KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 26, 2011

Adun Sri Muda YB Shuhaimi: Kita bukan golongan yang gelar Raja sebagai 'binatang'



Kita juga bukanlah orang yang membuat laporan yang menghasut rakyat membenci raja-raja dengan laporan-laporan palsu dan fitnah. Yang ini Utusan Malaysia begitu pakar Mingguan Malaysia dan Awang Selamat dan kumpulannya begitu "seni'... Lihat sahaja laporan-laporan dan ulasan mereka sepanjang 1993 ketika krisis perlembagaan yang melibatkan raja-raja. 

Bacalah juga hansard parlimen ketika itu, kita dapati pemimpin-pemimpin dari BN memalukan dan menghina raja-raja melayu. Ada yang sanggup mengatakan raja-raja membazirkan duit rakyat kerana banyaknya jumlah istana mereka. Inilah golongan penderhaka sebenar yang berselindung di nama Awang Selamat dan sebagainya!

Bukankah di dalam Islam setiap sesuatu itu sebaiknya dijalankan secara bermusyawarah, atau bermesyuarat? Hanya "budak suruhan" Putrajaya sahaja yang mahu bertindak sewenang-wenangnya, melanggar dan membelakangkan institusi dalam negeri ini. Golongan "budak suruhan" Putrajaya inilah yang saya maksudkan sebagai "beraja di mata dan bersultan di hati", bukannya baginda Sultan Selangor yang di kasehi.

Kepada ‘budak-budak suruhan’ ini, saya ingin tegaskan, sampaikan kepada tuan-tuan kamu di Putrajaya, bahawa Kerajaan Selangor ini adalah kerajaan berdaulat yang dipilih rakyat. Jangan cuba hendak memaksakan kehendak kamu ke atas Kerajaan Selangor. 

Dahulu Putrajaya cuba memaksakan calon Menteri Besar pilihan mereka ke atas Raja Perlis dan Pemangku Raja Terengganu; mereka adakan perarakan menghina dan memaki raja-raja di Perlis dan Terengganu. Sekarang mereka hendak berselindung di sebalik istana untuk memaksa Kerajaan Negeri Selangor menerima "budak suruhan" mereka sebagai SUK di Selangor pula!

Kami dari Pakatan Rakyat tidak akan sekali-kali membenarkan Putrajaya mnemperalatkan istana demi cita-cita politik mereka! Kuasa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri hendaklah dikembalikan semula kepada asalnya seperti sebelum pindaan pada tahun 1993. Teks penuh baca DI SINI.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bukanlah seperti Barisan Nasional yang mudah tunduk kepada Putrajaya! Bahkan, wujudnya Putrajaya sebagai wilayah persekutuan pun kerana kebaculan mantan MB Barisan Nasional yang tunduk kepada tuannya di Putrajaya. Ini sebagai imbuhan

kepada tuannya yang menjadikan beliau MB di Selangor. Pampasan dan royalti RM8 juta setahun yang diberikan, tidak setanding dengan nilai Putrajaya itu sendiri! Inilah yang terjadi jika "budak suruhan" Putrajaya diletakkan di Negeri ini; habis tergadai kepentingan negeri semata-mata kerana kepentingan peribadi dan politik mereka!

Tiada ulasan: