KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 24, 2011

Azmin Ali bidas tuduhan jahat Noh Omar kononnya pindaan untuk beri kuasa pada MB bukan pada Sultan

Usaha ini tidaklah mudah.  Pelbagai pihak yang menjadi alat dan perkakas UMNO cuba memberikan penakrifan undang-undang mengikut selera dan nafsu serakah peimimpin UMNO di Putrajaya bagi menghalang mesyuarat pada pagi ini, ulas Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sewaktu berbahas dalam sidang Dun.

Katanya, lihat sahaja kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar berhubung usaha Menteri Besar untuk kembali ke Dewan yang mulia ini untuk memperbetulkan kerosakan sistem tatkala di tangan UMNO.

Antara lain, tegas beliau, Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang.  Beliau juga membuat tuduhan jahat bahawa pindaan ini bermaksud untuk memberikan kuasa kepada Menteri Besar dan bukan memberikan kuasa kepada Tuanku Sultan.

Kenyataan ini timbul dari seorang watak yang buta sejarah dan jumud pemikirannya.  Ini mengingatkan saya kepada puisi seorang budayawan Indonesia bernama Ehma Ainul yang berkata, "Nasib malang golongan yang bernama rakyat.  Rakyat yang terlalu lama diperbodohkan tidak tahu apa itu kebodohan."

Tiada ulasan: