KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Mazlan Aliman cabar Ahmad Maslan yang "binggung" debapat kali kedua isu Felda




Sekali lagi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Ahmad Maslan menyahut cabaran berdebat berhubung isu penyelewengan Felda. Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, cabaran kali kedua itu disebabkan Maslan banyak mengeluarkan kenyataan yang tidak menggambarkan suasana dan situasi sebenar terhadap Felda Chemplak Barat, Felda Chemplak dan Felda Tenang. 

Bukan itu sahaja kata beliau ketika kedatangan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak 18 Januari lalu, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion untuk pembangunan Felda. Najib juga katanya, berjanji akan memberikan 500 lot sebanyak RM3000 sebulan lebih banyak menimbulkan tanda tanya akan kesahihannya. 

"Saya mengulangi cabaran debat dengan Dato' Maslan pada 28 Januari, Jumaat di mana-mana tempat yang ditentukan asalkan di Dun Tenang," katanya dalam sidang media. 

Menurut beliau, tarikh itu dipilih kerana dekat dengan hari mengundi supaya pengundi terdiri peneroka dan generasi kedua dapat menilai kejujuran kedua-dua pihak dalam memuktamadkan isu warga Felda dan bukan gimik semata-mata. Beliau menegaskan, jika dalam tempoh dua hari dari tarikh serahan surat pada 27 Januari masih tiada jawapan pihak Anak akan menyediakn tempat debat terbuka pada tarikh yang dijanjikan. 

Tiada ulasan: