno langsung tidak membawa erti menentang kerajaan, itu hanya salah tanggapan Markom kerana jiwa Umnonya lebih kuat sehingga ke tingkat jawatannya sekarang.
0 ulasan:
Catat Ulasan