KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 23, 2011

Malaysia subur untuk eksperimen: Pemangkin belia dianggarkan 11.9 juta atau 41.5% daripada 28 juta penduduk


Meskipun begitu, eksperimen politik adalah perlu terutamanya untuk negara kecil bergelar Malaysia yang mempunyai peratusan populasi belia yang cukup tinggi. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, golongan belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.  Fakta rasmi kementerian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa golongan belia dianggarkan seramai 11.9 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang berjumlah seramai 28 juta orang, tulis panjang lebar Ooi Heng, Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Katanya, Pakatan Rakyat (Pakatan) amnya dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khususnya merupakan parti yang berani menjalankan eksperimen politik.  Daripada Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) sehinggalah konsep Ketuanan Rakyat dan yang terkini Buku Jingga Pakatan, idealisme pembaharuan yang mencorakkan eksperimen politik baru Pakatan berpaksikan keperluan masyarakat merangkumi etnik kepelbagaian tetapi tidak menolak kepentingan kelompok masyarakat terbesar dan juga kelompok masyarakat terkecil.

Ooi Heng turut mengingatkan golongan belia agar tidak belajar daripada sang Najib yang takutkan perbahasan seperti mana aku yang berperut buncit yang takut terjun daripada paras tinggi air terjun.  Jangan juga kita terikut-ikut dengan komen dan aksi "syiok sendiri" sesetengah "actor" yang telah "hijack" agenda perubahan masyarakat madani.  Basahkan dirimu dalam eksperimen politik, biar keberanian terjun daripada paras tinggi air terjun mencorakkan tradisi dan nilai belia hari ini.

Tiada ulasan: